Monday, March 1, 2010

...sambungan kisah cinta

hospital merupakan 1 tempat yang asing dan misteri bagi aku.
aku tak pernah menyukai suasana di tempat itu.
menurut ku, suasana suram dan sedih menyelubungi tempat itu sepanjang waktu.

sungguh, suasana sekitar ku mempengaruhi minda ku untuk bersatu dengannya.

bau yang menurutku aneh, memenuhi segenap pelusuk rumah sakit, sangat tak enak menyapa deria bau.

papan tanda "bilik mayat". sesuatu yang ku anggap 'berhantu' ketika aku masih kecil dulu. melihat tulisannya, melihat lokasinya jauh di hujung penjuru hospital yang jarang dilalui manusia dan tak berpenghuni, selain mereka para mantan penghuni dunia ini, cukup membuatkan aku merinding. ahh, tempat itu...


walau bagaimanapun, hospital kini menjadi bahagian dari hidup aku. siapapun yang sedang berduka meratap pemergian keluarga mereka, bau aneh yang terus menerus menyeksa, dan ruang kamar mayat yang tetap terus menerus menganggu perasaan ku, aku cuba untuk tidak peduli.

mungkin kini aku sudah sedikit lebih dewasa, tak berapa peduli tentang itu semua. mungkin dulu, itu semua gambaran menyeramkan semacam dalam filem setan, gambaran palsu semata.

aku buang jauh-jauh perasaan takut itu, walau pernah sekali ku dengar cerita,
doktor yang sedang melakukan autopsi post-mortem mayat ketika waktu maghrib, 'diganggu'...
mendengar hilaian ketawa seorang perempuan di waktu seperti itu bukanlah sesuatu yang siapapun berharap akan terjadi.
wad sakit jiwa jauh dari lokasi bilik mayat, kalau mahu beranggapan itu suara tawa pesakit mental. pengawal keselamatan di luar tidak pula mendengar apa-apa.


diganggu...

tidur malam ku pernah diganggu.
mengejut tersedar dari tidur ku, ku lihat kelibat putih di tengah bilikku. mungkin cuma khayalan.. pergi kau jauh-jauh! cuba untuk teruskan tidur ku.
kali kedua, aku tersedar dari tidurku dan mendengar suara yang memanggilku.
setelah ku cuba untuk tidur lagi, dan semua itu hadir pula dalam mimpi ku...
aku takut.

beberapa malam aku terus 'diganggu'. menurut seorang temanku yang mempunyai kelebihan indera, 'si pengganggu' mengikuti ku pulang ke bilikku dari hospital. hospital tempat 'dia' berjumpa dengan ku.
ada sesuatu yang dia inginkan dari ku. semacam pertolongan...
tapi, pertolongan apa yang dapat aku berikan? atas petua temanku itu, tidur malam ku kembali tenang.

pernah sekali di hospital, seorang teman yang lain menegurku "raf, ada 'sesuatu' yang mengikuti mu di hospital ini... dia bersifat perempuan. dia ikut kamu... dia suka kamuu... tapi jangan khwatir, dia tak akan menganggu mu"


hihi. ni bukan kisah cinta, tajuk entri ni, aku buat lawak saja XDDD

tapi entri ni, adalah serius. hihi


4 comments:

Replay said...

seram aih..serius ka nang terjadi??

Anonymous said...

Sapa yg PERNAH mngalami situasi cmni mesti akan terus mbaca entries ni smpai abiss...(sekurang2nya mereka merasa "ada juga org lain yg 'terkena' benda2 cmni selain aku huhu"...)

Allah nak tunjuk kat kita kewujudan mkhluk ciptaanNya, selain manusia >>'dlm keadaan tu'..mknanya.."mereka" nak kita sedar.....di alam ini kita bersama2 mereka..cuma mata kita ditutupi dari melihat benda2 asing ni kn?....'mcm udara'..x nampak..tapi dapat "merasai" kewujudannya..huhu T_T)....

lagi seksa kalau mata kita bleh melihat benda2 ni...hari2 rasa nak gila,nak nanges ja kalo boleh tak mo tau..atau hentikan.Tapi kalau xboleh..??humphh~ juz kata2 utk dikongsi..

kadang2 kita tidak memilih,atau sememangnya tak mahu dipilih utk terpilih berada disituasi nii..

Pd pengalaman aku,hilaian perempuan/bisikan2 halus memanggil2....lebih myeramkan berbanding ternmpak..(kalau nampak boleh lari lagi atau jerit)kalau DEngar suara je..huhu trus terdiam!tak bergerak..mat ameliar mcari dari mana dtgnya sora tu..dah la tak nampak sesapa!huhuu..cuak gila~

gangguan syaitan spt ni lah yg slalu myesatkan manusia...hmm...

kadang kita cakap kat diri kita yang kita tak takut>>tapi bila berdepan dgn situasi tu..badan kita xleh nak terima..tetap mengeletar..

"Aku mohon lindungan drpd Allah dari syaitan yg kejam..Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang hidup kekal tidak mengantuk dan tidak tidur.. kepunyaanNya yang ada dilangit dan dibumi. Siapakah yg dpt mmberi pertolongan disisi Allah tanpa izin dariNya, Allah mengetahui apa2 yang dihadapan dan dibelakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sedikitpun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki..kursi (kekuasaan) Allah itu melitupi langit dan bumi,Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar."

link to my post : older2 post....in the same situation juga
satutragedi kat gabanvoice,satu lagi kat suara karya....seksa juga ada mata cmnii.......bleh mati cpt..T_T

Yatt said...

Oiii, sengaja ni. Kau tau kan aku kat Forensik sekarang!
Aku sekali pun tak penah terfikir hospital tu tempat menyeramkan sampai aku baca entry ni.

Yatt said...
This comment has been removed by the author.