Sunday, March 27, 2011

saya orangnya pessimist.
saya ada masalah personal dealing dengan orang yang maha-optimist.

sekian.

Monday, March 21, 2011

siapa apa sebenarnya

cerita 1

chat dengan kawan di fb. dia belajar di kl. dia cakap "tadi aku jumpa tourist dari indo., dia bilang indo. sama malaysia sama jak ni, sama-sama banyak sampah bersepah." kawan aku bilang dia gelak jak la, mau buat macam mana, memang banyak sampah pun.

malaysia kononnya declare sebagai negara islam. indo. pula majoriti penduduk islam, terbanyak di dunia malah. tapi, macamana dua-dua negara boleh banyak sampah bersepah.

“Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”


Singapura. aku rasa majoriti bukan muslim. tapi adalah susah untuk menemui sampah bersepah di sana.

pertanyaan: antara 3 negara di atas, yang manakah yang penduduknya lebih Islam secara kehidupan harian jika dibandingkan secara kebersihan?


cerita 2

aku bosan dengan propaganda melayu men-dunia. getting tired of this. aku tertarik dengan cerita Jose Rizal, aku banyak baca forum2 di internet berdiskusi tentang beliau. yang menghairankan, banyak 'malay cyber troopers' post comment menyatakan kalau Jose Rizal itu Melayu, siap berdebat dengan pinoy forums.
so what kalau dia melayu pun? kaum/bangsa tak menjanjikan kemuliaan.
Rasulullah s.a.w. seorang Arab. Abu Lahab juga seorang Arab. tak pula bangsa Arab di angkat mulia oleh Tuhan.
tapi kenapa melayu tanah melayu kebanyakannya suka merasa yang terbaik dan terhebat. tak baik tau. kita tak lah mulia mana. satu-satunya bangsa yang aku tahu memang merasa diri mereka paling hebat dan mulia adalah bangsa Yahudi. nak buat macam mana, memang dalam kitab pegangan mereka menyatakan mereka 'bangsa terpilih' oleh Tuhan.

Jose Rizal mungkin saja melayu, tapi bukanlah seperti orang melayu yang berasal dari tambak, johor.
istilah Melayu ni ada 2 pengertian. Melayu sebagai etnik, dan Melayu sebagai race (major divisions of humankind, having distinct physical characteristics)

Etnik melayu ni, macam kau dan aku. macam perjuangan sebuah parti politik yg infamous dgn lambang kerisnya (walaupun keris bukanlah ciri etnik melayu sebenarnya). bila org menjawab "Saya org Melayu". lebih kurang begitu.
sedangkan Malay Race adalah istilah yang digunakan untuk klasifikasi jenis manusia, selain klasifikasi lain iaitu ethiopian, caucasian, mongoloid, native american. teori ini dikenalkan oleh Blumenbach, dan menyatakan malay race tinggal di maluku, sunda, filipina, mariana, indochina, kepulauan pasifik, dan sebagainya. jadi, menurut teori Blumenbach ini, sebagai contoh, seorang lelaki dari Bandung secara etnis adalah seorang Sunda, sedangkan secara race adalah Melayu.
tapi teori ni katanya tak kukuh.
tapi kalau dipakai, memanglah Jose Rizal seorang Melayu secara race.

Mahathir menuliskan tentang perkara ini (jose rizal) dalam buku terbaru beliau. aku tak tau apa niat beliau, dan aku tak baca lagi buku tu, dan tak berminat pun.
tapi menurut aku, sesuatu seperti ini dapat menanamkan 'false-sense-of-proud' di kalangan etnis Melayu di Malaysia.

mungkin kita orang Melayu perlu berhenti berbangga dengan pencapaian orang lain, dan mulalah berusaha untuk berbangga dengan usaha dan pencapaian sendiri.

sebabnya, tiada gunanya kita banggakan dengan Datuk so-called angkasawan kita tu, (dan saya tak pernah bangga dengan dia pun) kalau kita sendiri masih buang sampah merata-rata di jalan.


cerita 3

dulu pm kita sibuk laungkan 'dasar pandang ke timur', maksud dia, Jepun kot? tapi aku tak tau apa yg dia suruh kita tiru dari jepun time tu.

