Friday, May 25, 2012

hahhh!

kerja doktor ni yg tak best secara umum adalah:

1. feudalism. kurang lebih cam tentera. titah superiors adalah muktamad.

2. nepotism. kalau anda cantik, biasanya superiors jantan akan utamakan anda.

3. jam kerja. sehari minimum 12 jam. off day tak jatuh pada hujung minggu. cuti boleh apply, tapi belum tentu diluluskan.


kerja doktor ni yg best secara umum adalah:

1. syukur alhamdulillah, kerja tak berapa best pun, tapi tetap kerja. sumber rezeki. tetap bersyukur. k bai.

Thursday, May 3, 2012

kipas Azhar Idrus yang ghxxzcxgzhxgrtgdg

so ni cer seterusny pasal AI. aku takda masalah dengan dia. seperti mana aku takda masalah ngan kak Rossie Mansoor.

sekarang ni ada masalah ngan mereka yang menyembah AI ni ja. bukan ngan AI. walaupun aku tak nah tergerak hati nak tgk video yutub ai AI pun. aku biasa yutub tgk videoklip kpop ja. ghjxchias

mesti dorg igt aku tunjok pandai ka hapa bila aku against pendapat AI ngan pendapat mereka waktu tu. lantak depa la.

ada 1 fb page ni, cer pasal "koleksi printscreen dakwah AI" or some sort of that holy stuff la kan. aku tak minat nak ambik tau. aku pasal agama minat nak memahami ahli kitab, hukum makan makanan kosher, etc. aku tak minat nak tau hukum "batal tak air sembahyang saya bila bersalaman dengan non-muzlimz yang sama jantina?"

cuma 1 time aku tertarik satu topik ni. pasal hukum derma organ.

adala hamba G-d tanya Ai, apa hukum derma organ kan kat fb ai original. so ai jawab, tak boleh. ida pakai dalil "mematahkan tulang orang mati sama seperti mematahkan tulang orang hidup."

yang wat aku terkilan, adalah org komen kat gambar tu "la, tak boleh rupanya, baru ingat nak daftar utk derma organ".

aku pun sendiri tak daftar pun lagi. sebab buat keputusan untuk merelakan organ2 kau dituai lepas ko mati tu tak mudah sebenarnya. ahli keluarga kena tau, etc. tapi kalau ada orang nak derma, aku sangat lah hepi. at least akan ada org yg tertolong kan?


aku cubalah bagi pendapat aku pasal hukum derma organ setelah mati. benda ni khilaf, ada pendapat kata tak boleh, ada pendapat kata boleh. berdasarkan USTAZ sanjungan mereka, mereka pegang pendapat TAK BOLEH.


 aku musykil. aku cuba google. ada pendapat kata boleh.termasuk
1. Fatwa JAKIM
2. pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi.


 dia (admin page koleksi printscreen tu) back up ustaz kesayangan dia kata, ustaz jakim tak sama dgn ustaz lulusan al-azhar. (ini alasan paling ridiculous! lepas ni kalau anak korg nak kena ajar ustaz bukan lulusan al-azhar, jangan setuju!) bila aku kata yusuf q kata boleh, dan aku kata yusuf q tu pun alumni al-azhar gak, dorg terus tukar topik, pertikai fatwa jakim.


lepas tu dia pertikaikan fatwa JAKIM, dia kata, aku tak faham pasal situasi dalam fatwa tu "mendesak dan mustahak".bila dia cakap macam ni, aku balas dengan antara perkara yg dipertimbangkan dalam transplant organ, dari sisi kedoktoran.
aku kata, nak transplant tu bukan senang2 "jom kita pindah kan organ org mati ni pergi org hidup ni" tak semudah itu. byk benda nak kena buat. 
kau kena pastikan org yg sakit tu betul2 tak leh hidup tanpa transplant organ. tanpa organ tu, dia terlantar kat katil je. macam heart failure. gred 1 tak sama dengan gred 4. gred 1 tu life style modification je. gred 4 tu kena transplant dah.
pastu kena carik donor. dah ada donor, kau kena make sure secara antigen-antibody (immune system receiver tak reject organ donor). lepas tu dah transplant, kena makan ubat lagi utk make sure compatible organ tu dalam badan receiver. macam2 la. dgn tujuan, memastikan organ tersebut seboleh mungkin memberi manfaat kepada penerima yang situasinya sangat mendesak utk mendapatkan organ donor. macam tu kurang lebih.




lepas tu dia balas balik, kalau perkara khilaf, antara boleh dan tak, pendapat yang tak boleh adalah lebih kuat.


lepas tu aku dah malas nak layan dorg, aku quote seorang imam yang bagi khutbah jumaat "kalo ustaz / orang pinter agama bisa ngobatin, mending kita tutup fakultas kedokteran, kita ganti dengan pesantren". shalom! lepas tu dorg pertikai lagi perkataan "shalom" tu bahasa yahudi.ok? apa masalah dengan bahasa? 18% penduduk israel beragama islam. takkan 18% ni tak berbicara dalam hebrew di Israel?? bahasa je kot. org Arab Christian pun ucap "salam" di Arab. so, apa masalah dengan bahasa?

the most FUCKED-UP thing is, semua komen aku dah kena delete, aku dah kena block dari kasi komen? WHAT THE FUCK MAN? 

nak berdikusi biar ilmiah. jangan sebab kau taksub dengan ustaz kau tu, kau tak nak cuba dengar pendapat orang lain, dan bagi orang lain untuk menilai apa yang aku tulis disitu. sungguh aku elak utk guna logik aku time reply mereka, tapi lebih berdasarkan fakta. 
aku siap kasi link jakim dan yusuf qardhawi tu kot.seriusli, orang2 macam ni yang buat orang Islam tak maju2. dulu aku dah kena block skali oleh sorang yang menggunakan gelar "ustaz" di fb ni. dia menulis pasal diet Rasulullah. itu bagus. yang celaka nya, dia menghina diet dan makanan lain. perlukah? siap cakap makanan itu dan ini menyebabkan kanser? aku rasa aku lebih punya kapasiti utk bicara makanan bersifat karsinogen berbanding seorang ustaz?aku musykil, aku carik journal perubatan berkaitan penghinaan dia terhadap beberapa makanan tu. aku bagi lah mekanisme secara perubatan benda2 yang aku cuba jelaskan. tak lama kemudian, aku kena block totally dari page "USTAZ" tu.


ilmu tu luas, tak mungkin seorang manusia mampu kuasai semuanya. fardhu kifayah. kalau aku masuk masjid, aku kena follow imam aku, sebab dia "imam" di masjid tu.kalau ustaz masuk hospital, dia kena follow "imam" dia di hospital tu, yakni doktor di situ.kalau macam ni lah perangai "orang-orang pandai agama ni", baik tutup semua sekolah perubatan, ganti dengan madrasah dorang tu.