Saturday, June 26, 2010

gempa

wah, provok lebih judul entri kali ini.
kau tak cuak, kalau tgh2 kau tunggu turn kat kaunter nak bayar t shirt baru yang sangat cantek, tiba2 bumbung shopping complex ternama lagi terkemuka tempat kau berada runtuh?
tak merasa lah nak pakai t shirt yang cantik itu kan, mana tau t shirt tu tertimbus ke, koyak ke, jadi kotor berdebu ke.

well, tak la sampai bumbung runtuh. cuma, tetiba, line tgh panjang, orang2 sibuk berlari keluar. aku cuma nampak peluang untuk lebih cepat sampai turn aku saje.
peduli apa org lari keluar kan?

tiba2 ada orang jerit, "gempa! gempa!"

err, aku rasa bohong kot? aku tetap steady ketatkan kawalan keselamatan terhadap posisi aku dalam line kat kaunter tuh, aku takkan terpedaya dgn tipu muslihat org, aku fikir.

bukan aku sorang saje ok yg pentingkan baju baru yang cantik dari keselamatan diri, makcik tua kat blkg aku pun tak berganjak!

aiyyoo, gempa ke? baju2 yang masih display dekat rak masih berayun. macam tuh jugak flyer yg bergantungan dari siling kedai tuh.

ahhh, bayar dulu la, aku tak rasa apa2 pun. mungkin itu cuma ilusi semata.

aku kuar dari kedai tu, tgk kedai2 lain banyak dah turunkan grill, tutup kedai. shopping complex tu pun terasa agak kosong.

tiba2 ada suara dari speaker mana entah, beri pengarahan tentang keselamatan pengunjung sempena gempa tersebut.
tengok ramai je org kat luar berkumpul, sambil bergambar, sebab terlalu meriah suasana kat luar shopping complex tu.

oh, ok. memang gempa rupanya. takpa, yang penting syukur aku selamat, dan aku dapat beli t shirt baru! XD

err, aku rasa aku ada minor problem keseimbangan badan. so, most of the time memang macam agak goyang aku rasa. so kalau gempa betul, aku tak perasan, sebab macam dah biasa?
sebab tu lah jugak aku tak reti sangat naik basikal. hoho


5 comments:

sheryzan said...

Speechless~~

ruffey said...

sebab boring kah? hehe.

XD

sheryzan said...

boring indah...of course tidak...

sbb gempa...can't imagine klu aku in your shoes...=(

haziah said...

hehe rafshan.. ko mmg ada prob keseimbangan badan.. ko ingt x ko tejatuh d kelas lepas bgn tidur?? haha ka masa tu sbenarnya ada gempa?? XD

ruffey said...

haziah, legend kah story aku jatuh tu? hahahaaaaa.
memang luar biasa! XD

kelas AAA bah tu kan. hurm, mungkin sebab aku trauma dgn AddMaths XD