Monday, March 21, 2011

siapa apa sebenarnya

cerita 1

chat dengan kawan di fb. dia belajar di kl. dia cakap "tadi aku jumpa tourist dari indo., dia bilang indo. sama malaysia sama jak ni, sama-sama banyak sampah bersepah." kawan aku bilang dia gelak jak la, mau buat macam mana, memang banyak sampah pun.

malaysia kononnya declare sebagai negara islam. indo. pula majoriti penduduk islam, terbanyak di dunia malah. tapi, macamana dua-dua negara boleh banyak sampah bersepah.

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”


Singapura. aku rasa majoriti bukan muslim. tapi adalah susah untuk menemui sampah bersepah di sana.

pertanyaan: antara 3 negara di atas, yang manakah yang penduduknya lebih Islam secara kehidupan harian jika dibandingkan secara kebersihan?


cerita 2

aku bosan dengan propaganda melayu men-dunia. getting tired of this. aku tertarik dengan cerita Jose Rizal, aku banyak baca forum2 di internet berdiskusi tentang beliau. yang menghairankan, banyak 'malay cyber troopers' post comment menyatakan kalau Jose Rizal itu Melayu, siap berdebat dengan pinoy forums.
so what kalau dia melayu pun? kaum/bangsa tak menjanjikan kemuliaan.
Rasulullah s.a.w. seorang Arab. Abu Lahab juga seorang Arab. tak pula bangsa Arab di angkat mulia oleh Tuhan.
tapi kenapa melayu tanah melayu kebanyakannya suka merasa yang terbaik dan terhebat. tak baik tau. kita tak lah mulia mana. satu-satunya bangsa yang aku tahu memang merasa diri mereka paling hebat dan mulia adalah bangsa Yahudi. nak buat macam mana, memang dalam kitab pegangan mereka menyatakan mereka 'bangsa terpilih' oleh Tuhan.

Jose Rizal mungkin saja melayu, tapi bukanlah seperti orang melayu yang berasal dari tambak, johor.
istilah Melayu ni ada 2 pengertian. Melayu sebagai etnik, dan Melayu sebagai race (major divisions of humankind, having distinct physical characteristics)

Etnik melayu ni, macam kau dan aku. macam perjuangan sebuah parti politik yg infamous dgn lambang kerisnya (walaupun keris bukanlah ciri etnik melayu sebenarnya). bila org menjawab "Saya org Melayu". lebih kurang begitu.
sedangkan Malay Race adalah istilah yang digunakan untuk klasifikasi jenis manusia, selain klasifikasi lain iaitu ethiopian, caucasian, mongoloid, native american. teori ini dikenalkan oleh Blumenbach, dan menyatakan malay race tinggal di maluku, sunda, filipina, mariana, indochina, kepulauan pasifik, dan sebagainya. jadi, menurut teori Blumenbach ini, sebagai contoh, seorang lelaki dari Bandung secara etnis adalah seorang Sunda, sedangkan secara race adalah Melayu.
tapi teori ni katanya tak kukuh.
tapi kalau dipakai, memanglah Jose Rizal seorang Melayu secara race.

Mahathir menuliskan tentang perkara ini (jose rizal) dalam buku terbaru beliau. aku tak tau apa niat beliau, dan aku tak baca lagi buku tu, dan tak berminat pun.
tapi menurut aku, sesuatu seperti ini dapat menanamkan 'false-sense-of-proud' di kalangan etnis Melayu di Malaysia.

mungkin kita orang Melayu perlu berhenti berbangga dengan pencapaian orang lain, dan mulalah berusaha untuk berbangga dengan usaha dan pencapaian sendiri.

sebabnya, tiada gunanya kita banggakan dengan Datuk so-called angkasawan kita tu, (dan saya tak pernah bangga dengan dia pun) kalau kita sendiri masih buang sampah merata-rata di jalan.


cerita 3

dulu pm kita sibuk laungkan 'dasar pandang ke timur', maksud dia, Jepun kot? tapi aku tak tau apa yg dia suruh kita tiru dari jepun time tu.

kawan aku post something kat fb. cerita tentang macamana jepun manage utk repair jalan yg rosak disebabkan gempa, dalam masa 4 hari. hebat!
aku rasa gov kita tak efisien mcm ni pun. kalau ada jln yg rosak, pertama skali menteri-menteri akan saling menyalahkan. lepas tu highlights yang tak perlu di media. lepas tu, menyalahkan "bencana alam". lepas tu, baru sibuk carik kontraktor kroni, baru lah dpt untung utk projek repair jln tadi.
kan bagus kalau gov kita dpt tiru jepun dlm hal macam ni.

