Wednesday, March 16, 2011

10 - Manila (edited)

ini adalah respon kepada request Zarina Ahmad. puas kau skrg zarina??

10 perkara yang aku suka tentang Manila dan trip ke Manila.
1. the places
aku suka jalan-jalan di Manila, sebab kebanyakan tourist attraction spots mereka adalah sejarah, dan bukan sesuatu yang dibuat-buat seperti di KL (KLCC, KLTower, MidValley lol) antara tempat yang aku sempat singgah

i. Intramuros - kota berdinding peninggalan Spain. tempat dia unik. kawasan dalam dinding yg sgt besar ini sekarang dibangunkan universiti, cathedral, dan lain2). untuk ambil gambar dgn tema tembok amatlah sesuai. macam gambar aku atas tembok itu.
-untuk ke sini, naik LRT line 1, turun di Central Terminal Station. ikut arah matahari terbenam ok. sebelum sampai ke sini, anda akan melewati Manila Museum. tapi aku tak sempat checkout, sbb time tu ptg, so dah tutup.






ii. Rizal Park - disini ada byk statue dan sebuah monumen - Rizal Monument. dibangunkan untuk memperingati Jose Rizal, seorang patriot, penulis, doktor, penyair. lokasi Rizal Park adalah tempat di mana Jose Rizal dihukum mati oleh Spain satu masa dahulu.
di sini jugak ada pertunjukan fountain yg 'menari' ikut muzik yg dimainkan. shows biasanya start time sunset. so memang indah la setting dan show dia. aku kagum.
-untuk ke sini, naik LRT line 1, dan turun di U.N. Avenue Station. dari situ, jalan kaki. kalau tak tau ke arah mana, ikut arah matahari terbenam. kalau tak tau jugak, ikut kata hati. selamat mencuba.






iii. Manila Bay - ini katanya antara yg terbaik di southeastasia. mungkin jugak la. aku suka tempat ni. kalau petang2, byk org dating, jogging, lepak2, jual2, etc etc. menghadap matahari terbenam. sgt romantis. time aku pi sini ari tu, aku pi ngan member aku, pada tanggal 14 Februari 2011. memang momen yang tak dapat dilupakan. woot woot! haha
tapi time kami ke sini memang dpt menikmati pemandangan sunset yg best. cuma mungkin sikit sayang, laut dia agak sedikit tercemar dgn sampah.
-untuk kesini, sama seperti di atas. LRT line 1, turun kat station Quirino. ikut arah matahari terbenam jugak. agak sedikit jauh, tapi nikmatilah perjalanan anda. di sekitar sini jugak ada monumen Rajah Sulayman, exactly depan Church of Malate.



iv. Church of Malate - erm, ini aku tak lah masuk kan. tapi aku suka senibina dia. teringat pula cita-cita asal untuk jadi arkitek. aisehmen. ini akan dpt anda temui di sekitar manila bay.


v. monumen Rajah Sulayman - exactly depan church of malate. depan monumen rajah sulayman ini pula adalah manila bay. jalan kaki je semua ni dari station lrt quirino.



vi. Cathedral Basilica of the Immaculate Conception - berada dlm kawasan Intramuros. aku suka architecture dia, dan juga sejarah dia. memang sgt bersejarahlah. (tak tau nak tulis apa dah)

-saya sangat tensen kerana waktu saya sampai sini, tamat sudah wirayat, i mean, riwayat (too malas too backspace) bateri kamera saya. sangat bebal, sebab saya ada bawak spare memory card, in case terlalu cam-whoring, dan juga mini tripod, tapi charger aku tinggal kat labuan. dang! so takda gambar. sila klik link di atas-

vii. Mall of Asia - ini pun sejarah jugak weh. 4th largest mall in the world. memang tempat shopping paling hardcore aku pernah sampai.
-untuk sampai ke sini, hari tu aku turun LRT dekat station Edsa, dari situ naek Jeepney warna oren, tujuan MoA (mall of asia). bayar jeepney ni 8 peso saje.

dan banyak lagi lah.

2. the People
-aku rasa macam weird ni. sebab muka mereka pinoy/pinay kurang lebih sama macam kita. mirip-mirip ni. tapi bila dorg bercakap, macam dalam cerita Sana'y Wala Ng Wakas plak. tagalog. aku rasa bahasa tagalog ni sexy. hehe. org2 dia pun baik2. merekalah penyelamat aku dan kawan aku dikala kami tersesat di Manila. "excuse po, we can't find our way to rizal park. do you know where it is" tanya aku.
"oh yeah, u just need to cross the road, u can see there, that's rizal park" jawab laki itu sambil tersenyum sambil menunjuk ke seberang jalan.
(walaupun fon kawan aku ada gps, tapi kami tetap bengong. macam mana tu?)
i talk to several strangers also. they are nice people. satu ni pakcik kat kedai makan halal time aku makan kat sana. he help me translate from english to tagalog to the cashier. God bless him =) then we sat together, and start ngobrol. he also told me information about where to find halal food in Manila =)
i love talking to strangers hehe.

3. the food. we manage to find halal dining! yeay for us! satu dekat area Baclaran LRT station. bersebelahan dengan masjid. nama dia Armor Halal Restaurant. i love the food. tapi sayang, aku tak tau apa nama makanan yg aku makan tu. tapi sedap. sedapp.
satu lagi kami jumpa dekat area shopping Greenhill. ada dua sebenarnya. sebelah masjid di situ. aku tak tau apa alasan dia, tapi peniaga di Greenhill ni katanya 100% muslim. dan barang2 kat sini shopping memang murah. tapi aku tak shopping la.
kat manila ni, sbnarnya cam tak susah nak spot muslims. ada je yg bertudung / berkopiah. aku men sapa dorang je, "asalamualaikum" dan mula tanya apa aku nak tanya, which adalah tanya mana restoran halal terdekat. hehe.
oh ye, dekat area Mabini Street sana dekat U.N. Avenue LRT station, banyak money changers, dan semua money changers yg beroperasi disana adalah muslim. ini pun aku tak tau apa alasan dia.

