Wednesday, May 11, 2011

abortion


XD
idea ini tidaklah original. aku pernah nampak this drawing on a t-shirt when i was in Manila back then. can't find any similar drawing, so i decide to roughly re-draw this again using paintbrush. hehe

Friday, May 6, 2011

year '76 camera turn out to be just fine, and am happy about it ^_^



hari tu aku ade beli satu kamera lama, Ricoh 500GX, tahun 1976. tak ramai org maen kamera analog lagi skrg ni, even dengan kamera hp pun boleh tangkap gambar kualiti macam DSLR kan skrg ni. hehe.

so aku maen la kamera usang ni. first time tgk, agak excited. kurang lebih kamera ayah aku yang aku pernah rosakkan time umur 3 tahun. aku rasalah. :P macam aku curious time kecik2, aku bukak kamera tu, kuarkan filem dlm kamera tu. filem tu tgh tunggu dicuci. rosak semua gambar.

lepas tu masalah nak mencari filem analog plak. sayang sungguh, dah tak banyak diproduksi. padahal ada nilai sentimental. akhirnya aku dpt lah beli filem 36 ASA 200. oh ye, kamera ni tak pakai bateri. semua manual. i like! so takde flash. ade pun extension. tapi takpa, aku maen outdoor shoot je.

bila nak masukkan filem tu, teringat plak kenangan time skolah dulu. form 5 (asrama), tahun 2003. cam digital tak femes lagi. atau femes, tapi belum mampu. kat skolah dulu, rajin mengambil gambar. beli filem, masukkan filem dalam kamera.
lepas tu hanya memilih 'moment' yang betul2 dirasakan bernilai untuk diabadikan pada sebuah gambar. ye lah, dah la filem tak murah mana (untuk budget seorang budak sekolah ok), nak cuci lagi satu hal. so takdelah shoot sembarangan macam orang sekarang dengan kamera digital.

lepas tu, kamera tu simpan, dan dipakai lagi sampai la roll filem tu habis. memang saving jugak la. hehe bila dah sampai the last shoot je, rasa tak sabar nak cuci filem tu. tapi kena tunggu outing plak.
bila jumpa kawan2 yg merasakan aku shoot gambar mereka, mereka sentiasa tanya pasal gambar dah cuci belum.
bila dah siap cuci, semua berebut nak tengok gambar2 tu ^_^
memang excited. lepas tu filem pun dibelek-belek, nak cuci extra gambar yang berkenan.

so perkara paling menarik main analog ni, excitement and joy of it lah.

kalau cam skrg, gampang je (gampang perkataan Indonesia, bermaksud mudah). kalau kau rasa gambar kau ambil tak indah dengan kamera digital tu, delete je. pastu boleh tacap dgn photoshop.

bila filem dah abis, tiba masa untuk cuci. memang sgt excited! perasaan tak sabar tunggu hasil tu memang menarik. terakhir aku rasa cam ni tahun 2003 lah.
tapi tak la secepat dulu kalau nak cuci filem analog ni, sebab dorg kedai gambar kena kumpul jugak filem2 dari org lain, so cuci sekali harung je. sebab dah jarang org cuci filem analog.

so aku pun menantilah dengan sabar selama 2 hari. dan ini hasilnya. gambar tak berapa clear kerana tidak di-scan, tapi gambar2 ni aku tangkap lagi dengan kamera digital supaya leh upload ke komputer =)
tapi real punya clear lah.








kamera ni agak 'bocor' cahaya, jadi ada 'color distortion'. tapi aku rasa menarik. sebab kalau nak gambar yang mulus, aku ade je digicam nikon coolpix yang aku rasa mencukupi buat masa ni sebagai seorang yang suka ambil gambar, tapi bukan photographer.

next target, LOMO! =)

Tuesday, May 3, 2011

cuti tanpa apa-apa

oh ye, did i told u guys that i passed all the exams of academic requirement? (cerita 2minggu yang lalu) that's right beb, no more exam! tapi sebab syarat kat sini kena posting district hospitals for 5 months (some said 6, still unclear) sebelum boleh grad, so belum lah waktunya untuk aku grad, walaupun dah takda exam.

ade kawan yang menangis kegembiraan waktu keputusan diumumkan, ade jugak yg menangis sedih kerana gagal ujian.

saya gembira sebab lulus, saya gembira sebab tak perlu mengulang, saya gembira kerana doa-doa mereka yang mendoakan saya dimakbulkan :-)

sampai sekarang masih ingat pesan kawan waktu satu kali memang down habis sampai malas belajar "kau belajar je dulu raf, kalau lulus, alhamdulillah, kalau gagal, sekurang-kurangnya kau tak rugi dengan ilmu yang kau ada tu, ilmu tu insyaAllah tetap bermanfaat."


ok, sebab dah takda exam, dan ada 2 minggu free sebelum posting district hospitals, aku sangat-sangat free. tapi tak balik cuti kan. hurm. nak wat camne, fakulti ni suka buat lawak. dlm 2 minggu cuti ni, dia ambik hari tgh2 dlm 2 minggu ni utk buat briefing. so takdapatla nak enjoy cuti 2 minggu kat Malaysia.

