Tuesday, March 27, 2012

kau fan Azhar Idrus? aku bukan.

ada beberapa cerita menarik aku ingin kongsi berkaitan dengan ustaz pujaan Malaya yang paling terkenal di youtube serta FB, yakni Azhar Idrus.

"ulama adalah waris para nabi. umat Islam seharusnya memuliakan ulama". aku pernah baca, tapi lupa dimana.
mungkin ayat ini menimbulkan kekeliruan kepada golongan taksub, antara memuliakan, serta memuja.

bagi yang kenal aku, aku sinis, tapi yang tak kenal, akan cakap aku suka tunjuk pandai. lantak la.

peristiwa 1.

kawan share something di fb. caption dia "haram meluahkan perasaan di wall fb sama seperti yahudi meluahkan perasaan di dinding rintihan / wailing wall". aku simply comment "booo!"
pelikkan? semua yg segitiga sekarang ni, freemason. semua yg ada tulisan wall, yahudi? eh, tak semua yang datang dari yahudi tu benda jahat la. contoh eh

Jewish Contributions to Society

Albert EinsteinPhysicist
Jonas SalkCreated first Polio Vaccine.
Albert SabinDeveloped the oral vaccine for Polio.
GalileoDiscovered the speed of light
Selman WaksmanDiscovered Streptomycin. Coined the word 'antibiotic'.
Gabriel LipmannDiscovered color photography.
Baruch BlumbergDiscovered origin and spread of infectious diseases.
G. EdelmanDiscovered chemical structure of antibodies.
Briton EpsteinIdentified first cancer virus.
Maria MeyerStructure of atomic nuclei.
Julius MayerDiscovered law of thermodynamics.
Sigmund FreudFather of Psychotherapy.
Isaac SingerInvented the sewing machine.
Levi StraussLargest manufacturer of Denim Jeans.
Joseph PulitzerEstablished 'Pulitzer Prize' for achievements in journalism, literature, music & art.

then, si kawan tak puas hati. dia reply aku "kau boo apa yang azhar idrus cakap ka tu?" erk? aku tak click pun benda tu. malas nak layan kan. then aku curious la kan. mam aku kalau boo ulama kan. ulama pujaan plak tu.
aku baca. dalam tu, tiada pun UAI cakap, hukum dia haram luah perasaan di fb. kurang lebih yg aku ingat dia cakap "kalau kita share benda yang tak haram, hukum dia tak haram". tiada pun uai sebut apa2 pasal yahudi/wailing wall/etc.
kesimpulan: caption article tak sesuai dengan keterangan uai. then aku komen balik.
"kau ada baca tidak sebelum kau share benda ni? ka kau main share jak? tolonglah, kalau mau berdakwah, pastikan isi dakwah yang kau sebar, jangan sebab fb, kau senang click share macam tu. kau tengok betul2, ada uai cakap apa2 pasal haram luah perasaan macam yahudi semua? kalau tidak baca, jangan plak kau pandai2 sana" aku akui sedikit emosi.
terus dia send msg sama aku "aku tidak suka gaya kau yang suka tunjuk pandai di fb ni. bai"
eh, sama2 la kan tunjuk pandai? dia tunjuk pandai rasa apa yang dia post tu betul, aku tunjuk pandai point out apa yang dia buat tu, salah.

moral of the story: jangan sebab nama UAI, semua kau anggap benar. (aku tulis nama di sana, aku tidak tulis orangnya. maksud, siapa2 boleh memperguna NAMA orang lain untuk kepentingan peribadi).

peristiwa 2.

ada lah ni. konon pertanyaan dia, "kenapa perempuan tidak boleh kawin 4 macam lelaki". then ustaz terkenal lulusan al-azhar ni jawab "sebab kalau dia melahirkan bayi nanti, nak kasi bin siapa?"
lawak? mungkin lah.
menjawab persoalan? TIDAK SAMA SEKALI.
aku yakin yang bertanya mahukan penjelasan agama, ataupun saintifik. tapi UAI beri jawapan melawak. tolonglah weh. secara perubatan pun boleh dijelaskan kenapa perempuan tak leh kawin lebih 1, laki boleh kawin byk, tp dlm islam, sehingga 4 sahaja.
masalahnya sekarang, ada lah golongan taksub yang percaya apa semua yg uai ni sembur, sebagai SAHIH. mam la kan kalo cam ni? mati2 dorg igt semua yg uai sampaikan tu adalah berasaskan agama. tak semua mampu tafsir message subtle dia tu. yang taksub. main balun je la kan...

peristiwa 3. next time.


p/s- aku bukan anti ulama. bukan. para ulama sendiri punya pendapat yang berbeza terhadap sesuatu isu / perkara. tapi yang aku tak berapa suka, golongan taksub seseorang ulama ni lah. mentang2 ulama favorite dia cakap A, dia pun terima A. tanpa mau dengar pendapat ulama B, C, X, Z sekalipun. urusan bermazhab pun diringankan, ini lagi pendapat ulama?

