Sunday, December 26, 2010

masih ada mereka yang berhati mulia

no, not me. its about somebody else =) later i story keh.

today i did my tugas jaga as people call it here. its like oncall lah. so i spent 12 hours of my Sunday in the emergency department - pediatric.

unusual things happened.

1. ada satu bapak arab ni, dia dengan isteri dan anak dia melancong ke bandung. anak dia cirit birit + demam. lab result shows infection. doctor try her best to explain about this to that mr. arab.
dia emosi marah2. dia kata "i haven't slept in 24 hours. i need to get my rest now, i want to go back to my hotel room". bapak arr, anak dia sakit kowt, tapi tidor dia lagi penting?? i'm telling you keh, most of the doctors work in weekend were for 24 hours shift straight, and they never ever complaint about it that they didn't get enough sleep. fine for some people might as just saying "kau kena bayar, tu kerja kau, buat apa kau nak komplen?"
doctors here, in their residency program (sambung master degree / specialist) tidak dibayar gaji.
lagipun sini aku ulang, yang sakit tuh anak dia, bukan anak doktor-doktor tuh.

2. ada satu bapak ni, dia datang pi emergency department tanya aku, kalau aku tau beberapa nama doktor yg dia tulis kat 1 kertas kecik ni. aku tanya kenapa, dia kata dia terjumpa dekat tepi jalan sebungkus dokumen rasmi medical licenses beberapa doktor, so dia ke hospital tu nak serahkan kepada para doktor tu lah.
aku pun carik la doktor yang bersangkutan. then doktor tu terkejut. dia kata memang dokumen2 tu ilang, sebab ada 1 doktor ni punya kereta tingkap dia kena kasi pecah, satu bag berisi laptop dan dokumen2 tu kena curi.
memang baek bapak tu kan ? =)

3. ada satu ibu ni, dia bawak anak dia yg demam pi spital, dia kata dia tak da duit. anak dia memang sakit. lepas tu dia start cerita mintak simpati. dia brani bersumpah atas nama Allah, kalau dia ni mangsa gunung merapi yang lalu. dia nak balik pi rumah dia tapi dia tak da duit. tapi doktor kata kalau hal tentang tu dia tak dapat tolong...
meh aku describe ibu yg takda duit tu. kuku dia panjang, cantek terbentuk. tak macam orang yang takda masa nak fikir pasal diri sendiri pung. doktor tu saran ibu tu bawak anak dia pi satu pesantren yg sentiasa menyediakan bantuan utk mereka yg benar2 memerlukan, then ibu tu menolak. how?

4. jadi, anak makcik tu memang sakit, tapi dia confess dia tak da duit. ko tau ape jadi?
ada satu doktor ni, dia hulur duit dia kat aku, soh aku blikan ubat untuk budak tu, for free!
sepanjang setahun lebih aku praktikal, blom pernah aku nampak kebaikan seperti ini depan mata aku. semoga sifat baik doktor tu dapat menjadi teladan dan peringatan kepada aku =)

5. setengah jam sebelum aku abes tugas jaga aku, datang la sepasang kembar siam. memang something yg aku sangat2 teruja lah tengok =) 1st time weh!

Friday, December 24, 2010

yippie! 1st attempt


i did post one of my painting on this blog one time, where i simply use A4 plain white paper because canvas is expensive. now the painting dah sgt rosak, because u know what happen bila kertas bertemu minyak kan. dah jadi macam blotting paper. hehe

so i have plenty of free time today, i try to paint on a canvas which i bought several months ago. (sentiasa bagi alasan sibuk). XD

this was my first attempt painting on a canvas.

dan hasilnya adalah lukisan di atas =) baru 99% siap. nanti lah kemaskan lagi. sedang teruja sebenarnya, tak sangka boleh lukis sesuatu seperti di atas, walaupun memang masih banyak kekurangan.

waktu lukis lukisan ni, saya tak perasan beberapa kali saya memegang berus warna dengan tangan kiri. saya rasa saya kidal. tapi saya menulis dengan tangan kanan. saya tak boleh menulis dengan tangan kiri. tapi lain2 kerja saya gunakan tangan kiri. menggunting, badminton, bowling, bahkan menampar orang sekalipun, saya gunakan tangan kiri. haha.



Wednesday, December 22, 2010

saya handsome, saya okay?

disclaimer: sila jangan ambil serius title entry untuk kali ini.


