Sunday, June 26, 2011

bangku itu


isnin lepas aku lepak klinik TBC, di klinik desa sebuah daerah kat bandung ni.
nurse yang bertanggungjawab di klinik ni adalah Ibu I. orgnya sgt baik. tetap bersabar dgn karenah pesakit. (unlike me yg kadang emosi tak stabil)
she treats patients equally. with compassion, kasih sayang, serta cinta (wow ayat!)

TBC @ tuberculosis ni satu penyakit yg org takut. even aku sendiri. once kalo kena, sakit nak berubat. tempoh pengubatan, 6 bulan. jumlah ubat yg dimakan? aku malas nak kira. hoho.
untuk 8 minggu pertama, perlu makan 4 jenis ubat, setiap hari. untuk 16 minggu seterusnya perlu makan 2 jenis ubat, 3 hari seminggu.

tujuan byk jenis ubat dan lama ini adalah utk memastikan semua kuman Mycobacterium tuberculosis mati, dan tak develop resistant terhadap antibiotic. sbb kalau resistant developed, takde ubat la jawabnya...

berbalik kepada bangku di atas, Ibu I ceritalah kat aku. dengan ruang serta fasiliti yang serba terbatas, ada jugak pesakit yg bermurah hati untuk membina sebuah bangku untuk ruang klinik tu, supaya org2 tak perlu berdiri sementara menunggu giliran.
itu sebagai something utk dikenang oleh klinik tu la dan perawat Ibu I yg baik hati itu... sebab pengubatan TB adalah percuma. dan pesakit tu tak mampu lah utk memberi benda lain sebagai tunjuk rasa terima kasih.
yang hebatnya, apa yg pesakit tu berikan adalah sesuatu yg diperlukan di klinik tu...
orang2 tak perlu lagi berdiri menanti.
memang sangat bermanfaat.

bangku tersebut menjadi wakaf... amal pahala yang akan terus berjalan selagi mendatangkan kebaikan kepada orang ramai...

kerana pesakit yang baik hati itu telah meninggal dunia kerana komplikasi dari penyakit TB beliau...

sebuah bangku yang mengingatkan aku untuk menghargai orang lain...
sebuah bangku yang mengingatkan aku siapa pun mempunyai peluang untuk berbuat kebaikan, walau dengan keterbatasan harta serta kesihatan...



1 comment:

oranglidi said...

hm, kat skolah ak ada satu kolam di taman.. dan ianya dibina oleh banduan. memang jadi sejarah la kolam tu.. tempat budak2 lepak dan beri makan ikan.

kebaikan yang mmberi manfaat secara berterusan ni berpanjangan pahalanya.