Friday, May 6, 2011

year '76 camera turn out to be just fine, and am happy about it ^_^



hari tu aku ade beli satu kamera lama, Ricoh 500GX, tahun 1976. tak ramai org maen kamera analog lagi skrg ni, even dengan kamera hp pun boleh tangkap gambar kualiti macam DSLR kan skrg ni. hehe.

so aku maen la kamera usang ni. first time tgk, agak excited. kurang lebih kamera ayah aku yang aku pernah rosakkan time umur 3 tahun. aku rasalah. :P macam aku curious time kecik2, aku bukak kamera tu, kuarkan filem dlm kamera tu. filem tu tgh tunggu dicuci. rosak semua gambar.

lepas tu masalah nak mencari filem analog plak. sayang sungguh, dah tak banyak diproduksi. padahal ada nilai sentimental. akhirnya aku dpt lah beli filem 36 ASA 200. oh ye, kamera ni tak pakai bateri. semua manual. i like! so takde flash. ade pun extension. tapi takpa, aku maen outdoor shoot je.

bila nak masukkan filem tu, teringat plak kenangan time skolah dulu. form 5 (asrama), tahun 2003. cam digital tak femes lagi. atau femes, tapi belum mampu. kat skolah dulu, rajin mengambil gambar. beli filem, masukkan filem dalam kamera.
lepas tu hanya memilih 'moment' yang betul2 dirasakan bernilai untuk diabadikan pada sebuah gambar. ye lah, dah la filem tak murah mana (untuk budget seorang budak sekolah ok), nak cuci lagi satu hal. so takdelah shoot sembarangan macam orang sekarang dengan kamera digital.

lepas tu, kamera tu simpan, dan dipakai lagi sampai la roll filem tu habis. memang saving jugak la. hehe bila dah sampai the last shoot je, rasa tak sabar nak cuci filem tu. tapi kena tunggu outing plak.
bila jumpa kawan2 yg merasakan aku shoot gambar mereka, mereka sentiasa tanya pasal gambar dah cuci belum.
bila dah siap cuci, semua berebut nak tengok gambar2 tu ^_^
memang excited. lepas tu filem pun dibelek-belek, nak cuci extra gambar yang berkenan.

so perkara paling menarik main analog ni, excitement and joy of it lah.

kalau cam skrg, gampang je (gampang perkataan Indonesia, bermaksud mudah). kalau kau rasa gambar kau ambil tak indah dengan kamera digital tu, delete je. pastu boleh tacap dgn photoshop.

bila filem dah abis, tiba masa untuk cuci. memang sgt excited! perasaan tak sabar tunggu hasil tu memang menarik. terakhir aku rasa cam ni tahun 2003 lah.
tapi tak la secepat dulu kalau nak cuci filem analog ni, sebab dorg kedai gambar kena kumpul jugak filem2 dari org lain, so cuci sekali harung je. sebab dah jarang org cuci filem analog.

so aku pun menantilah dengan sabar selama 2 hari. dan ini hasilnya. gambar tak berapa clear kerana tidak di-scan, tapi gambar2 ni aku tangkap lagi dengan kamera digital supaya leh upload ke komputer =)
tapi real punya clear lah.








kamera ni agak 'bocor' cahaya, jadi ada 'color distortion'. tapi aku rasa menarik. sebab kalau nak gambar yang mulus, aku ade je digicam nikon coolpix yang aku rasa mencukupi buat masa ni sebagai seorang yang suka ambil gambar, tapi bukan photographer.

next target, LOMO! =)

3 comments:

Mr. AA said...

good, aku pun main lomo, boleh check blog aku :)

A+z+i+E = AziE said...

hehe.. dulu2.. excited giler nk cuci gmbar... Ak pnah amek gmbr ngn UNIC.. skali bile cuci, gmbr tu ta cantik... frust giler...

daily curse corner said...

nice one Raf!