Saturday, March 24, 2012

mari membaca

suatu masa dulu, aku skeptik dengan novel-novel yang menggunakan bahasa kebangsaan ni.

(bahasa kebangsaan kita, apakah bahasa melayu, atau bahasa malaysia?)

aku rimas. tema biasanya Cinta. urgghhhhhhhhh. lepas tu ayat nak berbunga-bunga. nak memahami sebaris ayat dalam novel melayu adalah lebih sukar berbanding sebaris ayat dalam novel inggeris, menurut aku.
rupanya aku silap. ada je novelis lokal dengan genre thriller, macam R. A. Murshid. cuma lingkungan aku yang membaca novel dulu di sekolah lebih taksub dengan novel tema cinta. jadi aku tiada pendedahan dgn RAM ni.

terbaru aku baca Fiksyen 302 karya RAM ni. cerita memang menarik. sukar diduga jalan cerita. bermain plot seperti menonton filem. kita dibiarkan terus meneka-neka, ingin tahu kesudahan.
cuma spoil berabis adalah bila sebuah teknologi yang aku rasa sangat karut, (tentang mesin yang boleh bawa kita ke masa lalu, dan melalui hidup watak siapa yang kita inginkan pada masa tersebut) KARUT. ini kelemahan terbesar dalam novel ni. apalagi bila ia dijadikan kunci penyelesaian kepada misteri novel ini. argghhh! tensi! ini bukan novel sci-fi, ini thriller la weh. tapi boleh dimaafkan, sebab masih menarik untuk di baca.

ambil contoh novel karya Dan Brown. dalam buku Deception Point, banyak teknologi pelik ditampilkan dalam novel tersebut, tapi semuanya dinyatakan terlebih dahulu di awal novel kalau semua teknologi yang mengisi cerita tadi adalah real. ini menarik. kau dapat ilmu tambahan dari sebuah fiksyen.


novel seterusnya yang aku baru baca adalah terbitan Fixi, berjudul Ngeri. penulis berketurunan Cina, mencuba nasib dalam penulisan novel Melayu. gaya penyampaian aku suka. terutama dalam bentuk antara muka pesanan ringkas / email. jalan cerita pun menarik sebenarnya, cuma mungkin ada beberapa perkara, terutama watak, tidak dikembangkan, menyebabkan SANGAT mudah untuk diteka. common lah, tak sampai 1/3 novel, aku dah tau siapa pembunuh.

Zombijaya, juga terbitan Fixi, sangat menarik perhatian aku. seharian jiwa aku terganggu setelah tamat baca novel ni. aku suka, sebab, unik. terbayang tak Klang Valley dihuni oleh zombi? menarik juga, sebab, beberapa watak protagonis yang dikembangkan dengan baik watak mereka, tapi akhirnya dimatikan dalam novel ni. termasuk watak budak kecil yang comel (aku bayangkan je la budak tu comel). dan juga bila jalan cerita ni seperti memberi harapan kepada watak, kepada kita yang membaca, harapan tersebut pun dimatikan begitu saja. memang very disturbing.

satu aku tak berkenan dengan Fixi ni, menggalakkan kebebasan menulis, termasuk scene sex yg agak explicit (mcm ombak rindu kot?). sebenarnya, d'fuq wehh?! Dan Brown yg best-seller serata dunia, JK Rowling, Stephen King, tak perlu pun memasukkan scene sex yg explicit, tapi mereka sukses berat. hurmm~




p/s- sumpah time awal2 baca novel melayu hari tu setelah sekian lama tak baca, agak mencabar otak aku untuk memahami. ayat yang berbunga, kata penghubung yang terlalu banyak, imbuhan yang sangat akrobatik, merumitkan bagi aku.

anda ada saran novel dgn tema thriller yang boleh disarakan? sila kongsi ;-D







1 comment:

Anonymous said...

Raf,

Ak pun suka baca RAM

Bagaikan Puteri Trilogy, buka thriller la tapi... but a better genre compared to kisah2 cinta yang biasa =D

maz