Sunday, September 5, 2010

syaitan pun menangis, & penduduk setan

semuanya bermula dengan kebosanan di siang sabtu. PS2 yang slama ini cuma sekadar hiasan berdebu di atas meja, sebab waktu lebih banyak diluangkan masa untuk tidur, pun dimainkan.

game Syaitan pun Menangis @ Devil May Cry 3 yang terbengkalai pun menjadi pilihan. aku mudah bosan. kebanyakan game tak survive di tangan aku lebih dari 30 minit. apa lagi kalau tutorial game berjela-jela.


aku main dari pagi sampai sebelum masuk waktu berbuka. lepas tu jam 11 malam aku sambung main lagi, sampai jam 2 pagi, aku berhenti sama sekali.

aku hampir pitam bila melihat satu gambaran pintu di dalam game tersebut. pintu yang digambarkan, menjadi laluan keluar masuk demon dan kuasa jahat lain. gambaran pintu yang sangat dikenali oleh ramai umat Islam. pintu tersebut, seolah-olah pintu Ka'bah.

aku pun google. 80% pintu dalam game tu yang menjadi laluan para demon mirip pintu Ka'bah sebenar. memang aku jadi sangat speechless.
aku dapati, bukan cuma game ni yang menghina Islam. masih banyak game lain.

videoclip untuk scene tersebut boleh ditonton di sini

dalam game Penduduk Setan @ Resident Evil 4, ada sebuah pintu mirip pintu di Masjid Nabawi...

gambar tersebut boleh dilihat di sini
perbuatan yang sungguh biadab!
dalam game Counterstrike Condition Zero Deleted, watak dalam game melawan "musuh" yang melaungkan "Allahuakhbar" dan "Jihad"...

sebagai manusia yang lemah, aku tak dapat berbuat apa-apa atas perkara ni. rasa sedih dan marah pun, tak tau nak buat apa lagi.

cuma nasihat dari aku

-berhati-hatilah dalam memilih hiburan-



1 comment:

amy said...

kurang ajar betul la. yelah, aku pun baru perasan, kat game counter strike tu. memang ada! tq sebab prihatin rufey.