kawan aku post something kat fb. cerita tentang macamana jepun manage utk repair jalan yg rosak disebabkan gempa, dalam masa 4 hari. hebat!
aku rasa gov kita tak efisien mcm ni pun. kalau ada jln yg rosak, pertama skali menteri-menteri akan saling menyalahkan. lepas tu highlights yang tak perlu di media. lepas tu, menyalahkan "bencana alam". lepas tu, baru sibuk carik kontraktor kroni, baru lah dpt untung utk projek repair jln tadi.
kan bagus kalau gov kita dpt tiru jepun dlm hal macam ni.

lepas tu aku ada baca kat yahoo!, pasal macamana rakyat jepun sesama mereka tolong menolong saling beri bantuan, sebab bantuan luar lambat sampai. murid2 sekolah tolong angkat air dengan baldi dari kolam renang sekolah mereka supaya mereka yang dah takda rumah boleh membersihkan diri, yang ada makanan share makanan mereka dgn yg takda makanan, dan lain2 lagi. seorang penduduk di sana berkata

"For a long time, in the countryside, even if you didn't have enough for yourself, you shared with others," said Noriko Sasaki, 63.

ermm, kalaulah kita boleh jadi seperti mereka kan...






Wednesday, March 16, 2011

10 - Manila (edited)

ini adalah respon kepada request Zarina Ahmad. puas kau skrg zarina??

10 perkara yang aku suka tentang Manila dan trip ke Manila.
1. the places
aku suka jalan-jalan di Manila, sebab kebanyakan tourist attraction spots mereka adalah sejarah, dan bukan sesuatu yang dibuat-buat seperti di KL (KLCC, KLTower, MidValley lol) antara tempat yang aku sempat singgah

i. Intramuros - kota berdinding peninggalan Spain. tempat dia unik. kawasan dalam dinding yg sgt besar ini sekarang dibangunkan universiti, cathedral, dan lain2). untuk ambil gambar dgn tema tembok amatlah sesuai. macam gambar aku atas tembok itu.
-untuk ke sini, naik LRT line 1, turun di Central Terminal Station. ikut arah matahari terbenam ok. sebelum sampai ke sini, anda akan melewati Manila Museum. tapi aku tak sempat checkout, sbb time tu ptg, so dah tutup.






ii. Rizal Park - disini ada byk statue dan sebuah monumen - Rizal Monument. dibangunkan untuk memperingati Jose Rizal, seorang patriot, penulis, doktor, penyair. lokasi Rizal Park adalah tempat di mana Jose Rizal dihukum mati oleh Spain satu masa dahulu.
di sini jugak ada pertunjukan fountain yg 'menari' ikut muzik yg dimainkan. shows biasanya start time sunset. so memang indah la setting dan show dia. aku kagum.
-untuk ke sini, naik LRT line 1, dan turun di U.N. Avenue Station. dari situ, jalan kaki. kalau tak tau ke arah mana, ikut arah matahari terbenam. kalau tak tau jugak, ikut kata hati. selamat mencuba.






iii. Manila Bay - ini katanya antara yg terbaik di southeastasia. mungkin jugak la. aku suka tempat ni. kalau petang2, byk org dating, jogging, lepak2, jual2, etc etc. menghadap matahari terbenam. sgt romantis. time aku pi sini ari tu, aku pi ngan member aku, pada tanggal 14 Februari 2011. memang momen yang tak dapat dilupakan. woot woot! haha
tapi time kami ke sini memang dpt menikmati pemandangan sunset yg best. cuma mungkin sikit sayang, laut dia agak sedikit tercemar dgn sampah.
-untuk kesini, sama seperti di atas. LRT line 1, turun kat station Quirino. ikut arah matahari terbenam jugak. agak sedikit jauh, tapi nikmatilah perjalanan anda. di sekitar sini jugak ada monumen Rajah Sulayman, exactly depan Church of Malate.



iv. Church of Malate - erm, ini aku tak lah masuk kan. tapi aku suka senibina dia. teringat pula cita-cita asal untuk jadi arkitek. aisehmen. ini akan dpt anda temui di sekitar manila bay.


