Sunday, June 26, 2011

bangku itu


isnin lepas aku lepak klinik TBC, di klinik desa sebuah daerah kat bandung ni.
nurse yang bertanggungjawab di klinik ni adalah Ibu I. orgnya sgt baik. tetap bersabar dgn karenah pesakit. (unlike me yg kadang emosi tak stabil)
she treats patients equally. with compassion, kasih sayang, serta cinta (wow ayat!)

TBC @ tuberculosis ni satu penyakit yg org takut. even aku sendiri. once kalo kena, sakit nak berubat. tempoh pengubatan, 6 bulan. jumlah ubat yg dimakan? aku malas nak kira. hoho.
untuk 8 minggu pertama, perlu makan 4 jenis ubat, setiap hari. untuk 16 minggu seterusnya perlu makan 2 jenis ubat, 3 hari seminggu.

tujuan byk jenis ubat dan lama ini adalah utk memastikan semua kuman Mycobacterium tuberculosis mati, dan tak develop resistant terhadap antibiotic. sbb kalau resistant developed, takde ubat la jawabnya...

berbalik kepada bangku di atas, Ibu I ceritalah kat aku. dengan ruang serta fasiliti yang serba terbatas, ada jugak pesakit yg bermurah hati untuk membina sebuah bangku untuk ruang klinik tu, supaya org2 tak perlu berdiri sementara menunggu giliran.
itu sebagai something utk dikenang oleh klinik tu la dan perawat Ibu I yg baik hati itu... sebab pengubatan TB adalah percuma. dan pesakit tu tak mampu lah utk memberi benda lain sebagai tunjuk rasa terima kasih.
yang hebatnya, apa yg pesakit tu berikan adalah sesuatu yg diperlukan di klinik tu...
orang2 tak perlu lagi berdiri menanti.
memang sangat bermanfaat.

bangku tersebut menjadi wakaf... amal pahala yang akan terus berjalan selagi mendatangkan kebaikan kepada orang ramai...

kerana pesakit yang baik hati itu telah meninggal dunia kerana komplikasi dari penyakit TB beliau...

sebuah bangku yang mengingatkan aku untuk menghargai orang lain...
sebuah bangku yang mengingatkan aku siapa pun mempunyai peluang untuk berbuat kebaikan, walau dengan keterbatasan harta serta kesihatan...



Friday, June 24, 2011

tips belajar

entah macam mana, dalam kenderaan umum tadi pagi sambil melewati sawah padi, kereta kuda, kilang, motor, debu, sampah sarap, pepohonan, bukit bukau, gunung ganang, boleh terkeluar cerita tips belajar.

sebab beberapa hari lalu aku diminta untuk kongsi tips belajar aku di depan kurang lebih 100 orang pelajar sekolah menengah, mau aku tak ternganga. katanya tips macamana belajar sampai boleh belajar medik.

please, jangan tanya aku.

sebab aku tiada tips seperti pelajar cemerlang lain, sebab aku bukan pelajar cemerlang. XD

kalau kau tanya macamana aku belajar untuk menengah rendah dulu, sampai boleh dapat 7A1B (B agama islam, sungguh tak diduga. maksud aku, aku sendiri tak duga boleh score 7A1B, sbb ujian slalu aku A cuma M3, dengan Geografi sahaje)

dan aku tak pernah belajar kat rumah rasanya. pagi bangun, bekfast, tengok katun kat astro, Akazukin Chacha time tu. pastu ttgk drama kantonis, pastu siap pi skolah, sbb aku skolah petang. balik umah, mandi, pi ngaji, balik ngaji tgk drama kantonis lg, pastu tidur. buku rujukan ayah aku beli pun aku jarang baca. sampai form 3 baru aku tau, ayah aku belikan buku rujukan Pelangi KH - ERT, sedangkan sekolah aku cuma ada KMT. dan barulah aku tau rupanya KH itu elektif dia ada sangat banyak. aku igt KH tu cuma 1 je.