Saturday, March 24, 2012

jeda

-

mari membaca

suatu masa dulu, aku skeptik dengan novel-novel yang menggunakan bahasa kebangsaan ni.

(bahasa kebangsaan kita, apakah bahasa melayu, atau bahasa malaysia?)

aku rimas. tema biasanya Cinta. urgghhhhhhhhh. lepas tu ayat nak berbunga-bunga. nak memahami sebaris ayat dalam novel melayu adalah lebih sukar berbanding sebaris ayat dalam novel inggeris, menurut aku.
rupanya aku silap. ada je novelis lokal dengan genre thriller, macam R. A. Murshid. cuma lingkungan aku yang membaca novel dulu di sekolah lebih taksub dengan novel tema cinta. jadi aku tiada pendedahan dgn RAM ni.

terbaru aku baca Fiksyen 302 karya RAM ni. cerita memang menarik. sukar diduga jalan cerita. bermain plot seperti menonton filem. kita dibiarkan terus meneka-neka, ingin tahu kesudahan.
cuma spoil berabis adalah bila sebuah teknologi yang aku rasa sangat karut, (tentang mesin yang boleh bawa kita ke masa lalu, dan melalui hidup watak siapa yang kita inginkan pada masa tersebut) KARUT. ini kelemahan terbesar dalam novel ni. apalagi bila ia dijadikan kunci penyelesaian kepada misteri novel ini. argghhh! tensi! ini bukan novel sci-fi, ini thriller la weh. tapi boleh dimaafkan, sebab masih menarik untuk di baca.

ambil contoh novel karya Dan Brown. dalam buku Deception Point, banyak teknologi pelik ditampilkan dalam novel tersebut, tapi semuanya dinyatakan terlebih dahulu di awal novel kalau semua teknologi yang mengisi cerita tadi adalah real. ini menarik. kau dapat ilmu tambahan dari sebuah fiksyen.


novel seterusnya yang aku baru baca adalah terbitan Fixi, berjudul Ngeri. penulis berketurunan Cina, mencuba nasib dalam penulisan novel Melayu. gaya penyampaian aku suka. terutama dalam bentuk antara muka pesanan ringkas / email. jalan cerita pun menarik sebenarnya, cuma mungkin ada beberapa perkara, terutama watak, tidak dikembangkan, menyebabkan SANGAT mudah untuk diteka. common lah, tak sampai 1/3 novel, aku dah tau siapa pembunuh.

Zombijaya, juga terbitan Fixi, sangat menarik perhatian aku. seharian jiwa aku terganggu setelah tamat baca novel ni. aku suka, sebab, unik. terbayang tak Klang Valley dihuni oleh zombi? menarik juga, sebab, beberapa watak protagonis yang dikembangkan dengan baik watak mereka, tapi akhirnya dimatikan dalam novel ni. termasuk watak budak kecil yang comel (aku bayangkan je la budak tu comel). dan juga bila jalan cerita ni seperti memberi harapan kepada watak, kepada kita yang membaca, harapan tersebut pun dimatikan begitu saja. memang very disturbing.

satu aku tak berkenan dengan Fixi ni, menggalakkan kebebasan menulis, termasuk scene sex yg agak explicit (mcm ombak rindu kot?). sebenarnya, d'fuq wehh?! Dan Brown yg best-seller serata dunia, JK Rowling, Stephen King, tak perlu pun memasukkan scene sex yg explicit, tapi mereka sukses berat. hurmm~




p/s- sumpah time awal2 baca novel melayu hari tu setelah sekian lama tak baca, agak mencabar otak aku untuk memahami. ayat yang berbunga, kata penghubung yang terlalu banyak, imbuhan yang sangat akrobatik, merumitkan bagi aku.

anda ada saran novel dgn tema thriller yang boleh disarakan? sila kongsi ;-D







Wednesday, March 21, 2012

izinkan saya...

...untuk mengarut. serta mencarut.

lately, saya rasa saya semakin bitter. menurut orang lain lah kan.
so, now, erm, ok, i want to talk about myself. izinkan saya.

ada 3 kata yang orang lain selalu gunakan untuk describe saya.
1. aneh
2. funny
3. bitter

sedangkan 3 kata yang saya harapkan untuk orang lain describe saya.
1. kacak
2. bijak
3. kaya

kenyataan tak sesuai harapan. hurmmm :'-(




Sunday, March 18, 2012