Thursday, April 22, 2010

puas hati

mwahhahahaahahahahahahaha! puas hati!

so hari ni, 1 group aku kena marah, termasuk aku, tapi aku tetap puas hati!!!
2 entri yg lepas, aku ada cer aku penat jadi budak baik kan.
so hari ni aku join yang lain jadi budak kurang baik.

tadi pagi ada round (join resident-doctors follow-up patients) jam 6 pagi.
aku datang on time.
tapi aku tak ikut terus, aku saja tunggu budak-budak lain.
sebab kalau aku join those doctors terus, semua akan terselamat, macam biasa.
tapi kali ni biar semua merasa!
mereka datang 6.30.
kami kena panggil menghadap oleh those doctors.
dan semua kena marah, tiada lagi free-riders ok.

dah lah semalam baru gaduh pasal jadual ngan sorang mamat ni.
bayangkan,
satu doctor, Dr. I ni dah kasi we all jadual minggu ni apa yang perlu dibuat.
kemarin kena tanyalah oleh Dr. T, kenapa tak ikut activity yg sepatutnya kami ikut.
dia cakap dia tak tau.
kena tanya, kami dah diberitahu kah tentang jadual tersebut oleh Dr. I?
dia selamba jawab "tidak, Dr. I tak cakap".
Dr. T ni senior Dr. I. kalau betul, abesla Dr. I kena marah.
celaka tak, nak selamatkan diri, jangan sampai menyusahkan orang lain. lepas tu aku argue dengan mamat tu la. aku kata ada! sebab aku dah tulis dalam buku sakti aku.
aku kata "tengok ni, setiap hari kita disuruh datang jam 6.00 pagi, pagi rabu memang ada round".
dengan nada menyindir dia tanya aku "kau sendiri tadi datang jam berapa?"

dah buat salah masih nak cari kesalahan orang lain.
aku post on-call ok. duty shift aku jam 3.00pm - 6.00am. lagipun semua sedia maklum mereka yang post on-call diizinkan utk urus diri, lambat sejam macam tu.
so, obviously aku memang lambat la.


so tadi, mereka lambat lagi, dan kita semua kena marah. yeayyy!!!
semua pucat tadi (termasuk aku kot?) hehe

so lepas ni, nak buat salah, buat sama2.




7 comments:

sheryzan said...

hahahahaha....memang puasss atiiii~~~~

::alifdalmim:: said...

aku yg membaca dpt rasakan kepuasan hati tu..hahaha

Liyana said...

saya yg tukang baca ni pun dapat rasa kepuasan itu. bravo dik non.

saja nak ek: adik saya yg no.4 baru jer 'ditauliah' DR tu dalam 2 minggu lepas, dapat nampak baper punya puas hatinya dia. dia cakap "yang dok kena maki macam sampah dek doktor2 masa round tu dah tak terasa, rasa syok ja kena maki" wakaka. tingat masa dulu2, mcm ko la gak, selalu balik duk citer kena maki yada2. siap masa anak saya kena warded, dorang kena maki depan bed kami, daku gelakkan ja

ruffey said...

sheryzan,
2 minggu lagi aku kena group dgn mereka tu.
harus beri pengajaran.

alif,
bermaksud, gaya bahasa dan penulisan aku mudah dicerna, sampai membangkitkan emosi dek kerna level empati yang tinggi? hehe

kak Liyana,
makasih kak XDDD
wah, ada adik Dr., tahniah kak =)
ada kawan sekolah pun baru je lulus ujian hari tu, jadi Dr., dah, tumpang gembira untuk mereka =)

sheryzan said...

Yup~~harus beri pengajaran.mun x...klak knak pijakk...hehe

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

蒜泥白肉Lynn said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