Wednesday, April 6, 2011

Aku dah tak tahu apaa lagi aku perlu buat, aku merasaa sedih yg amat sangat…

Masalah terus bertambah, di tambah pula dgn beban pelajaran yg melimpah ruah, konflik tak selesai dgn teman rapat, dan kini, putus cinta..

Hidup ini tak lagi seindah biasa… tak pernah terlintas di fikiran aku indahnya hidup melalui percintaan pertama menemui noktahnya, di saat aku benar2 merasa bahagia kerana disayangi insan yg aku sayangi…
putus cinta… semakin ku fikir mengenainyaa, semakin serabut fikiran aku… Arghhhh!!! Damn it!

kepada siapalah lagi hendak ku luahkan curahan hati ini…

alangkah baiknya kalau sekarang aku masih berada di zaman sebelum puberty dulu, waktu aku masih tertanya-tanya kenapa perlu bercinta? Apa faedahnya? Apa nikmatnya?

Benar2 membuatkan aku hilang ‘mood’. Semua serba tak kena… kini aku sering dibayangkan saat2 indah pernah kami lalui bersama, memikirkan tentang dia sepanjang masa, dan terpaksa menerima hakikat yg semua itu takkan berulang lagi…

padahal aku masih menyayangi dia, kenapa perlu dia lakukan ini semua padaku…

Lafaz perpisahan dari dia, benar2 membuatkan aku seperti hilang punca…
Aku benci… aku sedih… aku marah… aku benar2 sayangkan dia…
Ini semua buat aku hampir gila…
Sekarang aku mengerti kenapa ada yg sanggup bunuh diri kerana putus cinta…

kepada kau yg telah melukan hatiku…
Andai kau terbaca warkah ini, aku ingin kau tahu yg aku masih menyayangi mu, sayang ku terhadap mu takkan pernah berubah…
Tak ku harapkan kau bahagia bersama kekasih baru mu, kerana ku benar2 berharap agar kau dapat kembali ke sisiku, menyayangiku seperti dulu, selamanya…

Namun andai semua ini takdir, aku pasrah…

Inilah fiksyen terbaru dari saya yg bertajuk "Putus Cinta". Harap anda semua terhibur membacanya.
Hahaahahahh.
Aku bosan. Tak dapat tidur. Jaadi aku karang la fiksyen ini. Mana tau nanti aku tidur dapat lalui perkara tu, tau2 bangun, meleleh air mata (bukan air lain tau!!) sebab kesedihan yg dirasai kerana putus cinta (Sedih ke?), walaupun ianya fiksyen belaka.

Being silly is what I am really good at. Ok.

Salam ceria dari saya, sehingga bertemu lagi di lain waktu.
tata



-entri lama ditulis di sebuah blog lain pada 21Mac2007-

4 comments:

oranglidi said...

macam kesah benar je..

ruffey said...

oranglidi, siyes bro, ni rekaan semata je. haha

epul said...

Ceh...Ingatkan kesah hidup betul...baru mau empati...

R.A said...

This might sound fake and random but if it were really happening to you I'd be more that glad to give my shoulder for you to cry on. My shoulder kinda pointy and bony though :P