Saturday, April 24, 2010

kerna rindu lagi

ah, cuma kfc, cokelat, pringles, dan lain-lain, perlukah aku iri?
mereka di asrama, jarang-jarang berada di rumah.
paling tidak, biarlah mereka merasa sedikit kesenangan.
tapi dulu aku belum mampu berfikir sejauh itu.
yang aku tau, kfc itu sedap. aku pun mau...

sedangkan aku, pergi dan pulang dari sekolah dihantar dan dijemput oleh orang tua ku.
setiap malam dirumah aku makan apa yang dihidang.
sedap. jauh lebih sedap daripada nasi kawah di asrama, kata kakak aku.
cuma waktu itu, aku belum sedar.

tapi aku tetap rasa double-standard. maklumlah, kalau dibanding yang sekolah asrama dengan sekolah harian, memang mereka kadang dilayan seperti dewa.

aku pun rasa aku tak pandai mana.
kalau di kelas, rank belasan, puluhan itu perkara biasa. tak penting buat aku.
jadi mungkin orang tua ku tak terlalu menaruh harapan.
masalah pelajaran paling jarang dibicarakan. kalaupun ditanya oleh orang tua ku, aku jawab acuh tak acuh. konon jiwa remaja, jiwa memberontak. "kenapa perlu kamu peduli?" jahat aku.
atau kerana memang aku tak pernah peduli pasal pelajaran?
bayangkan, aku cuma tahu PMR itu ada 8 subjek, sewaktu berada di tingkatan 3.
Kemahiran Hidup itu ada banyak aliran, tapi aku tak tau.
bila dibelikan buku rujukan sewaktu tingkatan 3 oleh ayahku, aku terima saja. KH ERT. sedangkan di sekolah aku hanya ada KMT. tapi itupun beberapa bulan sebelum PMR, baru aku tau kalau aku baca buku yang salah. itupun kalau aku baca.

lebih rela baca Smash Hits daripada baca buku rujukan.
sangat tak cool kalau baca Mangga, mesti Smash Hits.

sampai keputusan PMR diumumkan, aku tergamam sebentar. 7A1B?
macam tak percaya. terlalu banyak A. A A A A A A A B. macam tu kalau disusun.
cuma, B untuk Pendidikan Islam. hehe.
cikgu yang memberikan slip keputusan juga terkejut. sebab dia tak suka aku.
tapi akhirnya dia tersenyum, "tahniah".

-bersambung lagi-

penat XDDD










5 comments:

P.S said...

comel ar cite ko yg nie.
=)

agaknyer mcm tu la adik aku rasa cz dia pun ada kakak dok sbp.

*sebak*

ruffey said...

hehe. comel ke? XD

tak kot. sebab akak dia dok sbp, jauh.
seberang laut tuh.

cam akak ngan adek aku dok sbp, outing pun kena jemput kena hantar balek nek keta XDDD

pie said...

shan...
masa PMR ka ko ceta ni?
ak ambil result sehari pas kamu ambil...
pasal ak xtau result suda keluar...ahaha
cikgu pn ckp lebih kurg mcm ko ckp la...

ruffey said...

pie, pmr la ni.
ko lagi dasat! hahah.
sebenarny aku pun ndak tau, yg tau mom aku, sbb dia guru kan.
time tu Cikgu Sim. haruslah dia ndak suka aku kan.
hahahahahaa.

p/s- bukan dia cuma suka pengawas ka? hehe

sheryzan said...

Kalau aku mase lower form...form 1 n 2...kedudukan aku sgt tercorot~~masok form 3 (dipindahkan ke kelas lain disebabkan aku kurg pandai) baru aku ada up ckit...bersyukur dipindahkan kelas sbb br ada kesedaran..and kelas masa aku form 3 adalah kelas terbaik aku penah dpt...hehe...sgt besttt...