v. monumen Rajah Sulayman - exactly depan church of malate. depan monumen rajah sulayman ini pula adalah manila bay. jalan kaki je semua ni dari station lrt quirino.



vi. Cathedral Basilica of the Immaculate Conception - berada dlm kawasan Intramuros. aku suka architecture dia, dan juga sejarah dia. memang sgt bersejarahlah. (tak tau nak tulis apa dah)

-saya sangat tensen kerana waktu saya sampai sini, tamat sudah wirayat, i mean, riwayat (too malas too backspace) bateri kamera saya. sangat bebal, sebab saya ada bawak spare memory card, in case terlalu cam-whoring, dan juga mini tripod, tapi charger aku tinggal kat labuan. dang! so takda gambar. sila klik link di atas-

vii. Mall of Asia - ini pun sejarah jugak weh. 4th largest mall in the world. memang tempat shopping paling hardcore aku pernah sampai.
-untuk sampai ke sini, hari tu aku turun LRT dekat station Edsa, dari situ naek Jeepney warna oren, tujuan MoA (mall of asia). bayar jeepney ni 8 peso saje.

dan banyak lagi lah.

2. the People
-aku rasa macam weird ni. sebab muka mereka pinoy/pinay kurang lebih sama macam kita. mirip-mirip ni. tapi bila dorg bercakap, macam dalam cerita Sana'y Wala Ng Wakas plak. tagalog. aku rasa bahasa tagalog ni sexy. hehe. org2 dia pun baik2. merekalah penyelamat aku dan kawan aku dikala kami tersesat di Manila. "excuse po, we can't find our way to rizal park. do you know where it is" tanya aku.
"oh yeah, u just need to cross the road, u can see there, that's rizal park" jawab laki itu sambil tersenyum sambil menunjuk ke seberang jalan.
(walaupun fon kawan aku ada gps, tapi kami tetap bengong. macam mana tu?)
i talk to several strangers also. they are nice people. satu ni pakcik kat kedai makan halal time aku makan kat sana. he help me translate from english to tagalog to the cashier. God bless him =) then we sat together, and start ngobrol. he also told me information about where to find halal food in Manila =)
i love talking to strangers hehe.

3. the food. we manage to find halal dining! yeay for us! satu dekat area Baclaran LRT station. bersebelahan dengan masjid. nama dia Armor Halal Restaurant. i love the food. tapi sayang, aku tak tau apa nama makanan yg aku makan tu. tapi sedap. sedapp.
satu lagi kami jumpa dekat area shopping Greenhill. ada dua sebenarnya. sebelah masjid di situ. aku tak tau apa alasan dia, tapi peniaga di Greenhill ni katanya 100% muslim. dan barang2 kat sini shopping memang murah. tapi aku tak shopping la.
kat manila ni, sbnarnya cam tak susah nak spot muslims. ada je yg bertudung / berkopiah. aku men sapa dorang je, "asalamualaikum" dan mula tanya apa aku nak tanya, which adalah tanya mana restoran halal terdekat. hehe.
oh ye, dekat area Mabini Street sana dekat U.N. Avenue LRT station, banyak money changers, dan semua money changers yg beroperasi disana adalah muslim. ini pun aku tak tau apa alasan dia.

4. the adventure. ok. mungkin berlebihan, tapi saya consider perjalanan saya dan kawan saya adventure . walaupun fon kawan saya adalah iphone 4, sgt canggih, lengkap dgn GPS dan google map, tapi kami tetap tersesat. dia sgt yakin dgn teknologi dia. aku dah kata, tgk matahari je, susah sgt. alih2 aku gak yg meramahkan diri dgn local people sibuk tanya jalan. terima kasih kepada pinoy dan pinay yg telah memberi petunjuk ^_^

5. the names. byk nama tempat, dan nama jalan, mcm sgt Spanish. Carriedo, Abad Santos, Mexico, Quirino, etc etc. muka dorg cam lebih kurang muka aku. (oops). tapi bila dorg cakap, haram aku tak paham, tapi macam bahasa melayu. tiba2 ko dgr org cakap "Masok!" "Salamat", dan lain2. ko tak kaget? bila ayat penuh plak bunyi cam bahasa Kadazan, kata kawan aku.

