Tuesday, October 5, 2010

gigih

sebagai pelajar contoh (takut kena tindakan disiplin sebenarnya),
aku tetap menghadiri discussion tutorial di satu petang selasa, walaupun flight aku dijadualkan berlepas jam 5 petang pada hari tersebut.
aku dah kira, tak mungkin salah. add math boleh fail, tapi setakat tambah tolak darab bahagi, kacang.
selesai tutorial harusnya jam 3.oo. andai kata aku minta taxi datang jemput aku dalam jam 3.00, aku sempat untuk ke airport yang biasanya mengambil waktu kurang lebih 15 minit dari tempat tinggal aku.
tapi aku lupa, selalunya 15minit tu, bila aku naik taxi jam 4.30 pagi. time jalan masih sepi. kalau petang? hurm...
aku dari hospital pulang ke bilik aku, mungkin 5 minit kalau naik motor. motor tumpangan berbayar, orang sini sebut ojek.
jadi, kalau tak jam, dalam kurang lebih 3.20 - 3.30 aku sampai airport. mungkin kalau jam pun, akan jadi 3.45. begitu menurut perkiraan aku.


aku salah besar.
tutor aku kebetulan petang itu sangat sangat rajin. dia dibayar untuk mengajar sampai jam 3.00, tapi dia lanjut sampai 3.30. itu pun sebab aku sound dia.
"maaf doktor, flight saya jam 5.00 petang ni, boleh tak kalau saya izin untuk pulang dulu?" dengan beraninya aku bersuara.
"oh, ya sudahla, kalo begitu, diskusi kita sampai disini saja semuanya. lagian suda jam 3.30"
damn! kalau aku tau dia ni punya baek macam tu, awal2 aku mintak excuse, tapi sebab konon-konon sopan. aku ikhlaskan waktu aku.
ok. paling lambat mungkin dalam jam 4.00 aku sampai airport.

aku keluar dari tutorial room. tengok langit. mendung semacam! tak boleh jadik ni. arap2 tak ujan. taxi plak blom kol. aku try kol beberapa kali. tak dapat. aku dah sangat cuak. dalam perjalanan ke bilik dengan ojek tadi, hujan mulai turun. jalan pulak MAHA TRAFFIC-JAM. salah perhitungan. musim dekat raya ni, jalan akan superdupersesak macam shiyal.
sampai bilik, 3.45. hujan makin lebat. taxi tak dapat kol. kalau dpt pun, takkan sempat ke airport.
aku tanya kat driver motor tu kalau dia sanggup antar aku pi airport. dia kata dia sanggup.
aku kata tunggu la 10 minit lagi, manatau ujan reda.
barang2 aku ada satu kotak besar isi kek cokelat yg orang kat rumah aku suka sangat makan. 6kg.
satu baggage sedang, dan satu backpack. semua tu nak angkut naek motor? sempat berfikir aku tinggalkan saja kek tu, daripada tak sempat naik flight.
dah jam 3.55. #$%*%$@#$ pfft. hujan makin lebat. super lebat. salah perhitungan lagi.
ojek tu dah offer, nak gerak, dia sanggup. dalam 15minit boleh sampai. aku kata takpa, kita tunggu 10 minit lagi. 10minit berlalu, ujan masih lebat, tapi kurang sikit dari sebelumnya. semua barang2 aku cover dengan plastik.
TERPAKSA REDAH HUJAN DENGAN MOTOR DAN BANYAK BARANG.
perjalanan ke airport jangan cakap. lopak air sana sini. ujan lebat. angin kuat. aku berdoa je semoga selamat sampai ke airport tepat waktu.

sampai airport jam 4.20 petang. syukur counter check-in masih bukak (sebab flight delay sekejap). aku dah tak peduli. memang sangat basah time aku check in tu. akak kat counter tu paham.
abes tu baru aku ganti baju. tapi seluar tidak. sebab cuma ada baju dalam backpack aku. seluar2 aku dah checkin sekali dengan baggage aku.

aku dapat rasa SEMUA yg dilindungi oleh seluar aku, mengecut. so, aku naik pesawat tu dengan seluar yg basah ok. tapi ajaibnya, sampai LCCT, seluar tu kering total.

aku jumpa lagi 2 orang kawan aku kat airport. mereka pun mengalami nasib serupa dengan aku. sebab tak mungkin naik taxi dalam keadaan jam petang tu.

gigih kan?


5 comments:

Replay said...

wahh..sian ko. nasib sik terlepas belon tek. aku slalu cek in awal2..tapi masih juak kenak tinggal

sheryzan said...

fuh~~aku mmbc bedebar2..haha..mcm dlm muvi..nasib bait smpt...

::alifdalmim:: said...

waaaahhh...sangat gigih..

mcmana la kau boleh rajen lagi g kelas aritu yer..hehehe

Liyana said...

sgt gigih. hahaha.. takper pengalaman.. nanti tua2 bleh kenang balik

ruffey said...

Replay, coz kalo aku miss 1 flight, aku berisiko utk miss 3 flight lainnya. nanges kot kalau miss 4 flight altogether T.T mesti gigih!

sheryzan, aku sendiri berdebar2 gak! mau tak rugi kalo miss flight, teros dihukum ayah aku tak leh balek dah sampai abes belajar kalo terjadi hal sedemikian rupa. hehe

adam, itu ar, walhal dak2 laen cabut saja. takpa, pengajaran. hehe

kak Liyana, nasib la sempat kan, at least jadi lucu gak kalo dipikir2 balik.
cuba kalo tak sempat? mesti merana setiap kali teringat XD