4. the adventure. ok. mungkin berlebihan, tapi saya consider perjalanan saya dan kawan saya adventure . walaupun fon kawan saya adalah iphone 4, sgt canggih, lengkap dgn GPS dan google map, tapi kami tetap tersesat. dia sgt yakin dgn teknologi dia. aku dah kata, tgk matahari je, susah sgt. alih2 aku gak yg meramahkan diri dgn local people sibuk tanya jalan. terima kasih kepada pinoy dan pinay yg telah memberi petunjuk ^_^

5. the names. byk nama tempat, dan nama jalan, mcm sgt Spanish. Carriedo, Abad Santos, Mexico, Quirino, etc etc. muka dorg cam lebih kurang muka aku. (oops). tapi bila dorg cakap, haram aku tak paham, tapi macam bahasa melayu. tiba2 ko dgr org cakap "Masok!" "Salamat", dan lain2. ko tak kaget? bila ayat penuh plak bunyi cam bahasa Kadazan, kata kawan aku.

6. the total different. aku tak tau la guard ke atau polis, tapi setiap kali nak masuk station LRT, akan ada security check. mereka yg periksa kita ni cantek je pistol tergantung kat pinggang dorg. security check plak ala2 airport. beg kena bukak, badan kena raba (tak rela~). pastu, dorg ny jln tak sama cam kita, dorg jalan sebelah kanan. kereta dorg pun (driver sebelah kiri). so kitorang pejalan kaki balik2 terlanggar org kat sidewalk, sbb in case u haven't notice, kita kat malaysia cenderung utk jln disebelah kiri. even naek escalator pun, mesti yg sebelah kiri kan. tapi mereka sblh kanan jalan. beberapa kali aku salah naik escalator. aku nak naik yg naik, tau2 salah. a la america cam tu.

7. the hostel. kami stay kat hostel backpackers - Red Carabao. ye, memang bunyi dia macam kerbau, sebab carabao dan kerbau adalah binatang yg sama. tempat ni kira murah la, 8usd/nite. tidur dlm dorm dgn 3 double-decker. ada living room, common kitchen. cantek je, bersih lak tu.
hostel ni sebenarnya satu floor dari 5 floor bangunan ni. bangunan 5 tingkat ni adalah rumah seorang yg sgt kaya sebenarnya. tapi dia tak tinggal situ, dia tak tau nak buat apa dah, so dia buat 1 floor jadi hostel. ke 2? aku pun tak sure. menariknya stay kat backpackers hostel ni, dpt jumpa org dr byk tpt. ada dari hongkong, uk, amerika, china, belanda, korea, penampang, dan sebagainya. dan semua ramah je. kitorang slalu jam 8 mlm dah balik hostel dah, sbb penat jalan seharian. lepak living room tu, borak2 dgn tamu yg lain. rasa macam perhimpunan PBB pulak.

8. Goldilocks! kat sini ada jual Polvoron yg sedap! biasanya kalau org pi Manila, ole-ole mmg beli ni la. bagi yg nak cuba rasa polvoron, boleh buat sendiri kot. aku dah cek resipi dia kat internet, simple je.

9. the talents. time aku tgh belek2 CD kat kedai ni, saje tgk cam album Regine Velasquez, Lea Salonga, Jed Madela, etc etc, tetiba aku dgr suara yg sgt merdu. nak je kan aku tanya album siapa tu. tau2 rupanya promoter kedai tu tgh nyanyi, demo set karaoke yg dorg jual. satu kali lagi time aku kat satu kedai ni, merdu gak suara, cam suara2 yg biasa kau dengar mengisi pub-pub di KK. dia nyanyi tu, saje nak try set karaoke yg dia nak beli. tapi dia try tak alang2 ok. dua lagu, full! haha. tapi suara sedap kan, takpe kot. satu kali lagi time kitorang jln kan, tetiba aku kata kat kawan aku "best kan org ni nyanyi? macam radio." sambil aku tunjuk kearah seorang perempuan agak berusia, buta, duduk di tepi jalan, meminta sedekah. respon kawan aku "haaa?? betul bah dia yang nyanyi? macam radio ni aku igt tadi!"

10. kalau tulis sepuluh memang tak cukup sebenarnya. oleh itu aku tulis 9 je. XD

p/s- semua gambar, aku / kawan aku yang tangkap. compact-camera nikon coolpix saje. kebanyakan adalah setting manual.

3 comments:

oranglidi said...

wah, banyak sungguh benda2 menarik kat filipina.. peh.. er, gadis2nya macamana pulak? hehehe..

tringat crita panga ko sayoooo. hehe..

ps. ak pn cita2 mo jadi arkitek sbanya. haha

amethyst said...

how long were u there n total cost braper? blh plan for next year =b

ruffey said...

oranglidi, gadis2nye, ermm, mcm yg ko tgk dlm pangako sayo laa! hehe. tapi tak mungkin la kan aku ambek gambar dorg pastu publish kat blog aku ni just utk buktikan statement aku kalo mmg dorg cun cun belaka :P
ko tengok pangako sayo? err. haha
tp takpe, tak dpt jd arkitek tak menghalang aku utk menikmati senibina yang indah =)

amethyst, w stay for 3 nites, 2 effective day. return air tix kk-clark(manila)-kk rm178. hostel 8usdx3. makan about the same kat malaysia. kalau tak shopping mmg murah la =)