6. the total different. aku tak tau la guard ke atau polis, tapi setiap kali nak masuk station LRT, akan ada security check. mereka yg periksa kita ni cantek je pistol tergantung kat pinggang dorg. security check plak ala2 airport. beg kena bukak, badan kena raba (tak rela~). pastu, dorg ny jln tak sama cam kita, dorg jalan sebelah kanan. kereta dorg pun (driver sebelah kiri). so kitorang pejalan kaki balik2 terlanggar org kat sidewalk, sbb in case u haven't notice, kita kat malaysia cenderung utk jln disebelah kiri. even naek escalator pun, mesti yg sebelah kiri kan. tapi mereka sblh kanan jalan. beberapa kali aku salah naik escalator. aku nak naik yg naik, tau2 salah. a la america cam tu.

7. the hostel. kami stay kat hostel backpackers - Red Carabao. ye, memang bunyi dia macam kerbau, sebab carabao dan kerbau adalah binatang yg sama. tempat ni kira murah la, 8usd/nite. tidur dlm dorm dgn 3 double-decker. ada living room, common kitchen. cantek je, bersih lak tu.
hostel ni sebenarnya satu floor dari 5 floor bangunan ni. bangunan 5 tingkat ni adalah rumah seorang yg sgt kaya sebenarnya. tapi dia tak tinggal situ, dia tak tau nak buat apa dah, so dia buat 1 floor jadi hostel. ke 2? aku pun tak sure. menariknya stay kat backpackers hostel ni, dpt jumpa org dr byk tpt. ada dari hongkong, uk, amerika, china, belanda, korea, penampang, dan sebagainya. dan semua ramah je. kitorang slalu jam 8 mlm dah balik hostel dah, sbb penat jalan seharian. lepak living room tu, borak2 dgn tamu yg lain. rasa macam perhimpunan PBB pulak.

8. Goldilocks! kat sini ada jual Polvoron yg sedap! biasanya kalau org pi Manila, ole-ole mmg beli ni la. bagi yg nak cuba rasa polvoron, boleh buat sendiri kot. aku dah cek resipi dia kat internet, simple je.

9. the talents. time aku tgh belek2 CD kat kedai ni, saje tgk cam album Regine Velasquez, Lea Salonga, Jed Madela, etc etc, tetiba aku dgr suara yg sgt merdu. nak je kan aku tanya album siapa tu. tau2 rupanya promoter kedai tu tgh nyanyi, demo set karaoke yg dorg jual. satu kali lagi time aku kat satu kedai ni, merdu gak suara, cam suara2 yg biasa kau dengar mengisi pub-pub di KK. dia nyanyi tu, saje nak try set karaoke yg dia nak beli. tapi dia try tak alang2 ok. dua lagu, full! haha. tapi suara sedap kan, takpe kot. satu kali lagi time kitorang jln kan, tetiba aku kata kat kawan aku "best kan org ni nyanyi? macam radio." sambil aku tunjuk kearah seorang perempuan agak berusia, buta, duduk di tepi jalan, meminta sedekah. respon kawan aku "haaa?? betul bah dia yang nyanyi? macam radio ni aku igt tadi!"

10. kalau tulis sepuluh memang tak cukup sebenarnya. oleh itu aku tulis 9 je. XD

p/s- semua gambar, aku / kawan aku yang tangkap. compact-camera nikon coolpix saje. kebanyakan adalah setting manual.

