Wednesday, October 27, 2010

mulut jangan cabul

sekarang aku posting dept. forensic.
aturan forensic ni, setiap kali ada permintaan polis untuk dilakukan pemeriksaan jenazah, kitorang semua kena datang, walaupun luar waktu kerja.

aku dah 10 hari di forensic.
sudah dilakukan pemeriksaan 13 jenazah sampai siang tadi...

sedang lepak main kad Monopoly Deal (korang kena cuba game ni, besh!), ada kawan cakap macam ni "sekarang aku dah tau kenapa lebih banyak perempuan banding lelaki. sepanjang kita di forensic, perasan tak semua jenazah lelaki? belum ada jenazah wanita."

aku pun ikut menyampuk. "korang perasan tak, semua jenazah yang diperiksa, tiada kasut atau selipar. tiada dompet. tiada cincin?"

lepas tu ada lah kawan yang buat spekulasi nakal terhadap kata-kata aku tu, kenapa semua yg disebutkan itu tidak ada pada jenazah. boleh pikir sendiri kan?

jam 3.30 petang kitorang boleh balik. tapi kalau ada panggilan telefon, semua kena datang. jam 6.00 dapat panggilan telefon.
sampai je ke kamar jenazah, ada 2 jenazah yang siap untuk dilakukan pemeriksaan.

jenazah pertama, wanita.

jenazah kedua, laki-laki. memakai cincin. di dalam saku ada dompet. memakai kasut berukuran 39.

semua yang dikatakan oleh mulut yang cabul ini, terjadi petangnya. begitulah autopsi yang ke 14, dan ke 15.

baru selesai jam 9 malam. pulang bilik, update blog dulu, facebook, mandi, facebook lagi, baru siapkan kerja XD

5 comments:

iza faizah said...

yayyyy!!

A+z+i+E = AziE said...

ta paham... maksudnye ko leh la amek brg dy? cmtu?? heh.. =_=!

ak mg lmbat berfikir.. huhu

ruffey said...

ijah, yeayy jugak! XD

azie, err, maksudnye, org yg 1st jumpa mangsa tu di tempat kejadian (tak kira lah siapa), mungkin dah ambek awal2 kasut dan dompet dan apa2 yang boleh diambek.
sebabnya memang kitorang kena catat semua yg dipakai/berada pada pakaian jenazah yang tiba di kamar jenazah.

::alifdalmim:: said...

cuba kau cek betul2..ntah2 jenazah laki2 yg pakai cincin sumer tu adalah jenazah yg sama sebelum ni penah diperiksa..ngeh3..

A+z+i+E = AziE said...

oh... mcm tu. slow learner ak neh..