Friday, September 21, 2012

snippets

so far it's been 5 months i've had been into this job. not a single thought ever cross my mind that this job doesn't suit me.
but i am not dare to say that i love it though. because u know, things may change.

i have fellow doctors friends, who whenever we lepak together, would have some preferences of topic to be discussed about. thank God, i don't have any that like to brag about how good they are with their work, in other word, kiasu.

other than diseases and meds, i learnt a lot about human. and life.

Story 1
there was this 1 patient. he is from Myanmar. refugee under the care of UNHCR.
i was wondering how can they reach Malaysia, even KL. so chat with him. apparently, he was with 4 others, WALKING all the way. 4 died in the attempt. death-march.
why Malaysia, why not other country nearby?
so u see, people view Malaysia as a safe country, despite fucking stupid political stunts by our not-so-funny-comedian-but-we-are-force-to-call-them-politicians?
that's my friend, taught me not to complain about my job. some people struggling to death for a better life once they thought they could have.
i am blessed enough to have one, with enough money to lepak Changkat. ehh? hihi

Story 2
An indian guy abandoned at the ward. his family was last seen at the day of his admission. he is brain-damaged, unable to carry basic daily care for himself.
that's just pure sad.

Story 3
This one malay old man asking me whether i am chinese or not, whether i am muslim or not. the moment he know i am no chinese and a muslim, he immediately say something i consider as nasty remarks. it was something like "thank god u r not chinese. i don't want chinese doctor to treat me."
WHAT THE FUCK??!
u know, aku rasa nak bagi penampar ja pacik tu. lantak biaq pi la dia dah tua ka apa, aku igt makin tua makin berakal.

Story 4
Gov. hospital providing services/treatment with indication. we DO NOT take out a baby from a mother's uterus just because 31st August is a good day to be born at. we DO NOT inducting a labor on 31st August so that your son will be proud (of nothing) for the rest of his life because being born at that particular day. our actions based on indication.
so there was this 1 lady, complaining of reduced fetal movement. he felt her baby 'kick' less than any other day and came to the hospital. it's not really a good sign for the baby.
after being observed, we decided to induct her labor with meds. bayi dah cukup bulan dah. lama2 dalam tu pun sebenarnya beresiko tinggi. apalagi ada indication. she was worried. but we do need the couple to give consent, after all, it's their baby kan? she even ask me "were they lots of mother came to the hospital on this day (31st august) for induction? my answer was simple. No. we don't do those stuff for the sake of mother or suka2. we do things on indication.
most couple would agree. she was agree. but her husband didn't.
i was explaining in pure bahasa. but the husband simply say to me "saya tak nak la. biar baby keluar sendiri. i belief in God's will!" bahasa inggeris uols!
urm so the husband adalah guru agama.
sebenarnya aku menyirap time tu. because the meaning behind those phrase he preached me, yang saya faham adalah "what u guys are doing, is against God's will. cuba utk melawan kuasa Tuhan".
aku blah terus. and was wondering, "so why are guys wasting my time and  the hospital resources???"

see? byk kan blajar pasal prangai manusia, dan kehidupan? until next time :-D





Thursday, August 9, 2012

kerja

dah dekat 4 bulan dah.

blog pun terbiar.
writing for once, i love it so much.
regardless there are readers, or none.
but hey, the point of writing, is for people to read.

last time, there's just a lot of stories i could share.
mostly based on my 'observation'.
because i had so much time.
nowadays, most of the so called observation thingy i do, is in hospital.
i don't know, but it is just not good, or some said 'ethical' to talk about patients outside healthcare setting.

so i try to resist the temptation of revealing the panas stories happened there.

maybe i could story some interesting thing happened to me?

there was this 1 patient, who gladly invite me to his wedding, upon discharged from the hospital.
so i went. somehow, i met him and his wife again on twitter! so now we become friends :'>

there was this another patient, happened to be a manager of 1 japanese restaurant in Pavillion. she promised me that i'll get discount whenever i go there. shuwiittt kan???

a patient's father offer me to send me to KL Sentral once to catch my bus to LCCT, on a very day my flight to Krabi. :'>

another patient invite me to his Kebun Durian in Langat.

one time, a patient threat me for a lunch after i settled my task in clinic.

therefore, i shud stop complaining about my work, and start counting my blessing. hihi




Friday, May 25, 2012

hahhh!

kerja doktor ni yg tak best secara umum adalah:

1. feudalism. kurang lebih cam tentera. titah superiors adalah muktamad.