-pseudoctors-

-red converse-

its just wrong to leave one blog ignored from a very undivided attention, because from a very peculiar perspective point of view, its just unethical for a blogger to do so. mengarut lagi?

i'd become a very lazy person that previously i'd never know i capable off. tidor jam 8 malam, bangun jam 5.30 pagi. how was that? for a straight 2 weeks. so malam ni i berazam untuk tidur lambat sikit dari kebiasaannya, may be 8.10 pm, or 8.30 pm, so i can spend my quality time better yo, like, preparing my bed? heeee.

those 2 photos i upload this time i really loike. yang 1st tuh very the grey's anatomy virgin version kan? (nobody in the photo i can assure u, had ever having sex with husbands or wives of somebody else like those grey's anatomy characters like to do whenever they feel like it). plus, i look handsome in that photo heheheeeee.

the second one, i very the loike it because, please notice my shoes! every other color is edited, except for the shoes. those shoes memang i pakai ke hospital for practical lol. nice kan? nice kan? i thought i was gonna buy the orange one, tapi yang orange sangat expensive, so i bought the red one instead. how cool was that? heeee.

this friday is holiday. yeay! every body seems to plan something. going somewhere, eating something, playing anything, etc etc. me? aku awal2 dah plan, tido saje!

i thought at first this entry bertujuan to share my pengalaman sepanjang berada di 'department budak kecik' ini, tapi for the time being, macam very the malas. just bought 3 dvds, last night try to watch bridget jones 2, not even halfway, saya sudah tertidur.

dan saya pun sudah mengantuk sekarang ni, walaupun jam baru menunjukkan 5.36 sore Waktu Indonesia bagian Barat.





Wednesday, December 15, 2010

freemason?

nanti kalau ada masa,
korang baca lah blog ini. baru korang tau betapa susah nya idup orang lain. menceritakan tentang contoh kemiskinan Sabah.

berbalik kepada tajuk entri kali ini.
aku sangat suka baca blog2 di internet pasal benda ni. tapi aku macam masih susah nak digest.
apa lagi orang2 'cerdik pandai' kat malaysia ni. macam2 teori keluar pasal freemason ni.

cuma, tiada satu pun contoh kukuh tentang kejahatan dan kezaliman freemason yang jelas mereka2 org 'cerdik pandai' ni bagi. semua sekadar spekulasi.

sekarang la kan, aku bagi situasi, kau pikir sendiri.

menonton 1 episod "Anugerah Juara Lagu" (pernah dikaitkan isu freemason), dengan menonton 1 episod "Grey's Anatomy" yang banyak memaparkan aksi seks bebas, seks dengan laki orang, seks dengan bini orang, seks dengan siapa2 saja.

yang mana 1 membawa lebih banyak keburukan?

walaupun byk 'symbolism' katanya dipaparkan dalam AJL, tak satu pun benda2 tu mempengaruhi fikiran kau kan. tapi bila kau tgk Grey's Anatomy tu, kau mulai berfikir "seks bebas, perkara biasa".

tapi kenapa org2 asyik sibuk dgn teori konspirasi freemason mereka, sedangkan benda yg lebih jelas diabaikan?


Monday, December 13, 2010

Dan Brown

regarding my last post, i didn't mention anything about freemason.
the concept of it so hard for me to understand, yet one speculation that i can digest out of it is,
our government or maybe just some so-called leaders related to freemason.

yes! now i can relate our YBs to Lady Gaga also! because there were saying said Lady Gaga is freemason too! ra ra ra ah ahh~

if it is true that our country are under the influences of freemason,
who knows if one day, Dan Brown will write a novel featuring Robert Langdon being called from Malaysia, to solve a mystery of Freemason in our country. yes, featuring those structures claimed under influence of freemason like KLCC, Putrajaya, even the Kustem library.

ok, sampai sini saje karut marut untuk kali ini. saye sedang sakit. semoga saye cepat semboh. amin.