masuk asrama, belajar barulah mula teratur sikit.
time prep petang atau malam, kerja aku adalah merayau dari kelas ke kelas. bersosial. bertukar cerita dan isi fikiran. wow ayat! padahal bergosip saje pun. haha.
aku jarang lepak kat kelas sendiri. aku cam na leh tersesat masuk kelas depan, tergolong dalam 25 pelajar kelas depan, sedangkan rank aku time form 4 adalah 35. aku jumpa penolong kanan beb, mintak tukau kelas, aku tak sanggup berada dlm kelas depan, sbb org kate suasana nya spt kuburan kalau prep. masing2 sibuk menelaah. takda yg riuh rendah. aku tak sanggup berada dlm kelas spt itu T_T
sampai ada kawan aku kata"apa yg ko takut sgt masuk kelas 5Sarjana ni raf, bukan kami makan orang pun?" hehe.
ofkoz la permohonan aku tak diterima kan. tetap aku dlm kelas tu. menurut penolong kanan, aku sorted dlm kelas tu based utk subjek sains aku, bukan overall, walaupun BM aku hampir gagal time form 4.

time asrama ni, selain belajar dlm kelas, aku biasanya belajar dari jam 5.00 petang setelah riadah, sampai azan mahgrib sekitar 6.30 petang. aku akan berada di classroom sendiri time tu. aku suka menyendiri kot.
itu lah waktu aku gunakan untuk belajar.
dengan hari sabtu petang, dengan ahad pagi. time tu carik aku di classroom, mesti ada punya.
cuma org tak nampak aku belajar, maka keluarlah statement "raf tu tak belajar pun, tapi pandai".

dude, there's no such thing as tak belajar tapi pandai.

bila org tanya camna time aku skolah doktor ni belajar, lagi lah aku xdpt explen.
aku takde jadwal belajar. cuma dlm sehari target aku paling utama, tidur paling lewat jam 9.00 malam. tapi bukan bangun pagi gila utk belajar. tak. aku tetap bangun around 5am.
aku kena dapat tidur yang cukup, barulah aku tak cranky. kalo tak, sumua org aku nak amuk.
biasanya aku pulang sampai bilik jam 4.00, terus urus diri, baca buku sampai maghrib, then sambung baca lagi, then isyak, after that barulah aku berhibur. tengok tv ke, baca novel ke, atau baca textbook out of topic yang dibahas (dikira berhibur gak). baca dgn relax je, cam baca majalah, baca artikel. itu lah part paling menarik. sebab baca dengan curiosity, bukan baca sebab terpaksa because of requirement, so facts retained better.

then jam dah 9.00? offlight, tidur.

dan hasilnya, aku bukan la pelajar cemerlang, aku cuma biasa2, tapi aku rasa mencukupi untuk aku.

kesimpulan utk yg masih belajar? tak yah la terikut2 cara orang lain. buat cara sendiri yang paling menurut kau, seswai dgn jiwa kau. kalau ko rasa tak belajar adalah yg paling seswai, silakan :P

Tuesday, June 14, 2011

lagu aku suka

terima kasih kepada oranglidi atas tunjuk ajar beliau, dapatlah saya add fb badge di blog ini ^_^

aku saja nak share my feveret.

1. aku tgh gila dgr lagu Sitti, artis filipina ni. genre dia bossanova. memang santai je dengar. best




2. yg ini artis Malaysia. rasanya masih indie. nak carik album dia sikit punya susah. nama beliau Reza Salleh. memang aku rasa artis kotemporari lelaki terbaik malaysia setakat ini.






kalau korang sayang aku, korang kena dgr semua lagu kat atas ni ^_^

dan, support industri muzik kita, utk Reza Salleh itu, sgt worth it beli album dia yg original.

Monday, June 13, 2011

halo halo

wuiseh... tak pernah2 aku tinggalkan blog ni sampai sepurnama lebih lamanya.

ape nak wat, dugaan besar aku lalui beberapa minggu lalu.

cam tu lah kalo putus cinta...


haha. tapi bukan aku. bukan bukan. bukan pasal putus cinta.

erm. susah nak explen.

aku nak menaip something malam ni, tp rasa letih lak.

sok lusa lah plak.

ko suggest la apa aku patut update k :)

oh ye. aku tak reti letak badge facebook.

kalau ko rase nak add aku, sila lah ko search fb nama Raf Smoochie. sertakan msg kalo ko kenal aku kat blog k :)