2. nepotism. kalau anda cantik, biasanya superiors jantan akan utamakan anda.

3. jam kerja. sehari minimum 12 jam. off day tak jatuh pada hujung minggu. cuti boleh apply, tapi belum tentu diluluskan.


kerja doktor ni yg best secara umum adalah:

1. syukur alhamdulillah, kerja tak berapa best pun, tapi tetap kerja. sumber rezeki. tetap bersyukur. k bai.

Thursday, May 3, 2012

kipas Azhar Idrus yang ghxxzcxgzhxgrtgdg

so ni cer seterusny pasal AI. aku takda masalah dengan dia. seperti mana aku takda masalah ngan kak Rossie Mansoor.

sekarang ni ada masalah ngan mereka yang menyembah AI ni ja. bukan ngan AI. walaupun aku tak nah tergerak hati nak tgk video yutub ai AI pun. aku biasa yutub tgk videoklip kpop ja. ghjxchias

mesti dorg igt aku tunjok pandai ka hapa bila aku against pendapat AI ngan pendapat mereka waktu tu. lantak depa la.

ada 1 fb page ni, cer pasal "koleksi printscreen dakwah AI" or some sort of that holy stuff la kan. aku tak minat nak ambik tau. aku pasal agama minat nak memahami ahli kitab, hukum makan makanan kosher, etc. aku tak minat nak tau hukum "batal tak air sembahyang saya bila bersalaman dengan non-muzlimz yang sama jantina?"

cuma 1 time aku tertarik satu topik ni. pasal hukum derma organ.

adala hamba G-d tanya Ai, apa hukum derma organ kan kat fb ai original. so ai jawab, tak boleh. ida pakai dalil "mematahkan tulang orang mati sama seperti mematahkan tulang orang hidup."

yang wat aku terkilan, adalah org komen kat gambar tu "la, tak boleh rupanya, baru ingat nak daftar utk derma organ".

aku pun sendiri tak daftar pun lagi. sebab buat keputusan untuk merelakan organ2 kau dituai lepas ko mati tu tak mudah sebenarnya. ahli keluarga kena tau, etc. tapi kalau ada orang nak derma, aku sangat lah hepi. at least akan ada org yg tertolong kan?


aku cubalah bagi pendapat aku pasal hukum derma organ setelah mati. benda ni khilaf, ada pendapat kata tak boleh, ada pendapat kata boleh. berdasarkan USTAZ sanjungan mereka, mereka pegang pendapat TAK BOLEH.


 aku musykil. aku cuba google. ada pendapat kata boleh.termasuk
1. Fatwa JAKIM
2. pendapat Dr. Yusuf al-Qardhawi.


 dia (admin page koleksi printscreen tu) back up ustaz kesayangan dia kata, ustaz jakim tak sama dgn ustaz lulusan al-azhar. (ini alasan paling ridiculous! lepas ni kalau anak korg nak kena ajar ustaz bukan lulusan al-azhar, jangan setuju!) bila aku kata yusuf q kata boleh, dan aku kata yusuf q tu pun alumni al-azhar gak, dorg terus tukar topik, pertikai fatwa jakim.