lepas tu aku ada baca kat yahoo!, pasal macamana rakyat jepun sesama mereka tolong menolong saling beri bantuan, sebab bantuan luar lambat sampai. murid2 sekolah tolong angkat air dengan baldi dari kolam renang sekolah mereka supaya mereka yang dah takda rumah boleh membersihkan diri, yang ada makanan share makanan mereka dgn yg takda makanan, dan lain2 lagi. seorang penduduk di sana berkata

"For a long time, in the countryside, even if you didn't have enough for yourself, you shared with others," said Noriko Sasaki, 63.

ermm, kalaulah kita boleh jadi seperti mereka kan...






6 comments:

oranglidi said...

huhu..
1-isu sampah dah susah benor nak bendung kat malaysia.. tapi ade je certain tmpat yang lawa2. hehe. singapore memang brsih. aku pnah pegi sana.. cuwing gam pun xleh bawak g sana.

2-melayu kena ubah mindset. bak kata pensyarah aku jadi melaju. hehe.

3-teringat aku peristiwa jepun takluk malaya. walaupun cuma 3 stengah tahun, banyak perubahan sbnarnya jepun bawak masa tu..

Anonymous said...

A saluted glimpse of reflections..kbykn kita ni terlebih pakar soal hukum hakam dlm beragama, tp amalan asas lain seolah-olah tdk d pndng lgsung..gejala arak,judi d luar negara bukan main d tempelak..cb tgk thp kebersihn tandas awam diorg tu mcmana...d negara sendiri,tandas d masjid pn kadang2 tiada air lgsung..tp bckp psl hukum air mutlak,bersuci or jenis najis bukan main pakar lg..pdhal benda tu asas..Really like the term "false-sense-of-proud"..skrng ni mcm tiada kesedarn lgsung ttg sumbangn terBSR kemajuan ekonomi msia adalah dr kaum bukan melayu..check n recheck the facts kalau msh x sedar..nsib baik org Melayu msh kuasai politik,seimbang jugak la sikit..Yahudi bangsa pilihan..sbb? diorng ni la plg degil..hehe,punyalh ramai rasul tp msh juga degil..alangkah bagus ada rakyat mcm d jepun tu,bukan mcm org lokal..minta itu ini berjuih bibir mengatur komplen, sumbangan sendiri pula x sehebat komplen td..tu la psl org atasan byk korupsi,sbb org bwhn pn kurng potensi..sm2 la kita perbaiki mana yg patut

sheryzan said...

OMG. This is stunning post! Like the issue. Especially psl sampah. Aku rs ada certain kwn yg dh bengang ngn aku kalik bla sound psl sampah buang merata2, bila dalam keta, suka suki jak buang through tingkap. Been to superjunior konsert few days ago, OMG, sampah, lom start konsert dah bertimbun. Kesedaran psl sampah ng xda, bila d sound madah kita poyo. Oh mai..emo juak aku..haha

ruffey said...

oranglidi,
memang tak semua tempat, cam klcc, takde la kan sampah bersepah kat sana? hehe. ebat kan singapore, camna tah dorg didik rakyat negara dorg supaya jadi pembersih macam tu. oh ye, skolah aku pun dulu mengharamkan chewing-gum. so dari situ, aku telah dididik untuk menjadi sbg singapore-by-heart hahahaha.
me-laju? thats new! hehe.
jepun memang sgt wow!

anonymous aka cuan? cuan ka ni? erm, random thought jak ni. aku rasa sayang la. cara idup islam tu indah.
false-sense-of-proud, aku pun men bantai jak, nda tau betul ka salah tu, maksud aku "rasa bangga yang penuh dengan kepalsuan". perlu ka kita bangga kita ada Datuk angkasawan, Datuk pengeliling solo dunia dgn kapal layar, Datuk shahrukkhan (KENAPA DIA DAPAT DATUKSHIP??) atau Datuk K (yang terakhir ini tiada kaitan). apa yg mereka lakukan tu memangla membanggakan, tapi untuk mereka la sebagai individual. bukan untuk bangsa.

sheryzan, sebenarnya point kau komen ni, mau kasi tau kalau ko pernah pigi konsert suju kan???! hahahaha gurau gurau :p

detkbell said...

malaysia got too many cover-up

Muhammad Shazi said...

I think, only Malay didn't realize their position in Malaysia while other races aware. Malay in Peninsular especially has long been a liability for Country development? (letak ? dibelakang supaya tidak dituduh racist)