so, dah beberapa hari aku explore tpt yg aku tak nah pergi, walaupun dah lama kat sini. simply naik public transport, tgk where the bus route ended up. pastu naik lagi yg len. fun sbnrnya, rasa cam backpacker plak hehe. dan makan, jgn cerita la. aku rasa aku dah agak comel skrg ni. :p

kalau aku kat bilik, tgk DVD, main game, main game lagi. tapi takpe, bila lagi ade time mcm ni, mcm tak yah fikir apa2.

oh ye, tetiba ada beberapa org baru terjelajah blog aku yg aku tak pernah promote ni kan. salam kenal buat korang semua.

i have met several great people on the blogosphere, macam oranglidi, azie, jenny, sheryzan, adam, kak liana, dan lain-lain yang tak tersebutkan nama mereka. kenal kat blog/fb. tapi memang best kawan dgn mereka :-)

so aku harap, aku dapatlah kenal lebih byk org lagi. memang kenal punya, bukan sekadar add tapi tak kenal kan? ^_^

so, hari ni aku plan nak lepak bilik je, baru beli 5 dvd smlm. game pun tak habis main lagi. XD

Monday, May 2, 2011

ayam goreng?

***
sendiri di sudut restoran itu, dia menikmati ayam goreng yang baru dipesannya sambil menaip sesuatu pada smart-phonenya. mungkin dia orang kaya. mungkin saja, kerana orang miskin tak mungkin mampu untuk menikmati ayam goreng disitu, apa lagi memiliki smart-phone dengan logo buah apel yang telah dimakan sedikit itu. setelah beberapa waktu, dia pun meninggalkan restoran itu

***
meja di sudut restoran itu baru saja ditinggalkan oleh pelanggan tadi. kini tiba waktu untuk dia melakukan kerja rutinnya di restoran itu. pinggan kotor dibawa ke tempat cucian, gelas kertas terpakai dibuang ke tong sampah, dan meja dibersihkannya untuk ditempati oleh pelanggan seterusnya. dari 3 ketul potongan ayam goreng yang dipesan, hanya kurang lebih 1 1/2 yang dimakan. sayang sekali. mungkin tidak apa bagi mereka yang kaya. mungkin. kalau lapar, beli lagi. kalau dah tak mahu makan, buang atau tinggalkan saja. yang penting mungkin bagi yang kaya, mereka bayar untuk itu semua. kalau besok ingin makan, datang saja lagi ke restoran itu. duit bukan masalah bagi mereka orang kaya, yang mungkin saja tak pernah merasa kelaparan.

dia dengan hati-hati mengasingkan potongan ayam yang masih boleh dimakan. disimpannya di dalam sebuah bekas. bekas-bekas berisi sisa makanan para pelanggan, namun masih layak untuk dimakan. seperti hari-hari lainnya, bekas-bekas itu tak pernah kosong, sentiasa saja berisi penuh. dia sengaja melakukan ini semua, walaupun tak termasuk dalam deskripsi pekerjaannya. kebiasaan, sisa-sisa makanan ini dibuang saja sebelum pinggan-pinggan kotor tadi dicuci. tapi alangkah sayangnya...

***
malam itu, seorang lelaki tua menunggu di belakang restoran ayam goreng itu. miskin orangnya. bekerja sebagai pengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula. namun dia tak kisah itu semua. yang penting dia masih dapat hidup dengan usahanya sendiri. dan dapat memberikan kebahagiaan kepada orang lain, itulah yang terpenting baginya...
akhirnya pekerja restoran ayam goreng itu keluar untuk menemuinya, sambil membawa beberapa bekas berisi sisa-sisa makanan yang masih layak untuk dimakan tadi. dia menerima dengan senyuman, mungkin kerana gembira dan senang hati. pekerja restoran tadi pun tersenyum sama. senang hati melihat si tua tersenyum. bertukar ucapan terima kasih, dia pun berlalu pergi...

***
di lorong gelap dan kotor itu, kawanan budak jalanan sedang bermain kejar-kejaran, sementara menanti sesuatu. mereka tetap ceria, walau hidup seperti tak bermurah hati kepada mereka. duit? mereka memang miskin, tapi bukan jiwa mereka. mereka tak meminta banyak. yang penting dapat meneruskan hidup, walau kadang sukar untuk di mengerti. makan, pakaian, seadanya.
mereka tiba-tiba berlari ke arah yang sama, sambil ketawa gembira, ada yang menjerit juga. yang ditunggu telah tiba. si tua miskin dengan bekas-bekas berisi sisa makanan tadi. mereka duduk bersama di bawah cahaya lampu jalan di lorong itu, sambil menikmati bersama ayam goreng tadi... itulah nikmat bagi mereka. mereka tetap bersyukur, kerana mereka mengenal erti lapar, dan kemiskinan...
***

ini bukan cerita aku. kawan aku ceritakan kat aku over a lunch pasal ni. dia kata dia pernah tgk satu short movie dari filipina tentang cerita ni, dan mendapat anugerah filem ke2 terbaik dalam festival filem apa ntah. cerita dia mudah, tapi banyak perkara boleh belajar dari cerita ni. aku tak tau tajuk dia apa, so tak dapat bagi reference. kalau ada yang tau, share lah dgn aku :-)