lepas tu dia pertikaikan fatwa JAKIM, dia kata, aku tak faham pasal situasi dalam fatwa tu "mendesak dan mustahak".bila dia cakap macam ni, aku balas dengan antara perkara yg dipertimbangkan dalam transplant organ, dari sisi kedoktoran.
aku kata, nak transplant tu bukan senang2 "jom kita pindah kan organ org mati ni pergi org hidup ni" tak semudah itu. byk benda nak kena buat. 
kau kena pastikan org yg sakit tu betul2 tak leh hidup tanpa transplant organ. tanpa organ tu, dia terlantar kat katil je. macam heart failure. gred 1 tak sama dengan gred 4. gred 1 tu life style modification je. gred 4 tu kena transplant dah.
pastu kena carik donor. dah ada donor, kau kena make sure secara antigen-antibody (immune system receiver tak reject organ donor). lepas tu dah transplant, kena makan ubat lagi utk make sure compatible organ tu dalam badan receiver. macam2 la. dgn tujuan, memastikan organ tersebut seboleh mungkin memberi manfaat kepada penerima yang situasinya sangat mendesak utk mendapatkan organ donor. macam tu kurang lebih.




lepas tu dia balas balik, kalau perkara khilaf, antara boleh dan tak, pendapat yang tak boleh adalah lebih kuat.


lepas tu aku dah malas nak layan dorg, aku quote seorang imam yang bagi khutbah jumaat "kalo ustaz / orang pinter agama bisa ngobatin, mending kita tutup fakultas kedokteran, kita ganti dengan pesantren". shalom! lepas tu dorg pertikai lagi perkataan "shalom" tu bahasa yahudi.ok? apa masalah dengan bahasa? 18% penduduk israel beragama islam. takkan 18% ni tak berbicara dalam hebrew di Israel?? bahasa je kot. org Arab Christian pun ucap "salam" di Arab. so, apa masalah dengan bahasa?

the most FUCKED-UP thing is, semua komen aku dah kena delete, aku dah kena block dari kasi komen? WHAT THE FUCK MAN? 

nak berdikusi biar ilmiah. jangan sebab kau taksub dengan ustaz kau tu, kau tak nak cuba dengar pendapat orang lain, dan bagi orang lain untuk menilai apa yang aku tulis disitu. sungguh aku elak utk guna logik aku time reply mereka, tapi lebih berdasarkan fakta. 
aku siap kasi link jakim dan yusuf qardhawi tu kot.seriusli, orang2 macam ni yang buat orang Islam tak maju2. dulu aku dah kena block skali oleh sorang yang menggunakan gelar "ustaz" di fb ni. dia menulis pasal diet Rasulullah. itu bagus. yang celaka nya, dia menghina diet dan makanan lain. perlukah? siap cakap makanan itu dan ini menyebabkan kanser? aku rasa aku lebih punya kapasiti utk bicara makanan bersifat karsinogen berbanding seorang ustaz?aku musykil, aku carik journal perubatan berkaitan penghinaan dia terhadap beberapa makanan tu. aku bagi lah mekanisme secara perubatan benda2 yang aku cuba jelaskan. tak lama kemudian, aku kena block totally dari page "USTAZ" tu.


ilmu tu luas, tak mungkin seorang manusia mampu kuasai semuanya. fardhu kifayah. kalau aku masuk masjid, aku kena follow imam aku, sebab dia "imam" di masjid tu.kalau ustaz masuk hospital, dia kena follow "imam" dia di hospital tu, yakni doktor di situ.kalau macam ni lah perangai "orang-orang pandai agama ni", baik tutup semua sekolah perubatan, ganti dengan madrasah dorang tu.

Tuesday, March 27, 2012

kau fan Azhar Idrus? aku bukan.

ada beberapa cerita menarik aku ingin kongsi berkaitan dengan ustaz pujaan Malaya yang paling terkenal di youtube serta FB, yakni Azhar Idrus.

"ulama adalah waris para nabi. umat Islam seharusnya memuliakan ulama". aku pernah baca, tapi lupa dimana.
mungkin ayat ini menimbulkan kekeliruan kepada golongan taksub, antara memuliakan, serta memuja.

bagi yang kenal aku, aku sinis, tapi yang tak kenal, akan cakap aku suka tunjuk pandai. lantak la.

peristiwa 1.

kawan share something di fb. caption dia "haram meluahkan perasaan di wall fb sama seperti yahudi meluahkan perasaan di dinding rintihan / wailing wall". aku simply comment "booo!"
pelikkan? semua yg segitiga sekarang ni, freemason. semua yg ada tulisan wall, yahudi? eh, tak semua yang datang dari yahudi tu benda jahat la. contoh eh

