Sunday, July 18, 2010

tak mau emo-emo dah

blog ni umpama buku-buku rujukan aku saja.
dah la semak tak tersusun rapi kat rak buku tuh,
jarang-jarang sekali pula di buka dan di baca.
tapi kalau kau baca, sure banyak ilmu yang kau dapat. hahahahhaahahahahah wakakakaka waka waka eh eh

ohh, layout aku dah ganti, gambar raksasa laut yang cintakan dolphin sebelum ini aku dah tukar dengan sesuatu yang lebih ceria. semoga tiada lagi komplen mengatakan blog aku ini blog horror.

jenny, aku gurau saje

11 tahun yang lepas, aku ada kenal dengan banyak orang-orang yang best.
antaranya, ada 6 yang berjaya menjadi orang yang rapat dengan aku. jadi, kami ada 7 orang semuanya. cuti tahun lepas aku ada tumpang rumah salah sorang dari mereka ni, initial D.D. orangnya. di dinding bilik dia ada tertampal gambar kami 7 orang ni yang aku rasa diambil 10 tahun yang lalu... aku terharu tau T.T
walaupun kami sejak tingkatan 4 dah tak sama sekolah, masing-masing dengan haluan tersindiri. tapi kami tetap 'keep in touch' bak kata omputeh, dan lepak sama-sama kalau ada peluang =)

hari tu aku ke KL lagi. cuti cuma 1 minggu. banyak shopping. sorilah kawan-kawan, sumbangan aku terhadap ekonomi Malaysia masih belum cukup untuk supaya kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan gula. harus shopping dengan lebih gigih lagi nampaknya.
seperti biasanya, aku dulu, kini, dan selamanya akan tetap kagum dengan semangat orang-orang buta yang mahu berusaha ni. kau mampu tak naik bas, tren, sampai tempat kerja, dengan mata kau tak melihat apa-apa?
aku dah berdiri (sebab dah sesak) dalam bas waktu tu kat stesen rapid kl bandar tasek selatan. bas blom gerak lagi.
aku nampak ada seorang makcik buta bertudung agak berusia jalan dengan tongkatnya turun dari tangga di stesen itu. aku terus perhatikan beliau. dia terlanggar 3 orang remaja perempuan yang aku rasa sehat mental dan fizikal sedang berdiri dekat tepi jalan. dak-dak tu pun hanya memandang makcik tu saja~ tetiba ada sorang laki agak berusia, seorang india aku rasa, mungkin mempunyai masalah pendengaran (aku nampak ada alat bantu dengar di telinganya) datang memimpin tangan makcik tu, menanyakan sesuatu kepada makcik tu, dan dipimpin hingga menaiki bas.
kau nampak apa point aku di sini? beza kaum, umur, jantina, serta mempunyai kekurangan tak menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan =)

ada satu waktu tu, aku dalam tren yang dah sesak. aku tak dapat tempat duduk waktu itu, tapi takpa. masih ada 3,254,185 lagi orang lain yang tak dapat tempat duduk. sia-sia nampaknya mantan perdana menteri kita buat spot check kat satu penyedia perkhidmatan pengangkutan awam suatu masa dahulu.
jadi, adalah sorang pakcik tua ni, melayu muslim aku rasa. dia dapat tempat duduk, diberikan oleh sorang yang baik hati ni.
sorang yang baik hati ni, seorang lelaki tua juga, tapi mungkin masih mampu untuk berdiri dalam tren yang sesak itu, berbanding si tua pertama yang memang kelihatan tak mampu berdiri lama.
sedangkan masi banyak anak-anak muda lain waktu tu, tapi tak menawarkan tempat duduk mereka?

nanti len kali aku sambung lagi =)



3 comments:

sheryzan said...

KL siyesli sesak..cant stand the sesakness...lega hidup d miri jak..

p/s: tidak mengomen berdasarkan isi..haha

Liyana said...

the first intention akak berblog adalah utk share dan macam reminder utk some events, kadang tentang ceramah yg tak mau dilupa.
tapi skrg dah jai cam tempat luah perasaan pun ada. haha, hilang skit stress. esp bila dah jadi CEO rumah ni, makin byk tak bersembang ngan org, maka sembang lah dgn blog..

blogging la byk2 sementara masih sempat, ahehe..adik akak dah posting, ke Pelis dgn harapan takler sebuk sgt, tp tetap sebuk teruk sampai takdan mandi/makan, bila gi melawat dia, sian tgk mata cam tak larat angkat hehe

ruffey said...

sheryzan, ko kena try bandung or jakarta, baru ko tau erti sesak yang sebenar. hehe
kalau miri tak sesak, apatah lagi labuan? XD

kak liyana, itu ar kak, awal2 dulu sy semangat gak blog pasal isu2 semasa, boleh cek kat http://www.peppermintfresh.blogs.friendster.com/

sekrang ni kadang jd tpt kutuk org lak hehe.

itu ar, dgr cerita senior Housemanship cam horror je kehidupannya.
mintak perlis eh? ayah ada suruh gak nanti mohon sana, sebab kampung dia kan walaupun saya IC Sabah. sibuk ke? tamau la cam tu hehe.