Sunday, March 6, 2011

flight safety

saya lebih risau ketika memandu di jalan raya berbanding ketika berada di dalam pesawat di udara.

tapi saya nak bercerita tentang flight safety. sebab kalau pengalaman bersama org bodoh di atas jalan, semua org sedia maklum.

di atas jalan raya, banyak pemandu yang menurut aku, kurang bijak.
(sebagai contoh, di Labuan anda boleh merasakan betapa bengangnya memandu di belakang kereta yang memandu dengan kelajuan 40km/jam, di lorong kanan)

di udara, banyak penumpang yang menurut aku, pun kurang bijak.
cabin crew dah ingatkan banyak kali untuk mematikan telefon bimbit, terutama ketika refueling. tapi orang-orang ni sangat bodoh, dorang selamba masih pakai fon mereka.
tapi mungkin mereka tak salah mana lah, sebab mesti mereka fikir, "apa kaitan aku pakai fon dengan org isi minyak kat bawah tu?"
so, aku pun dgn gigih berusaha google apa dasar dan alasan bagi arahan tersebut. sebab di gas station pun, handphone harus dimatikan ketika mengisi minyak.


korang percaya tak kalau aku cakap "PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KETIKA MENGISI MINYAK KENDERAAN DAPAT MENYEBABKAN KECELAKAAN/KEMALANGAN/KEMATIAN?"
tak percaya pun takpe. hehe. aku cuba carik kat internet, masih byk tak clear, tapi kesimpulan yg didapati dari myths and stories is = there are risks of accidents may occurs caused by using a handphone while refueling.
walaupun kecil (not sure how small, articles i read didn't mention any numbers) selagi probability tidak 0, kebarangkalian untuk berlaku tetap ada.
boleh baca di
1. http://www.snopes.com/autos/hazards/gasvapor.asp
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Filling_station
3. http://truthandmyth.blogspot.com/2006/03/facts-about-cell-phones-and-fires-at.html
aku suggest baca link 1 kalau rasa terlalu byk sgt.

korang percaya tak ada orang nak ke shenzhen, tapi salah naik flight ke hongkong? well, baru berlaku minggu lepas. kawan aku, flight attendance yang jelita (kin, aku harap ko terbaca ni. hehe) cerita kat aku.
aku rasa boarding pas aku sblm sampai ke destinasi, di periksa 1x di entrance boarding hall, 1x di imigresen, 1x, di gate, 1x di walkway. byk kan?
tapi itu lah, banyak passenger/pax yang mengharapkan pelayanan kelas pertama, tapi dengan mentaliti umat manusia kelas ketiga.
banyak complaint memanjang, tapi tak rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri. ni aku quote kawan aku "dan yg paling penting,nape kite cek b0arding pas bkali2 sblm msuk kapal.sbb kn byk kapal nk b0arding.pax xdgr an0uncemen bile kt departure hall.n xtau bay mane kapal d0rg park.then juz ikut mane ramai2 0rg.end up pnh byk kes pax tsalah naik kapal.mcm mgu lpas,pax aku nk ke shenzen tp telah sampi ke h0ngk0ng.itu gunenye ada fa jaga kt c0vered walkway b4 nek kapal tu."
mesti banyak pax salahkan AA sebab buat sistem macam tu kat lcct? tak. itu bukan salah AA. itu salah passenger.
time menunggu utk keluar gate naik ke pesawat, announcement selalu dibuat dengan pembesar suara "sila sediakan tanda pengenalan diri dan boarding pass" dan "bay nombor sekian".
tak cukup dengan tu, dekat skrin LCD yg besar gedabak dekat setiap pintu gate berlepas ada tulis. no pesawat, destinasi, status boarding, jam boarding, dan bay berapa."
nanti time nak kuar bila boarding pas diperiksa, slalu gak abang/akak tu ingatkan, "naik dari pintu nombor sekian ye".
so, camna masih boleh salah flight? salah passenger la. sebab takda rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri.

bila naik flight, slalu diingatkan, sila padamkan telefon bimbit, etc2.
salah satu alasan aku dah bagi kat atas.
masih byk alasan lagi.
kau pernah tak pakai fon dekat dgn speaker/microphone? lepas tu ada bunyi "te ne net te ne net." itu disebabkan interference gelombang radio.
kalau interference dgn speaker masih baik lagi, paling lagu feveret engkau yg sedang main di corong speaker dapat gangguan yg menyebabkan kau hilang mood maki hamun marah2 la kan.
tapi kau dapat bayangkan kalau gelombang radio tadi interference dengan sistem kawalan dan penerbangan pesawat?