Jewish Contributions to Society

Albert EinsteinPhysicist
Jonas SalkCreated first Polio Vaccine.
Albert SabinDeveloped the oral vaccine for Polio.
GalileoDiscovered the speed of light
Selman WaksmanDiscovered Streptomycin. Coined the word 'antibiotic'.
Gabriel LipmannDiscovered color photography.
Baruch BlumbergDiscovered origin and spread of infectious diseases.
G. EdelmanDiscovered chemical structure of antibodies.
Briton EpsteinIdentified first cancer virus.
Maria MeyerStructure of atomic nuclei.
Julius MayerDiscovered law of thermodynamics.
Sigmund FreudFather of Psychotherapy.
Isaac SingerInvented the sewing machine.
Levi StraussLargest manufacturer of Denim Jeans.
Joseph PulitzerEstablished 'Pulitzer Prize' for achievements in journalism, literature, music & art.

then, si kawan tak puas hati. dia reply aku "kau boo apa yang azhar idrus cakap ka tu?" erk? aku tak click pun benda tu. malas nak layan kan. then aku curious la kan. mam aku kalau boo ulama kan. ulama pujaan plak tu.
aku baca. dalam tu, tiada pun UAI cakap, hukum dia haram luah perasaan di fb. kurang lebih yg aku ingat dia cakap "kalau kita share benda yang tak haram, hukum dia tak haram". tiada pun uai sebut apa2 pasal yahudi/wailing wall/etc.
kesimpulan: caption article tak sesuai dengan keterangan uai. then aku komen balik.
"kau ada baca tidak sebelum kau share benda ni? ka kau main share jak? tolonglah, kalau mau berdakwah, pastikan isi dakwah yang kau sebar, jangan sebab fb, kau senang click share macam tu. kau tengok betul2, ada uai cakap apa2 pasal haram luah perasaan macam yahudi semua? kalau tidak baca, jangan plak kau pandai2 sana" aku akui sedikit emosi.
terus dia send msg sama aku "aku tidak suka gaya kau yang suka tunjuk pandai di fb ni. bai"
eh, sama2 la kan tunjuk pandai? dia tunjuk pandai rasa apa yang dia post tu betul, aku tunjuk pandai point out apa yang dia buat tu, salah.

moral of the story: jangan sebab nama UAI, semua kau anggap benar. (aku tulis nama di sana, aku tidak tulis orangnya. maksud, siapa2 boleh memperguna NAMA orang lain untuk kepentingan peribadi).

peristiwa 2.

ada lah ni. konon pertanyaan dia, "kenapa perempuan tidak boleh kawin 4 macam lelaki". then ustaz terkenal lulusan al-azhar ni jawab "sebab kalau dia melahirkan bayi nanti, nak kasi bin siapa?"
lawak? mungkin lah.
menjawab persoalan? TIDAK SAMA SEKALI.
aku yakin yang bertanya mahukan penjelasan agama, ataupun saintifik. tapi UAI beri jawapan melawak. tolonglah weh. secara perubatan pun boleh dijelaskan kenapa perempuan tak leh kawin lebih 1, laki boleh kawin byk, tp dlm islam, sehingga 4 sahaja.
masalahnya sekarang, ada lah golongan taksub yang percaya apa semua yg uai ni sembur, sebagai SAHIH. mam la kan kalo cam ni? mati2 dorg igt semua yg uai sampaikan tu adalah berasaskan agama. tak semua mampu tafsir message subtle dia tu. yang taksub. main balun je la kan...

peristiwa 3. next time.


p/s- aku bukan anti ulama. bukan. para ulama sendiri punya pendapat yang berbeza terhadap sesuatu isu / perkara. tapi yang aku tak berapa suka, golongan taksub seseorang ulama ni lah. mentang2 ulama favorite dia cakap A, dia pun terima A. tanpa mau dengar pendapat ulama B, C, X, Z sekalipun. urusan bermazhab pun diringankan, ini lagi pendapat ulama?

