Wednesday, October 20, 2010

demyuh

Nak tahu? Sedang kawan aku makan di ruang rehat luar kamar autopsi, ada lalat-lalat berterbangan hinggap di rambut dia, baju dia, dan makanan dia. Aku rasa lalat-lalat tu baru hinggap mayat yang baru di-autopsi. DEMYUH

ini antara cerita saya post di http://www.demyuh.com/

aku suka website tu. jangan lupa cekidawt ok!

beberapa hari lepas aku posting department forensic.
first autopsy, kami yg 1st day posting ni, aku merasakan diperdajal budak2 yg dah 4th week kat sana.
patutnya 1st day, we, so-called junior, tak melakukan, hanya observasi.

tapi tetiba dapat kabar dari mereka yg dah 4th-week, hence so-called senior, menyampaikan kabar kalau mayat yg akan diperiksa petang itu akan dilakukan oleh kami. kami pasrah.

dari luar kamar autopsi, mulai terhidu something.

bila masuk je, ada yang dah "uweeekkk". batukk, mata berair, dan lain2.

mayat ditemukan di dalam longkang, dicurigai telah meninggal selama 4 hari.

memang sangat ngeri. gambaran? mulut mayat tu dah penuh ulat.

bacaan doa dilakukan sebelum tindakan dimulakan. aku pasrahkan kerja aku hari itu, semoga diberkati Allah, dan mendatangkan manfaat kepada ku, dan orang lain.

aku sekali hampir termuntah. tapi aku tetap kena teruskan. dah jadi tanggungjawab.

akhirnya selesai.

balik bilik petang tu. aku cuba hidu pakaian yang aku pakai hari itu di hospital. bau busuk tadi masih melekat di pakaian ku. hurmm...


No comments: