Thursday, April 29, 2010




satira di atas, memang apa yang sentiasa aku rasakan.

cerita lain.
kadang, apa yang aku ucapkan, hit me back. macam kemarin, aku cuma berlawak. ditanya oleh kawan, mengapa aku begitu rajin?
dengan nada a la meminta simpati dan memasang ekspresi melankolik, aku menjawab "jauh-jauh aku datang dari Malaysia ke sini untuk belajar, takkan la aku nak mensia-siakannya... kalau nak bermalas, tak payah datang sini hidup susah-susah. di rumah sendiri pun boleh"

bila fikir balik, wow! aku mampu menutur kata tanpa memikirkan terlebih dahulu erti dari ucapan ku. serius selama ini tak pernah terlintas pun di fikiran. sebijik macam ahli politik! cuma kalau ahli politik, menutur kata dengan 2 tujuan.
1. membuat diri sendiri kelihatan hebat.
2. membuat musuh kelihatan terlalu banyak kesalahan.

habis mengucapkannya, aku diam sendiri. ada benarnya. kenapa harus bermalas? tak perlu sekolah jauh / mahal / membebankan mental dan fizikal kalau hanya mahu bermalas.

tengoklah nanti kalau memang betul niat untuk merajinkan diri datang. semacam tunggu pencerahan untuk lebih rajin, walau orang lain dah kata aku rajin. dan terlalu skema?

oh, dan ke-skema-an aku selalunya pain in the ass buat mereka yang sangat bedebah. bedebah-bedebah yang menipu para guru, menyusahkan para ahli kumpulan, dan memperkasakan kebodohan diri sendiri. bedebah-bedebah jahanam. tapi mungkin nanti aku cerita. apabila blog ini lebih private.

dan sampai sekarang, aku tak faham bila ada rakan-rakan yang masih menyalahkan orang lain terutama ibu bapa mereka atas PILIHAN YANG MEREKA SENDIRI BUAT bila mereka datang ke sini untuk belajar kedoktoran.
memang ibu bapa boleh memaksa, tapi akhirnya yang kata iya atau tidak, bukankah diri sendiri.
katakan saja TIDAK bila kau tak mahu mengerjakan sesuatu. jangan kau salahkan orang lain. orang lain boleh memaksa, tapi tetap kau sendiri yang menentukannya.

p/s - i get bored with the last template, so i decided to change it. the last template was so me. plain, dark, and twisted. aisehmen.












Saturday, April 24, 2010

kerna rindu lagi

ah, cuma kfc, cokelat, pringles, dan lain-lain, perlukah aku iri?
mereka di asrama, jarang-jarang berada di rumah.
paling tidak, biarlah mereka merasa sedikit kesenangan.
tapi dulu aku belum mampu berfikir sejauh itu.
yang aku tau, kfc itu sedap. aku pun mau...

sedangkan aku, pergi dan pulang dari sekolah dihantar dan dijemput oleh orang tua ku.
setiap malam dirumah aku makan apa yang dihidang.
sedap. jauh lebih sedap daripada nasi kawah di asrama, kata kakak aku.
cuma waktu itu, aku belum sedar.

tapi aku tetap rasa double-standard. maklumlah, kalau dibanding yang sekolah asrama dengan sekolah harian, memang mereka kadang dilayan seperti dewa.

aku pun rasa aku tak pandai mana.
kalau di kelas, rank belasan, puluhan itu perkara biasa. tak penting buat aku.
jadi mungkin orang tua ku tak terlalu menaruh harapan.
masalah pelajaran paling jarang dibicarakan. kalaupun ditanya oleh orang tua ku, aku jawab acuh tak acuh. konon jiwa remaja, jiwa memberontak. "kenapa perlu kamu peduli?" jahat aku.
atau kerana memang aku tak pernah peduli pasal pelajaran?
bayangkan, aku cuma tahu PMR itu ada 8 subjek, sewaktu berada di tingkatan 3.
Kemahiran Hidup itu ada banyak aliran, tapi aku tak tau.
bila dibelikan buku rujukan sewaktu tingkatan 3 oleh ayahku, aku terima saja. KH ERT. sedangkan di sekolah aku hanya ada KMT. tapi itupun beberapa bulan sebelum PMR, baru aku tau kalau aku baca buku yang salah. itupun kalau aku baca.

lebih rela baca Smash Hits daripada baca buku rujukan.
sangat tak cool kalau baca Mangga, mesti Smash Hits.

sampai keputusan PMR diumumkan, aku tergamam sebentar. 7A1B?
macam tak percaya. terlalu banyak A. A A A A A A A B. macam tu kalau disusun.
cuma, B untuk Pendidikan Islam. hehe.
cikgu yang memberikan slip keputusan juga terkejut. sebab dia tak suka aku.
tapi akhirnya dia tersenyum, "tahniah".

-bersambung lagi-

penat XDDD










Thursday, April 22, 2010

puas hati

mwahhahahaahahahahahahaha! puas hati!

so hari ni, 1 group aku kena marah, termasuk aku, tapi aku tetap puas hati!!!
2 entri yg lepas, aku ada cer aku penat jadi budak baik kan.
so hari ni aku join yang lain jadi budak kurang baik.

tadi pagi ada round (join resident-doctors follow-up patients) jam 6 pagi.
aku datang on time.
tapi aku tak ikut terus, aku saja tunggu budak-budak lain.
sebab kalau aku join those doctors terus, semua akan terselamat, macam biasa.
tapi kali ni biar semua merasa!
mereka datang 6.30.
kami kena panggil menghadap oleh those doctors.
dan semua kena marah, tiada lagi free-riders ok.

dah lah semalam baru gaduh pasal jadual ngan sorang mamat ni.
bayangkan,
satu doctor, Dr. I ni dah kasi we all jadual minggu ni apa yang perlu dibuat.
kemarin kena tanyalah oleh Dr. T, kenapa tak ikut activity yg sepatutnya kami ikut.
dia cakap dia tak tau.
kena tanya, kami dah diberitahu kah tentang jadual tersebut oleh Dr. I?
dia selamba jawab "tidak, Dr. I tak cakap".
Dr. T ni senior Dr. I. kalau betul, abesla Dr. I kena marah.
celaka tak, nak selamatkan diri, jangan sampai menyusahkan orang lain. lepas tu aku argue dengan mamat tu la. aku kata ada! sebab aku dah tulis dalam buku sakti aku.
aku kata "tengok ni, setiap hari kita disuruh datang jam 6.00 pagi, pagi rabu memang ada round".
dengan nada menyindir dia tanya aku "kau sendiri tadi datang jam berapa?"

dah buat salah masih nak cari kesalahan orang lain.
aku post on-call ok. duty shift aku jam 3.00pm - 6.00am. lagipun semua sedia maklum mereka yang post on-call diizinkan utk urus diri, lambat sejam macam tu.
so, obviously aku memang lambat la.


so tadi, mereka lambat lagi, dan kita semua kena marah. yeayyy!!!
semua pucat tadi (termasuk aku kot?) hehe

so lepas ni, nak buat salah, buat sama2.




Monday, April 19, 2010

kerna rindu

aku rindu rumah
aku rindu keluarga
aku rindu teman
aku rindu s̶i̶ ̶d̶i̶a̶ kamu
bila aku stress, aku akan fikirkan my favorite things, persis lagu "My Favorite Things" dalam filem Sound of Music.
jadinya, aku terlalu banyak melihat kebelakang, mengenang kembali apa yang pernah aku alami. melankolik...

aku zaman remaja, tak rapat dengan keluarga.
mungkin merasa kurang perhatian? tapi biarlah. kini baru aku faham.

kalau di rumah, mungkin tiada siapa yang aku ceritakan masalah aku.
aku lebih senang bercerita ke teman-teman, berkongsi dengan mereka. kadang juga ada yang aku pendamkan saja.

tapi juga aku tak pernah rasa aku terabai walau relatif tak dipeduli. mungkin kerna pengaruh persekitaran terhadap pemikiran aku yang tidak matang waktu itu, 'disayang-sayang' adalah sesuatu yang tidak cool.
eminem mengajarkan tentang kebencian mungkin? atau mungkin lagu korn yg tiada erti?
sampaikan dulu di kelas, teman yang belajar di rumah sambil dibimbing oleh ayah sendiri menjadi bahan gurauan kasar, kerna sudah tingkatan 2, tapi masih manja?

mungkin definisi sayang waktu itu menurut aku, permintaanku ditunaikan. tapi jarang sekali.
bila aku ingin komik, aku simpan duit belanja sekolah ku.
tak seperti adikku di asrama dulu. tinggal bilang mahu komik apa? hujung minggu pasti dihantar ke asrama, lengkap dengan KFC, cokelat, Maggi, keropok Roller Coaster, Pringles, dan lain-lain.

mereka yang sekolah asrama dilebih-lebihkan menurut aku. aku pun mahu...
biarlah. yang penting aku ada MTV dan Channel-V di rumah.
aku ada kawan-kawan di sekolah.
kadang ingin memberontak, tapi siap sedia disebat dengan? silakan pilih. hos air, tali pinggang, atau batang penyapu. semua aku pernah rasa.

diri aku dulu cukup mendefinisikan istilah 'anak derhaka'.
terlalu banyak salah, tapi tak mengaku salah.
lagi-lagi memberontak.
kononnya tak disayang.
mungkin aku lupa waktu kecil aku dulu bagaimana waktu itu.

kini barulah mampu berfikir, kalau aku tak disayang, takkanlah aku disini sekarang?

bersambung



Friday, April 16, 2010

penat jadi budak baik

1st thing 1st, entry sebelum ni aku dah delete. judul tu kontroversi sangat, walaupun isi tak penting sebenarnya.

sepatutnya, aku tak update blog time ni, sebab time ni aku patut berada di poliklinik, observe & learn pemeriksaan patients oleh senior doktor.
tapi mungkin aku dah penat jadi budak baik?

macam ni, 1 group ada 4 org. tapi byk sgt benda yg sepatutnya 4-4 org ni ada, macam lepak di poliklinik, naik ke OT tgk operation, follow-up patients pagi2 buta, cuma muka aku yg sampai membasi je ada, aku pun naik muak la.
1 group akan survive walaupun cuma aku sorang yg menapak. at least nampak ada org gak la kan yg buat kerja, tunjuk muka.
tapi, apa akan jadi kalau aku pun ikut menghilangkan diri macam dorang yang lainn?

takda free rider atas kerajinan aku ok.

so next time, jom buat salah sama2, kena marah sama2. yeaaaaaahhhh!!!

(walaupun aku escape poli, aku lepak di bilik baca buku tauu. hehe)

Monday, April 12, 2010

aku begini kerna aku rindu (Pie, 2010)

bagaimanakah aku sampai begini kerna rindu sebagai alasan?
erm..
aku semakin melankolik.
aku terlalu rindu dengan masa lampau, sampaikan kadang masa kini aku seakan mengabaikan.

setelah membaca blog Jenny, bahagian "2-3 hari ni aku agak emo sebab university life akan berakhir tak lama lagi. Mula tu tak terasa sebab kawan-kawan masih ada. But now one by one diorang balik hometown..aku terasa sedih yang semacam. Last time aku macam ni is when one of my bestie left the house sebab tangguh study."

menyedarkan aku yang kehidupan universiti aku tak seindah dia. sampai sekarang masih berfikir, apakah yang aku rindukan nanti. semacam tiada. mahu dibilang aku tak sosial kerna disibukkan dengan belajar, aku rasa aku lebih banyak tidur.
nafsu untuk bersosial semacam hilang. nafsu-less dalam bahasa inggerisnya mungkin?
biarlah, aku tak terlalu tertarik juga untuk bersosial di sini.
aku jarang sekali upload gambar-gambar aku di sini, atau mungkin bercerita tentang perkara menarik yang aku lalui di sini. mungkin kerna aku tak bergambar dan tak menikmati sesuatu di tempat yang aku anggap sebagai "this is not my happy place".

tapi aku pernah lalui perkara yang dia lalui dulu, 3x. sekali sewaktu aku tinggalkan SM St. Anthony, sekali waktu aku tinggalkan SM Sains Labuan, dan sekali waktu aku tinggalkan Kolej Matrikulasi Labuan.
malah kalau sekarang bertemu kembali teman di sekolah menengah rendah, cerita 10 tahun yang lalu kami boleh bualkan, seolah baru berlaku semalam.

bila bertemu kembali dengan teman di sekolah menengah tinggi dulu, ada satu rasa yang diungkapkan, dan sangat cliché namun amat bermakna. "17 forever".
itu kisah 6 tahun lalu, namun semua perkara seolah tak pernah berubah.
hari terakhir di sekolah dan asrama sesuatu boleh digambarkan sebagai tragis, sekiranya unsur hiperbola diterapkan di sini. perpisahan waktu itu, sesuatu yang sedih untuk ramai orang. aku rasa, mungkin untuk semua.
online social service tak begitu dikenali. dalam cuti panjang setelah selesai SPM, tetap berutus khabar. telefon, email, juga surat bersetem.

begitu juga di matrikulasi. banyak teman baru yang ku kenali di sana, dan dapat mengenali mereka adalah perkara yang sangat aku hargai. tapi perpisahan tetap dilalui.

pernah teman aku berkata "your friend is your equal".
kerna itu aku memilih teman. teman-teman ku, adalah sama dengan aku, dan mereka hebat, kerna mereka mampu membuat aku merindui mereka.

teman, aku rindu.

p/s- pie, aku saja quoting engkau, sebab aku rasa style doe! lol hehe


Monday, April 5, 2010

V, the P holder

while the P stand for Penis, no, V in this another piece of crap doesn't stand for whatever V in your mind.
V is just an initial of my friend's name. hehe.

so today, weirdest thing happened.
i want to say it was effing-funny but i am bound to rules and regulations and oath (no, not taking any oath yet) have compassion to whoever seeking doctors for treatment of their illness.