Saturday, March 24, 2012

jeda

-

mari membaca

suatu masa dulu, aku skeptik dengan novel-novel yang menggunakan bahasa kebangsaan ni.

(bahasa kebangsaan kita, apakah bahasa melayu, atau bahasa malaysia?)

aku rimas. tema biasanya Cinta. urgghhhhhhhhh. lepas tu ayat nak berbunga-bunga. nak memahami sebaris ayat dalam novel melayu adalah lebih sukar berbanding sebaris ayat dalam novel inggeris, menurut aku.
rupanya aku silap. ada je novelis lokal dengan genre thriller, macam R. A. Murshid. cuma lingkungan aku yang membaca novel dulu di sekolah lebih taksub dengan novel tema cinta. jadi aku tiada pendedahan dgn RAM ni.

terbaru aku baca Fiksyen 302 karya RAM ni. cerita memang menarik. sukar diduga jalan cerita. bermain plot seperti menonton filem. kita dibiarkan terus meneka-neka, ingin tahu kesudahan.
cuma spoil berabis adalah bila sebuah teknologi yang aku rasa sangat karut, (tentang mesin yang boleh bawa kita ke masa lalu, dan melalui hidup watak siapa yang kita inginkan pada masa tersebut) KARUT. ini kelemahan terbesar dalam novel ni. apalagi bila ia dijadikan kunci penyelesaian kepada misteri novel ini. argghhh! tensi! ini bukan novel sci-fi, ini thriller la weh. tapi boleh dimaafkan, sebab masih menarik untuk di baca.

ambil contoh novel karya Dan Brown. dalam buku Deception Point, banyak teknologi pelik ditampilkan dalam novel tersebut, tapi semuanya dinyatakan terlebih dahulu di awal novel kalau semua teknologi yang mengisi cerita tadi adalah real. ini menarik. kau dapat ilmu tambahan dari sebuah fiksyen.


novel seterusnya yang aku baru baca adalah terbitan Fixi, berjudul Ngeri. penulis berketurunan Cina, mencuba nasib dalam penulisan novel Melayu. gaya penyampaian aku suka. terutama dalam bentuk antara muka pesanan ringkas / email. jalan cerita pun menarik sebenarnya, cuma mungkin ada beberapa perkara, terutama watak, tidak dikembangkan, menyebabkan SANGAT mudah untuk diteka. common lah, tak sampai 1/3 novel, aku dah tau siapa pembunuh.

Zombijaya, juga terbitan Fixi, sangat menarik perhatian aku. seharian jiwa aku terganggu setelah tamat baca novel ni. aku suka, sebab, unik. terbayang tak Klang Valley dihuni oleh zombi? menarik juga, sebab, beberapa watak protagonis yang dikembangkan dengan baik watak mereka, tapi akhirnya dimatikan dalam novel ni. termasuk watak budak kecil yang comel (aku bayangkan je la budak tu comel). dan juga bila jalan cerita ni seperti memberi harapan kepada watak, kepada kita yang membaca, harapan tersebut pun dimatikan begitu saja. memang very disturbing.

satu aku tak berkenan dengan Fixi ni, menggalakkan kebebasan menulis, termasuk scene sex yg agak explicit (mcm ombak rindu kot?). sebenarnya, d'fuq wehh?! Dan Brown yg best-seller serata dunia, JK Rowling, Stephen King, tak perlu pun memasukkan scene sex yg explicit, tapi mereka sukses berat. hurmm~




p/s- sumpah time awal2 baca novel melayu hari tu setelah sekian lama tak baca, agak mencabar otak aku untuk memahami. ayat yang berbunga, kata penghubung yang terlalu banyak, imbuhan yang sangat akrobatik, merumitkan bagi aku.

anda ada saran novel dgn tema thriller yang boleh disarakan? sila kongsi ;-D







Wednesday, March 21, 2012

izinkan saya...