pengumuman "untuk keselamatan, sila buka penutup tingkap anda, tegakkan kerusi, dan pasangkan tali pinggang keledar". kalau malam, ada tambahan "lampu cabin akan dipadamkan untuk berlepas dan mendarat".
kalau anda rasa anda rakyat malaysia yang baik / penduduk yang baik / anak mak yang baik / ayah yang baik / kawan yang baik / atau memang anda orang baik / tolong, tolong, tolong dengar arahan dan patuh peraturan.
1. buka penutup tingkap ketika berlepas dan mendarat
-berlepas dan mendarat adalah waktu paling kritikal dalam sesebuah penerbangan. kapal terbang tidak ada side mirror dan seumpamanya. jadi, disinilah tanggungjawab kita sebagai pax yang merasa diri sendiri orang baik itu berada. diharapkan kita menjadi 'mata' untuk keselamatan penumpang/pilot/flightattendants/penerbangan/pesawat tadi.
let's say kalau terjadi something. ni aku quote kawan aku terus la. "shades bkak s0 dat kite blh nmpk keadaan kt luar.jika blaku keadaan kecemasan,kite leh tgk adakah sesuai utk kite kua.adakah slamat atau bhaya utk kua.mane tau ada asap 0r api ka di luar."
2. tegakkan kerusi / kembalikan meja ke tempat asal
- ini adalah, supaya, "kerusi tegak sbb,jika blaku kemalangan,sng utk penumpang yg di belakang utk keluar.x tsekat.sama juga klu ada beg di kaki ka.tu sbb kne ltak bwh seat dpn.klu yg duduk kt pntu kcemasan kt tgh2 tu,lgsung xblh ltak brg kt kaki maupn bwh seat dpn.seat pn xleh recline.if n0t,akan mengganggu evacuati0n.begitu juga meja.kena tutup.juga sbb takut mganggu evacuati0n."
3. pasangkan tali pinggang keledar.
- kadang rasa nonsense kan tali pinggang keledar pesawat? cam, perhiasan mungkin? tolong, lain kali, sila ketatkan sesuai dgn ukuran anda. sebab fungsi dia adalah supaya ko tak terlambung ke mana2 kalau terjadi sesuatu, terutama time turbulence. turbulence ni adalah, well, ko baca la sendiri konsep turbulence ni.
tolong, TOLONG, dan TOLONG, jangan salahkan syarikat penerbangan pasal kapal yang bergoyang hebat di udara ok. ini bukan salah mereka. jangan kau fikir kau bayar tiket murah, syarikat penerbangan akan compromise keselamatan engkau. tidak sama sekali. one thing is, air turbulence ni most of the time unexpected. dan ini adalah perkara semula jadi, bukan syrkt penerbangan tambang murah saja2 langgar turbulence ni sebab nak jimat kos penerbangan.
well, aku banyak kenal orang macam ni. tak yah cakap. sanggup dia naik flight penerbangan lain, dgn alasan, kapal mereka tak goyang, tak macam yg flight murah ni.
4. aku tanya gak kawan aku pasal air turbulence yg paling dahsyat dia pernah rasa. ni jawapan dia
-"s0 far turbulence 0k je.tp awl2 dlu aku pnh tg0lek kt cabin.n pasenger ckp 0mg!skrg dh blh imbangkn diri."
.haha. tergolek ok. tp sekarang dia dah leh imbangkan diri. mungkin gak dia dah boleh gymnastic dalam keadaan turbulence tu. hehe.

ni adalah pesan dia untuk aku,
h0pe k0 leh explain kt k0 punye bl0g pasal ni.sbb pasenger slalu xpaham nape kite wat bnda2 ni.

so, here it is, things yang aku sgt curious, dan cuba mencari jawapan kepada persoalan2 aku tadi, terjawab, dan atas pesan kawan aku, sini aku sebarkan.

well, aku tak dibayar untuk cerita semua2 ni.

niat aku adalah utk menyampaikan sesuatu yg insya Allah, akan bermanfaat kepada kita semua.

pesan aku, jadilah penumpang yang bijak, bertanggungjawab, dan PENTINGkan diri sendiri. maksud aku, pentingkanlah keselamatan masing-masing. pentingkan diri la tu kan? ^_^