me and her (V) went to operation theater to observe another operation, only to find out the patient to be operated was having a condition called siliconoma penis.

adeh, susah nya speaking.

jadi macam ni, patient tu, penis dia rosak.
memang secara luaran, burok la.
semuanya sebab, dia pernah melakukan prosedur 'silicon injection' pada penis dia, untuk diperbesar. ooh, prosedur silicon injection tu, dia bukan buat dengan doktor tau. hoho.
komplikasi terjadi, dan, voila!

so, operasi tu untuk membuang tissue yang dah rosak laa.

kononnya niat nak besarkan penis, tau2 jadi hancur macam tu. aisshhh!
tu pasal la, setiap larangan dalam agama tu, ada alasan dia.
bukan Tuhan larang kita saja-saja tau.

lepas operasi, penis dia semakin mengecil. hoho. hehe.

time tu, yg jadi assistant kepada surgeon, kawan aku si V ni lah.
4 jam jugak la dekat OT.

tu aku gurau dengan dia "aku pun tak pernah pegang penis lama macam tu"

surgeon tu plak cakap macam ni "V, pegang bukan macam tu, tapi macam ni. hurmm.. ooohh? tak biasa pegang ye?"

scrub nurse plak "beza dengan orang yang dah kawin, kalau dah kawin, barulah biasa pegang".

anesthesiologist "hurmm, napa la nak besarkan lagi. ukuran tu tak penting mana, yang penting tu goyangan"

scrub nurse "ooh, dan juga posisi"


V, the P holder. 4 hours yo!



Saturday, April 3, 2010

busuk badan jauh lebih baik dari busuk perangai

aiyo, this place is a very gossipy place.

kawan aku sorang ni, dia cantek.
satu hari, orang sebar fitnah kata dia flirting (bahasa kita: menggatal) dengan doctors (notice the 's' ok). sian dia, i know her, and i get it.
doctors were the ones that flirting with her, it wasn't she who had started it first.
because of her prettiness, she get special treatments lah, like personal lessons from those doctors who obviously like her, etc.
she told me she wasn't comfort with all those stuff actually, but after 1,545,623 phone calls from the doctors (me never get a phone call, because i am not a pretty lady *sigh* hehe) with 'reason' they wanted to teach her, how can she say no?
1 or 2 phone call, u just can say, "i'm sorry, i'm busy".
btw, she loves surgery, so she just accept those offers lah.
so, lots of doctors here, especially surgical residents are handsome-macho types of people. 'some girls' were like "awwww, look at that dr. K, he's so handsomeee".

and these 'some girls' lah (oh ya, i know a boy too), yg jelez, because those doctors yang mereka suka (they even have a pact with their clan, so they are not going to have a clash among them because they target for the same doctor) give special attention to the girl (my friend) who are way prettier than them, they started to spread rumours.

jahat kan?

-to be continued-

Thursday, April 1, 2010

delicious

me and confectioneries are inseparable.



so this is a lollipop, as big as my palm, which i so sayang that until now i simpan dengan baik di dalam my own shrine of foods, my fridge. this really remind me of my childhood years, although i don't really remember if i like lollipop that time?
Daim. i like, sedap sedap sedap.

hampir sama, tapi sama sekali tak serupa.
Cokelat Cloud 9 yang murah dan enak, dulu sebijik 20sen jer, skrg aku tak tau brapa. aku beli sebungkus besar teros.
Mars pun feveret aku, walaupun sedikit mahal, tapi aku masih mampu, so? alamak tersombong plakkk.

Ni lah cokelat mahal yg menurut aku, tak sedap mana pun. tapi aku tetap makan, sebab, dia masih cokelat?

nikmat dunia no3. tengok la variety yang ada. ni baru sebagian. masih ada lagi dalam shrine aku tuh. total berat cokelat kat atas ni 2.5kg. hehe. ni lah teman aku di kala gembira, juga duka nestapa. macam mana lah idup aku tanpa cokelat agaknya? hurmm.
terima kasih para orang2 Mayan yang menemukan cokelat.
dulu aku tingkatan 5 harga dia rm5.30 je sepapan.
sekarang rm8.50. hoho.



me and confectionaries are inseparable.



nikmat dunia no2. kalau yg ini memang sure membawa kembali daku kepada memori silam ku. dah la murah, sangat sedap la pulak. rasa cokelat dia yg memang cokelat, dan kerangupan wafer dia yang tiada tandingan. love this very much.

NIKMAT DUNIA NO 1. aku tak tau macamana dorang buat cookies ni, tapi kelazatannya memang tiada tara! aku bawak pi bandung 1 kg kot hari tu. hehe.


p/s- so, korang dah tau la kan sekarang hadiah yang ideal untuk aku? XDDD