...untuk mengarut. serta mencarut.

lately, saya rasa saya semakin bitter. menurut orang lain lah kan.
so, now, erm, ok, i want to talk about myself. izinkan saya.

ada 3 kata yang orang lain selalu gunakan untuk describe saya.
1. aneh
2. funny
3. bitter

sedangkan 3 kata yang saya harapkan untuk orang lain describe saya.
1. kacak
2. bijak
3. kaya

kenyataan tak sesuai harapan. hurmmm :'-(




Sunday, March 18, 2012

Sunday, January 29, 2012

salam semua!

gambar ketika praktikal. gigih hire fotografer dengan tema Grey's Anatomy


Gambar Sidang Akhir Kelulusan


Di Hari Sumpah Dokter


atau dalam bahasa Hebrew, Shalom.

sa sa sangat lama kan meninggalkan blog ini. kalau dulu macam setiap hari aku post sesuatu. sebab menulis dapat meringankan beban di otak, menurut aku. sekarang macam sangat stress-free. setiap hari, rutin yang sama. tiada tujuan. and i like it.

oh, untuk yang tak tahu, alhamdulillah, pada berapa haribulan entah, bulan November 2011, saya telah melafazkan "Sumpah Dokter". saya dah grad. tadaaa!

nak tak I uploadkan gambar certificate ijazah I ade tulis Dr. R********** A*******? (gile takbur dan riak)

sayang, ada kenangan buruk berlaku pada hari tersebut. hari yang aku harapkan menjadi sesuatu yang manis untuk dikenang...

gambar pun tak banyak... apa nak jadi lah. aku bertapa 6 tahun lebih kot kat Bandung...
the Day of all Days boleh jadi macam ni... haishhh...

white-coat tu pun aku tinggalkan kat bandung... walaupun banyak kenangan, tapi, jom move on!

buat masa sekarang aku tak tau apa nak buat dengan hidup aku.

i just enjoy so much this period of unemployment.

tapi lately rasa tak sabar nak kerja, nak lari dari rumah... sebab so far, rasa macam menumpang di rumah sendiri...


in searching for myself yang sempat hilang entah ke mana satu ketika dulu...
bila orang memberikan pujian, aku nye otak akan proses "dia ni menyindir ke apa?"
pessimist gila babi.

walaupun, memang ada beberapa ketika dulu time belajar, ada glorious moments gak ar. :P

bila thesis (minor) aku dipuji examiner "this is the best so far i had examined!". memang aku nangis terharu time tu. sebab penat lelah terbayar. mana tak penat. aku dah wat sampai berpuluh muka surat. Chapter 1,2,3. one day, hard disk pc aku crash... flash-disk aku lak yang ada backup dalam tu, hilang di cc.
aku kena start from a scratch. jadi bila usaha aku dihargai macam tu... terima kasih Dr. Sharon kerana telah membimbing saya. you are one great Teacher! bukan saja soal akademik, aku banyak belajar dari dia tentang kemanusiaan. ;-)

bila aku survive ujian long-case dengan penguji yang katanya paling digeruni seluruh rumah sakit kerana rate of failure dengan dia, 80-90%?. sebenarnya pada awalnya aku agak give up. macam, apa nak jadi, jadilah. teringat kata-kata the great Hormer Simpson "trying is the first step toward failure".
at least menurut aku, kalau aku tak belajar, then fail, aku boleh bagi alasan cover malu "sebab aku tak belajar, tu pasal aku fail." haha.
sampai lah ada seorang sahabat menasihati "R, apa kata kau belajar je dulu. insya Allah, ilmu yang kau dapati nanti, kau takkan rugi pun. ilmu tu nanti, kau boleh pakai bila kau dah jadi doktor nanti. pasal ujian tu, kalau lulus, itu rezeki. kalau tak lulus, kau takda apa nak rugi."
terima kasih saudari A.Y. untuk nasihat kamu. ;-)

hehe. sempat merasa jadi legend jugak ar lepas tu bila aku, yang memakai Converse merah, Levi's hitam, dan baju kotak2 tak bersterika lulus @_@ :P

2 antara banyak kenangan manis sepanjang aku berada di Bandung... sayang, aku tak pernah ceritakan cerita2 ni kepada orang-orang yang patutnya penting kepada aku... sebab mereka seolah tak peduli...


next time aku akan menulis lagi,

Regards,
Dr. Raf

HAHA :P