Sunday, December 12, 2010

seram

aku terjumpa benda ni, aku rasa seram?


ini adalah gambar yang keluar jika anda search di wikimapia "kustem cross". perhatikan kotak di tengah gambar tersebut, yang kelihatan hanya awan.



dan ini adalah gambar dulu yang sempat di-save oleh orang-orang yang sempat melihat bumbung bangunan ni sebelum gambar "terbaru" kat atas tu untuk lokasi yang sama.


dan ini petikan yang aku dapat dari sini

Wakil daripada syarikat-syarikat arkitek iaitu
Arkitek Wan Jefri , Arkitek Urbanisma Sdn. Bhd dan Arkitek Ilham
Karya Sdn. Bhd. turut dijemput bagi mendapatkan pandangan dan
idea berkenaan rekabentuk dan keperluan bangunan baru
perpustakaan yang akan didirikan tidak lama lagi. Tiga objektif utama
diadakan bengkel ini iaitu:
i. Untuk mengadakan sesi sumbangsaran dan memilih idea bernas
dalam merekabentuk perpustakaan futuristik untuk KUSTEM
ii. Untuk mengenalpasti keperluan perpustakaan Universiti dan
menghasilkan blueprint
iii. Untuk membincang dan menyatukan semua pandangan serta
syor dari perspektif pengguna perpustakaan akademik

hurm, budak tingkatan 5 pun tau setiap lukisan sesebuah struktur tu ada dari bermacam sisi, dalam bab PELAN & DONGAKAN.
takkan takda arkitek / pembantu arkitek / etc Muslim perasan waktu blueprint/lukisan dongakan atas bangunan tu ada bentuk salib, tak cakap apa2? takkan bila isu ni dah kecoh, baru sibuk nak ubahsuai (tau2 jadi bentuk star of david plak kowt? lol)

gambar di atas tu menurut dakwaan adalah bumbung bangunan perpustakaan KUSTEM.

yang menjadi pertayaan,
1. SEJAK BILA WIKIMAPIA MENGGUNAKAN GAMBAR YANG TIDAK JELAS SEPERTI TERTUTUP AWAN UNTUK SEBARANG LANDMARK?
2. even pulau labuan yang hampir tidak significant menurut kebanyakan orang pun, aku boleh tengok jelas bumbung rumah aku.
3. gambar dewan makan sekolah aku pun lebih jelas dari perpustakaan kustem!
5. aku dah search upm serdang, ums kota kinabalu, unimas sarawak, uitm shah alam. TIDAK ADA SATU LANDMARK PUN DI SANA YANG TERTUTUP "AWAN" SECARA SIGNIFICANT.
4. cuba tengok 'awan' yang menutupi lokasi yang dikotakkan itu. bolehkan anda tunjuk dimana bayang awan tersebut jatuh? sila lihat gambar awan di atas kiri gambar. nampak tak bayang awan tu? aku nak spekulasi, aku rasa mesti gambar tu dah di-photoshop oleh org2 kat wikimapia. lol

aku rasa pereka bangunan tu berniat untuk menaikkan nama malaysia dalam guiness book of record, sebab Malaysia mempunyai lambang salib terbesar di dunia? yeay!!!

syabas Malaysia!

Thursday, December 9, 2010

seatbelt

ada 3 org ni.

yang pertama, dia pakai seat-belt kalau memandu sebab dia tahu fungsi seat-belt itu.

yang kedua, dia pakai seat-belt sebab dia takut kena saman.

yang ketiga, tak pakai seat-belt sama sekali kalau memandu, sebab dia "optimist" orangnya.


anda sama dengan orang yang mana? =)

Monday, November 29, 2010

wishlist

Converse All Star Chuck Taylor Orange OX Men


kalau lah ada yang nak belikan aku sepasang ^_^

Friday, November 26, 2010

cuti cuti cuti

hari tu usha tiket airasia.
nanti ujung jan - awal feb ada cuti seminggu.
malas nak balik, so aku cek tiket gi bali.

rp500ribu, bandung-bali-bandung. dalam rm200.
aku impulsive je maen beli. murah kowt!

one way je dalam kurang lebih 2 jam.

slalu aku balik labuan, kalau tak abes dalam rm1000, tak sah.

so, Bali, here i come! XDDD


semenjak dua menjak ini,
no conflict with others, no embarrassing/stupid/ignorant moment, not even enlightening moment terjadi.
jadi, tak dapatlah aku update dengan kisah-kisah yang membuatkan adrenaline rush, mentertawakan ke-idiot-an aku, atau pun korang merasaa "waaahh!" dengan aku. hii.


laen kali lah k. ciao

Tuesday, November 23, 2010

bagiku agamaku, dan bagimu agamamu

mungkin ada yang salah tafsir apa maksud aku cuba sampaikan pada entri lepas. judul entri kali ni adalah maksud aku sebenarnya.
aku tak pernah peduli tentang apa yang disembah oleh mereka yang tak seiman dengan aku, selagi mereka tak menyusahkan hidup aku.
dan sudah tentu mereka-mereka ini yang berbeza iman menganggap agama mereka sebagai yang paling benar sekali.
mungkin ada yang mengibaratkan aku sebagai domba yang tersesat.
dan kita muslim sering saja melabel mereka yang tak seiman dengan kita sebagai kafir.

oleh itu, adalah baik jika kita tidak mencampuri urusan mereka yang berbeza iman dengan kita.

dan aku harap tiada orang kafir yang mencampuri urusan keimanan kita,

walaupun aku yakin, paderi yang mendoakan saudaranya yang sakit tadi secara kristian berniat baik, dan percaya bahwa hanya
'Tuhan Bapa di Surga' yang mampu menyelamatkan saudaranya dari kesengsaraan.
hanya saja, iman Islam tidak mengenal Tuhan Bapa, Tuhan Anak, atau Ruh Kudus.

so, back off already. if any of those people think that we people having different faith from them are going to be "DOMBA YANG TERSESAT" forever as they thought, just let us be.

i am going to keep my faith, insya Allah =)

Sunday, November 21, 2010

kristenisasi - that's what people call it here

satu malam tu, aku praktikal night-shift di resuscitation room. di sini dilakukan tindakan-tindakan yang menentukan hidup mati seseorang (witness few times that CPR really works).
atau ruang tempat di mana pesakit jantung menerima perawatan emergency dan di observasi.

jadi, adalah satu pesakit ni. dia dalam keadaan setengah sedar, dengan diagnosis Acute Coronary Syndrome - Unstable Angina Pectoris. kata lain, serangan jantung.

datang seorang lelaki, segak dan berkarisma secara penampilan luaran. menghampiri pesakit yang setengah sedar tadi.

beberapa perkataan yang disampaikan lelaki tadi kepada pesakit itu yang menarik perhatian aku

"tuhan bapa di surga"
"terimalah dia di tangan kanan mu"
"kerajaan tuhan di langit"

aneh. baru tadi aku perasan, keluarga yang mendampingi pesakit tadi, salah seorangnya perempuan bertudung.
aku lihat rekod perubatan pesakit tadi. Agama = Islam.

aku lihat lagi perbuatan lelaki yang menyebut 'tuhan bapa di surga' tadi. dia melukis salib di dahi pesakit setengah sedar tadi.

i was so speechless.

pesakit tadi didoakan dengan cara kristian, tanpa kehendak dia. dengan keadaan separuh sedar.

aku cari keluarga pesakit tadi, tanya tentang siapa lelaki yang membacakan doa secara kristian tadi.
si kakak yang bertudung itu memberitahu, lelaki tersebut abang kepada pesakit tadi, seorang paderi besar di sebuah gereja. mereka berbeza iman.

aku tak dapat berfikir lagi malam itu...

Sunday, November 14, 2010

part II

blog http://www.susu-basi.blogspot.com/

ada entri part II aku baru update. cekidaut ok XD


blog susu basi ni hanyalah sampingan saja. blog tekidingbubus ni akan tetap seperti biasa k.
janganlah kalian meninggalkan blog ku.

kalau nak baca yg kat susu basi tu, boleh emelkan emel anda ke
drraf at live dot com

=)

Friday, November 12, 2010

blog yang lain

http://www.susu-basi.blogspot.com/

baru tulis something.

tapi setting private. kalau nak baca, silalah emelkan alamat emel anda ke

drraf at live dot com

memberikan alamat emel di box comment tidak digalakkan, risiko untuk spam.

XD

Thursday, November 11, 2010


this is just some random profile on fb i noticed.

it is just so irony, the word fuck and Islam somehow adjacent, and seriously, the word fuck (as in swearing) doesn't portray any islamic teaching.


new blog

aku sedang dalam proses pembikinan blog baru.
tapi aku akan set private, kalau nak join, sila-silah emailkan email address anda ke

drraf at live dot com

blog tekidingbubus ni akan dikekalkan, tapi cuma cerita ringan-ringan je lah.

k. until then. ciao.


