Sunday, October 24, 2010

berlaku adil

Berita Hairan lagi Menghairankan.

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang tidak hanya aktif menemui pelajar Malaysia di Indonesia, malah sanggup berjalan jauh hingga United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), sejak 10 bulan lalu.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Mohd Rizal Abd Rahman, berkata tindakan itu sebahagian usaha berterusan membenci kerajaan, termasuk menabur fitnah bagi mempengaruhi fikiran golongan muda.

“Contohnya, di London, pembangkang cuba meracuni fikiran pelajar Malaysia menerusi pelbagai strategi dengan membentuk kumpulan penyokong dikenali sebagai 'friends of Pakatan' (rakan pakatan), selain membuat aktiviti kebajikan seperti mengumpul derma semata-mata untuk meraih sokongan ramai (pelajar)."


Rizal Rahman tu ahli kelab umno jakarta. <--sila klik link ini untuk baca lebih lanjut.

di website tersebut disebutkan
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.


Jadi sekarang, apa salahnya kalau PR nak buat Friends of Pakatan, kalau kelab umno luar negara boleh ada?
KULN lagilah, buat program, ditaja oleh datuk datuk umno. dirasmikan oleh datuk datuk umno.



Double Standard sangat kan?

1Malaysia, bukan bermaksud semua org menurut parti politik yang 1 itu.
1Malaysia menurut aku, apabila semua rakyat merasakan hak yang sama. kalau tak, itu bukan 1M, tapi 1M kecuali (sila isi tempat kosong).

hehe.







2 comments:

::alifdalmim:: said...

yer..KUJ dimana2 pun agak pelik..sangat menghairan..

Al-Rashid Zulkefli said...

aku suka benda ni raff...
"mempolitikkan student"