Tuesday, March 30, 2010

hey you

iya, kamu di situ! apa khabar?

syukurlah minggu ni dan mungkin minggu depan, kepala dan akal fikiran aku akan kembali jernih, jauh dari noda-noda dunia kegelapan, walaupun dikelilingi oleh mereka yang bodoh sombong, menyakitkan hati, pemalas, penipu, samseng, dan lain-lain perangai.

aku punya pegangan sendiri,

"menjadi doktor itu mudah, semudah lulus ujian.
tapi menjadi doktor yang baik itu sukar, sesukar menjadi manusia yang baik."

memang susah jadi manusia yang baik.

walau memang aku tak baik mana, paling tidak aku berusaha untuk mengetahui kekurangan aku di mana, dan dengan izin Tuhan, aku akan cuba untuk perbaikinya.

ok, berbalik kepada punca fikiran aku yang kembali sihat, itu semua kerana minggu ini aku tak perlu on-call night shift!!! yeayyy!!! tak perlu bersengkang mata.
sebab kalau aku tak cukup tidur, aku akan sangat sangat cranky dan melancholic.


sepanjang di dept. surgery ni memang sgt penat fizikal sebab sibuuuukkkk, dan penat mental sebab berhadapan dengan manusia2 spt yang aku nyatakan di atas tadiii.

tapi aku mulai enjoy, sebab dapat assist surgeon utk 2 surgery.

1st surgery aku assist, necrotomy debridement. seorang perempuan 69 tahun dengan diagnosis ulkus diabetikum at regio pedis dextra @ ulser diabetes pada kaki kanan. kalau korang pernah dengar pasal kaki dipotong sebab luka dan ada penyakit diabetes, ini lah dia.
kaki patient tu bernanah, infection sampai ke tulang. jadi surgery tu utk membersihkan nanah tadi, dan menghilangkan infection, dan seterusnya dirancang untuk dilakukan amputation.
luka kaki pesakit tadi sgt dahsyat, sebab tak payah dipotong pun, boleh nampak tulang dan tendon kaki patient tuhh.
1 hari aku trauma makan cokelat dan lain-lain makanan manis (takut diabetes) yang memenuhi refrigerator aku. hehe. 1 hari saje tak lama, sebab temptation kuat sangat hahaha.

untuk tujuan ilustrasi, aku sertakan link gambar diabetic foot
sebab kalau aku letak direct di sini, nanti, err, korang tengok sendiri lah.

2nd surgery aku assist, colostomy. ada part yang mana, usus pesakit (seorang bayi) berada dalam tangan aku. it is not everyday intestine is in your hand
so aku macam thrilled semacam la kan. walau pun aku tak minat bedah.
kalau doktor bedah, dorang masih nak cerita ka pasal operation dorang di blog? tak la kan, sebab dorang dah tak heran.
cam aku boleh la kan (very the kampungan dan kebaru-baruan), sbb nanti kemungkinan besar aku takkan jadi doktor bedah


waahh, jarang2 aku cerita perkara yang aku lalui di hospital. hehe.









6 comments:

P.S said...

"menjadi doktor itu mudah, semudah lulus ujian.
tapi menjadi doktor yang baik itu sukar, sesukar menjadi manusia yang baik."

i agree with ur quote.
it is applicable to any job in dis world. =)

usus baby dlm tgn?
oh.sgt menarik.tp seram. XDDD

A+z+i+E = AziE said...

fuh!! dr raf ni... bilenye ko ni nk hbs blaja?

sheryzan said...

I remember my grandmother got diabetes and her leg kenak potong~~but now she gone already~~masuk 6tahun dh~~so sad to see kaki nya knak potong at that time. Nya jadi sangat sensitif bila camya..semuanya salah and nya sorg jak betol...biasala orang sakit nak~~sadly aku dekat asrama time ya and xpat la nak jaga nya selalu~~owh..teremo la pulak~~~

all the best untuk menjadi Dr yg baik~~!

ruffey said...

P.S, thanx. len kali kalau ko quote, jan lupa citation k, originally me tuh. hahahah

Azie, macam lama sgt kan?
kawan aku yg masuk u setahun lambat dari aku pun, skrg dah kerja gaji ribu2 kat bank. hoho.
insya Allah tahun depan.

sheryzan, sorry, sik bermaksud mok menyentuh perihal sesiapa.tapi aku pun perasan something, org diabetes nang majoriti sensitif.
ada 1 jenis diabetes ni dpt dicegah sebenarnya, makan seimbang, rajin bersenam, dll. ya lah aku kakya trauma makan manis, tp sik dpt kawal nafsu hehe.
terima kasih banyak utk wishes itu =)


live a healthy life everybody =)

sheryzan said...

Its ok~~it just reminded me of my grandmother though~~hehe..no hard feeling~~
Yup...less sugar intake~~and senyum selalu~~haha..apa kah...
I believe trauma ya just sekejap jak~~hahaha...mcm kta ikut program motivasi kt skolah salunya~~2 3 ari jak motivated~~hari2 berikutnya dtg balit prangei lamak ya...hahaha...its ok if we dont hurt anyone~~live life to the max...chewah~~

A+z+i+E = AziE said...

owh... taun depan.. lamenye la hai nk jd dr ni.. hehe.. ko kje kt ne nnt? smenanjung or back to labuan?