Sunday, November 7, 2010

Drama

department of forensic kinda fun, minus the autopsies part.
ok, there were dramas back there, which membuatkan semakin exiciting saja.

one of the dramas, i was involved. but u know, some people like to misinterpret what i wrote here and there (facebook), and one time, i was warned about cybercrime, with reason of i MEMBURUKKAN NAMA BAIK orang lain.
the thing is, there was no name ever mentioned in that particular situation. it was pure sarcastic.
police report was made ok. i surely freak out, because, i don't have money to pay for lawyer. i miskin ok. belum kerja pun.
luckily great Teachers of mine, with their clear-judgement, help me and my group to settle this problem. i want to share with you guys where and what the problem is, but surely takut nanti kena charge lagi. hoho.

so ada satu kali ni. budak yg aku bermasalah tu, dia bawak satu family dia datang untuk maki hamun aku dengan kawan-kawan aku di hospital tu.
ada bapak dia, mak dia, dan nenek dia. NENEK pun involved. tua memang tua, tapi memaki memang handal!
erm, i think that's all i can tell u about. please no insulting comment upon the story i just tell ok.
mana tau nanti korang pun kena charge sama for cyber crime. hiks XD

best thing about forensic rotation, in this department, we practically do nothing when there's no body to be autopsied. only during my rotation, there were lots of bodies. i lost counting. sangat banyak. and we started feeling nothing. during doctors and interns laen tengah lapah mayat pun, kitorang kat tepi boleh bercerita tentang makanan yang sedap di Bandung.
one time, we had J.Co donuts delivered, directly after finishing an autopsy. nobody lost their appetite.

i suppose masih banyak lagi cerita, cuma skrg dah sgt-sgt mengantok. ciao




Wednesday, October 27, 2010

mulut jangan cabul

sekarang aku posting dept. forensic.
aturan forensic ni, setiap kali ada permintaan polis untuk dilakukan pemeriksaan jenazah, kitorang semua kena datang, walaupun luar waktu kerja.

aku dah 10 hari di forensic.
sudah dilakukan pemeriksaan 13 jenazah sampai siang tadi...

sedang lepak main kad Monopoly Deal (korang kena cuba game ni, besh!), ada kawan cakap macam ni "sekarang aku dah tau kenapa lebih banyak perempuan banding lelaki. sepanjang kita di forensic, perasan tak semua jenazah lelaki? belum ada jenazah wanita."

aku pun ikut menyampuk. "korang perasan tak, semua jenazah yang diperiksa, tiada kasut atau selipar. tiada dompet. tiada cincin?"

lepas tu ada lah kawan yang buat spekulasi nakal terhadap kata-kata aku tu, kenapa semua yg disebutkan itu tidak ada pada jenazah. boleh pikir sendiri kan?

jam 3.30 petang kitorang boleh balik. tapi kalau ada panggilan telefon, semua kena datang. jam 6.00 dapat panggilan telefon.
sampai je ke kamar jenazah, ada 2 jenazah yang siap untuk dilakukan pemeriksaan.

jenazah pertama, wanita.

jenazah kedua, laki-laki. memakai cincin. di dalam saku ada dompet. memakai kasut berukuran 39.

semua yang dikatakan oleh mulut yang cabul ini, terjadi petangnya. begitulah autopsi yang ke 14, dan ke 15.

baru selesai jam 9 malam. pulang bilik, update blog dulu, facebook, mandi, facebook lagi, baru siapkan kerja XD

Sunday, October 24, 2010

berlaku adil

Berita Hairan lagi Menghairankan.

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang tidak hanya aktif menemui pelajar Malaysia di Indonesia, malah sanggup berjalan jauh hingga United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), sejak 10 bulan lalu.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Mohd Rizal Abd Rahman, berkata tindakan itu sebahagian usaha berterusan membenci kerajaan, termasuk menabur fitnah bagi mempengaruhi fikiran golongan muda.

“Contohnya, di London, pembangkang cuba meracuni fikiran pelajar Malaysia menerusi pelbagai strategi dengan membentuk kumpulan penyokong dikenali sebagai 'friends of Pakatan' (rakan pakatan), selain membuat aktiviti kebajikan seperti mengumpul derma semata-mata untuk meraih sokongan ramai (pelajar)."


Rizal Rahman tu ahli kelab umno jakarta. <--sila klik link ini untuk baca lebih lanjut.

di website tersebut disebutkan
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.


