Saturday, July 31, 2010

ini adalah entri ke 1,327,558 aku bercerita tentang betapa homesick nya aku.

padahal baru 2 minggu lepas aku pulang ke tanah air, walaupun tak sampai home town aku Labuan.
sampai KL saja, tapi my parents was there too, so ok lah.
cuti cuma 1 minggu. nak pulang ke labuan, memang menghabiskan duit.
aku tumpang rumah kakak aku di bandar tasik selatan. anak-anak buah aku semua comel. rindu mereka lah.

lain dari tu, sempat lepak dengan kawan sekolah rendah. di belanja mcD. hehe. keuntungan jadi pelajar tua ni, kalau hang out dgn kawan, mesti mereka yang keluar duit. almaklumlah, aku ni ptptn pun tak langsai lagi XD

makin dekat nak selesai ni, makin homesick. membuak-buak.
tak da la dekat mana, tapi terasa bahang final year. effective sebenarnya sampai april, finalizing everything termasuk final exam. tapi lepas tu kena ikut serta program internship bawah fakulti, disebarkan ke serata alam selama 5 bulan, kononnya untuk tambah pengalaman. untuk internship ni tiada penilaian pun, just 'bekerja' tanpa gaji. ikut jadual, graduation 11/2011.

tapi aku dah sangat-sangat tired kot.

tapi bila dengar cerita senior, pulang berbakti di tanah air sendiri tak la seindah yang disangka.
dia sendiri kata dia rindu tempat ni. omG! aku dan teman-teman macam dah pakat ramai-ramai kononnya takkan rindu tempat ni.
at least walau hidup terseksa sepanjang housemanship, masih dekat dengan rumah. home.
cuma keseksaan yang luar biasa kot? kawan aku kata, sepanjang tagging 2 minggu pertama, di hospital jam 6.30 pagi, pulang jam 12.30 malam. tak sempat sarapan tak sempat lunch. dinner hanya terjamah separuh, sebab dah penat sangat, terus tidur jadinya.

aku homesick...
rindu korang semua T.T

Saturday, July 24, 2010

the book


a friend post her status as "just read a book that answer so many questions in her life" as solemn as it could be,

i don't think much before i comment it "buku masakan kah?"

and i think it was funny though , knowing that my friend ni memang sangat suka makan dan mencuba makanan heheeee

korang rasa tak lucu takpe la, boleh bukak website Failbook

Sunday, July 18, 2010

tak mau emo-emo dah

blog ni umpama buku-buku rujukan aku saja.
dah la semak tak tersusun rapi kat rak buku tuh,
jarang-jarang sekali pula di buka dan di baca.
tapi kalau kau baca, sure banyak ilmu yang kau dapat. hahahahhaahahahahah wakakakaka waka waka eh eh

ohh, layout aku dah ganti, gambar raksasa laut yang cintakan dolphin sebelum ini aku dah tukar dengan sesuatu yang lebih ceria. semoga tiada lagi komplen mengatakan blog aku ini blog horror.

jenny, aku gurau saje

11 tahun yang lepas, aku ada kenal dengan banyak orang-orang yang best.
antaranya, ada 6 yang berjaya menjadi orang yang rapat dengan aku. jadi, kami ada 7 orang semuanya. cuti tahun lepas aku ada tumpang rumah salah sorang dari mereka ni, initial D.D. orangnya. di dinding bilik dia ada tertampal gambar kami 7 orang ni yang aku rasa diambil 10 tahun yang lalu... aku terharu tau T.T
walaupun kami sejak tingkatan 4 dah tak sama sekolah, masing-masing dengan haluan tersindiri. tapi kami tetap 'keep in touch' bak kata omputeh, dan lepak sama-sama kalau ada peluang =)

hari tu aku ke KL lagi. cuti cuma 1 minggu. banyak shopping. sorilah kawan-kawan, sumbangan aku terhadap ekonomi Malaysia masih belum cukup untuk supaya kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan gula. harus shopping dengan lebih gigih lagi nampaknya.
seperti biasanya, aku dulu, kini, dan selamanya akan tetap kagum dengan semangat orang-orang buta yang mahu berusaha ni. kau mampu tak naik bas, tren, sampai tempat kerja, dengan mata kau tak melihat apa-apa?
aku dah berdiri (sebab dah sesak) dalam bas waktu tu kat stesen rapid kl bandar tasek selatan. bas blom gerak lagi.
aku nampak ada seorang makcik buta bertudung agak berusia jalan dengan tongkatnya turun dari tangga di stesen itu. aku terus perhatikan beliau. dia terlanggar 3 orang remaja perempuan yang aku rasa sehat mental dan fizikal sedang berdiri dekat tepi jalan. dak-dak tu pun hanya memandang makcik tu saja~ tetiba ada sorang laki agak berusia, seorang india aku rasa, mungkin mempunyai masalah pendengaran (aku nampak ada alat bantu dengar di telinganya) datang memimpin tangan makcik tu, menanyakan sesuatu kepada makcik tu, dan dipimpin hingga menaiki bas.
kau nampak apa point aku di sini? beza kaum, umur, jantina, serta mempunyai kekurangan tak menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan =)

ada satu waktu tu, aku dalam tren yang dah sesak. aku tak dapat tempat duduk waktu itu, tapi takpa. masih ada 3,254,185 lagi orang lain yang tak dapat tempat duduk. sia-sia nampaknya mantan perdana menteri kita buat spot check kat satu penyedia perkhidmatan pengangkutan awam suatu masa dahulu.
jadi, adalah sorang pakcik tua ni, melayu muslim aku rasa. dia dapat tempat duduk, diberikan oleh sorang yang baik hati ni.
sorang yang baik hati ni, seorang lelaki tua juga, tapi mungkin masih mampu untuk berdiri dalam tren yang sesak itu, berbanding si tua pertama yang memang kelihatan tak mampu berdiri lama.
sedangkan masi banyak anak-anak muda lain waktu tu, tapi tak menawarkan tempat duduk mereka?

nanti len kali aku sambung lagi =)



Sunday, July 4, 2010

applying job online?




permohonan bekerja melalui facebook.

erm, amacam, korang rasa Anwar akan ambil dia bekerja tak? kan jawatan Saiful sekarang bukan kah kosong? heeee

Thursday, July 1, 2010

hilarious

there is this 26 years old woman involving her DAD in our very ridiculous pseudo conflict.

she told me about this another girl saying bad stuff about me at my back, while being nice in front of me at the same time.

yes, i asked that girl if that stuff really happened.

the girl said, if i want an answer, we 3 should have a talk.

by the way, these 2 people, their conflicts were legend.

the 26 years old woman refuse, and saying if we want to talk, her dad should present too. she don't want to talk to us unless her father is there.

i said ok, watever, u want to play childish, i just into the game lah.
being childish is my specialty too.

now, can you imagine the situation? thank you XD