Tuesday, February 23, 2010

makin lama makin absurd, oh negara ku ini

bukan lagi rahsia umum, kalau memang kaum menjadi penentu dalam banyak perkara yang melibatkan urusan kerajaan di negara ini.

tapi kalau sampai sexist dan male-chauvinist?

ni aku copy-paste dari utusan malaysia.

Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut, peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.

Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Yim Pheng menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.

Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - Bernama


aku rasa macam bodoh. kau rasa?

lemahnya lelaki kalau sampai perlu kuota dari kerajaan untuk mendapatkan kerja

1 comment:

Liyana said...

kahkahkah, daku tak tau apa nak jadi..
tapi, kalau tadak kuota, lagi ramai kaum lelaki tak dapek masuk Uni, cik adik oi..lagi la yang nak sambung jadik cikgu..

pompuan memang tak dinafikan, memang tekun, teliti, dan fokus berbanding lelaki. Tapi lagi best kalau dorang guna semua advantage tu utk jaga anak2 sendiri. Leave the 'country' matters to men. hehe.
Baru je semalam tengok satu rancangan TV, macam mana si Husband back off dalam urusan mendidik anak2 sebab si Wifey terlalu effective (dominan) which result in the kids out-of-control behavior.
Bila women start to dominate, men somehow lebih suka berundur, naper ah?