Friday, August 20, 2010

setengah lulus

aku tak percaya nasib. aku percaya takdir.

waktu aku dapat tahu siapa penguji aku untuk ujian long-case, aku tiada idea siapakah beliau. sebut saja dr. T.
tapi orang lain pulak yang kecoh.
rupanya menurut legenda, sangat-sangat susah untuk lulus kalau diuji oleh beliau. mungkin 90% peratus kegagalan? legenda turut mengatakan kalau dia sangat-sangat-sangat pintar orangnya.

ok, aku start cuaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk.
banyak orang yang aku kenali (bukan kawan, hanya orang yang dikenali) mulai berfikir negatif. maha pessimist. tidak yakin dengan aku.
nilai tambah? mereka sama dengan aku, meLAYU.

tapi aku mulai sedikit tenang (sangat sedikit tenang, tapi ok lah), apabila ditenangkan oleh tiga orang yang aku kenali (kawan) tetap sokong aku.
"Raf, i trust u, i know u can do it. just ignore all those negative thing people says about it."
"u know Raf, u should just do it. everything happen for a reason. there must be good reason behind all of this."
"dont give up to early"
ok, walaupun aku sendiri tak yakin dengan diri aku, tapi orang lain masih mengatakan hal yang menarik untuk didengari. aku hargai.
oohh, mereka bertiga India.


tapi tak semua melayu kerek. jangan risau.
waktu aku jumpa 3 orang teman ni mengadu masalah (kononnya), mereka bagi nasihat jugak.
"lulus gagal cerita lain. kau sekarang belajar saja dulu untuk ilmu kau sendiri. andaikata kau lulus, syukurlah. tapi kalau gagal, ilmu yg kau belajar takkan sia-sia."
"jangan lah putus asa, kau buktikan yang kau boleh"
"biar apa orang kata, usaha je dulu"
jadi, aku pun cuba untuk gigih belajar...

bersambung part 2. hee




Friday, August 13, 2010


closest friends. this photo was taken about 10 years ago. a friend just upload this from her collection. funny how a 10 years old photo tickles a lot of memories back then.
all the good memories, seems just happened yesterday.

yang satu dah ada anak. yang satu plak baru jadi isteri orang. yang satu baru melancong ke Bandung dan shopping sakan. yang satu masih struggle di Bandung dengan assignment, ujian, dan benda-benda lain. masih ada yang tak masuk dalam gambar ni.
yang satu jadi pensyarah di KL. yang satu jadi pegawai bank di KK. yang satu lagi, oh, jadi seorang ibu juga.

best kan zaman kanak-kanak. tak pernah fikir apa akan jadi sama diri sendiri dalam 10 tahun lagi. tahun depan, atau bulan depan. sangat2 carefree.




Friday, August 6, 2010

mimpi

aku tak paham mengapa terlalu ramai manusia memuja mimpi.
mimpi menjadi realiti a la AF lah, mimpi basah lah, mimpikan kejayaan lah.
tak satu mimpi yang dialami pun sebenarnya macam berguna untuk hidup aku yang real se-real 3D nih.
aku tak rasa pun aku pernah bermimpi tentang kejayaan. umur aku sekarang ni pun, antara mimpi yang aku masih igt, mimpi ada 4 matahari di langit, mimpi naik gajah terbang, dan banyak lagi mimpi yang tak significant. tapi mimpi yang masih sering, mimpi antu kot.

minggu lepas aku tengok cerita Inception. sorang2. macam biasa, aku lonely orangnya. jangan risau, aku tak da masalah tgk movie sorang2. mudah pilih tempat duduk, jam tayangan, serta muvi yg mau ditengok. bebas se-bebas babi hutan.
banyak org kata film ni superb. tapi bagi aku biasa saja. boring malah.
kalau muvi lakonan l.caprio, aku paling ska the aviation saje.
yang buat cerita Inception ni boring, adalah sebab cerita dia tentang mimpi orang. mau action semantap apa pun, setting se-gah apa pun, bila kau pikir balik semua tu cuma mimpi pelakon filem tu, jadi bosan. sangat bosan. bila ada watak kena tembak, kau start pikir "oh, itu cuma projection mimpi si anu, bukan org betul". atau bila watak utama kena tembak, kau start pikir "oh, dia cuma kena tembak dalam mimpi, dia masih hidup sebenarnya".
cerita ni cuma tentang sekumpulan orang yang naik kapal terbang penerbangan melbourne=l.a (kalau x salah), dan bermimpi.
ending dia pun agak mengecewakan. orang kata ending dia menimbulkan persoalan, mantap habis, unexpected.
tengah cerita aku dah agak ending dia apa, bila part mengapa alasan dia slalu termimpi pasal isteri dia. banyak filem dengan ending macam ni. 1408 oleh Stephen King. The Mist oleh Stephen King. yes, film dia a la style Stephen King. konon dah kuar dari masalah, sebenarnya tak.

kesimpulan, filem tentang orang yang bermimpi adalah tak cool