Sunday, November 21, 2010

kristenisasi - that's what people call it here

satu malam tu, aku praktikal night-shift di resuscitation room. di sini dilakukan tindakan-tindakan yang menentukan hidup mati seseorang (witness few times that CPR really works).
atau ruang tempat di mana pesakit jantung menerima perawatan emergency dan di observasi.

jadi, adalah satu pesakit ni. dia dalam keadaan setengah sedar, dengan diagnosis Acute Coronary Syndrome - Unstable Angina Pectoris. kata lain, serangan jantung.

datang seorang lelaki, segak dan berkarisma secara penampilan luaran. menghampiri pesakit yang setengah sedar tadi.

beberapa perkataan yang disampaikan lelaki tadi kepada pesakit itu yang menarik perhatian aku

"tuhan bapa di surga"
"terimalah dia di tangan kanan mu"
"kerajaan tuhan di langit"

aneh. baru tadi aku perasan, keluarga yang mendampingi pesakit tadi, salah seorangnya perempuan bertudung.
aku lihat rekod perubatan pesakit tadi. Agama = Islam.

aku lihat lagi perbuatan lelaki yang menyebut 'tuhan bapa di surga' tadi. dia melukis salib di dahi pesakit setengah sedar tadi.

i was so speechless.

pesakit tadi didoakan dengan cara kristian, tanpa kehendak dia. dengan keadaan separuh sedar.

aku cari keluarga pesakit tadi, tanya tentang siapa lelaki yang membacakan doa secara kristian tadi.
si kakak yang bertudung itu memberitahu, lelaki tersebut abang kepada pesakit tadi, seorang paderi besar di sebuah gereja. mereka berbeza iman.

aku tak dapat berfikir lagi malam itu...

4 comments:

ann said...

hohoho...
as long as the one yang sakit itu masih beriman dengan Allah S.W.T dan kukuh dengan agamanya, tindakan fizikal yang lelaki berkasrisma itu buat tidak bermakna apa-apa.

tapi menakutkanlah juga!

Iza Faizah said...

kalo non muslim pg berubat syifa? apa kena panggil?

epul said...

Wow, interesting...Aku pun pening memikirkannya...

pie said...

Kalau akidah atas kertas ja? :)