Jadi sekarang, apa salahnya kalau PR nak buat Friends of Pakatan, kalau kelab umno luar negara boleh ada?
KULN lagilah, buat program, ditaja oleh datuk datuk umno. dirasmikan oleh datuk datuk umno.



Double Standard sangat kan?

1Malaysia, bukan bermaksud semua org menurut parti politik yang 1 itu.
1Malaysia menurut aku, apabila semua rakyat merasakan hak yang sama. kalau tak, itu bukan 1M, tapi 1M kecuali (sila isi tempat kosong).

hehe.







Wednesday, October 20, 2010

demyuh

Nak tahu? Sedang kawan aku makan di ruang rehat luar kamar autopsi, ada lalat-lalat berterbangan hinggap di rambut dia, baju dia, dan makanan dia. Aku rasa lalat-lalat tu baru hinggap mayat yang baru di-autopsi. DEMYUH

ini antara cerita saya post di http://www.demyuh.com/

aku suka website tu. jangan lupa cekidawt ok!

beberapa hari lepas aku posting department forensic.
first autopsy, kami yg 1st day posting ni, aku merasakan diperdajal budak2 yg dah 4th week kat sana.
patutnya 1st day, we, so-called junior, tak melakukan, hanya observasi.

tapi tetiba dapat kabar dari mereka yg dah 4th-week, hence so-called senior, menyampaikan kabar kalau mayat yg akan diperiksa petang itu akan dilakukan oleh kami. kami pasrah.

dari luar kamar autopsi, mulai terhidu something.

bila masuk je, ada yang dah "uweeekkk". batukk, mata berair, dan lain2.

mayat ditemukan di dalam longkang, dicurigai telah meninggal selama 4 hari.

memang sangat ngeri. gambaran? mulut mayat tu dah penuh ulat.

bacaan doa dilakukan sebelum tindakan dimulakan. aku pasrahkan kerja aku hari itu, semoga diberkati Allah, dan mendatangkan manfaat kepada ku, dan orang lain.

aku sekali hampir termuntah. tapi aku tetap kena teruskan. dah jadi tanggungjawab.

akhirnya selesai.

balik bilik petang tu. aku cuba hidu pakaian yang aku pakai hari itu di hospital. bau busuk tadi masih melekat di pakaian ku. hurmm...


Saturday, October 16, 2010

musically talented?


u see, i read somewhere (i can't recall where, memory deteriorated. that's happened much if one's brain capacity is comparable to an empty can of coke) about playing musical instrument can boost up one's mental and intelligent.

i can use a mental booster for a good cause. i might stop cheating during exam, or becoming a straight As student, in extreme hypothetically situation.

i longed to play violin since i was in standard 3. never had the chance until now, since there's no violin teacher in labuan. pity this island.

violin is the most elegant music instrument, i think. and the sound its produce, so ethereal (only in the expert hands. in the wrong hands, u can't really can't distinguish it with a shriek of banshee).

so i had the chance now and i bought my own violin.
the problems are like, banyak.
i can't read the taugehs on the lines in a music sheet.
my feeling for right tempo, none.
real disaster tau.

i am giving up.
but my passion for music is still there, deep in my heart. (so a heart basically is just a large pump, pumping blood through your whole body. nothing really is placed over there, let alone your feeling for somebody).

so i am considering another musical instrument. i need that mental booster!

after doing a great search over the internet, and the library, also asking opinions from great musicians, to find the right instrument for me, (pembohongan belaka) i came to my conclusion.

Vuvuzuela.

until then, ciao


Tuesday, October 5, 2010

gigih

sebagai pelajar contoh (takut kena tindakan disiplin sebenarnya),
aku tetap menghadiri discussion tutorial di satu petang selasa, walaupun flight aku dijadualkan berlepas jam 5 petang pada hari tersebut.
aku dah kira, tak mungkin salah. add math boleh fail, tapi setakat tambah tolak darab bahagi, kacang.
selesai tutorial harusnya jam 3.oo. andai kata aku minta taxi datang jemput aku dalam jam 3.00, aku sempat untuk ke airport yang biasanya mengambil waktu kurang lebih 15 minit dari tempat tinggal aku.
tapi aku lupa, selalunya 15minit tu, bila aku naik taxi jam 4.30 pagi. time jalan masih sepi. kalau petang? hurm...
aku dari hospital pulang ke bilik aku, mungkin 5 minit kalau naik motor. motor tumpangan berbayar, orang sini sebut ojek.
jadi, kalau tak jam, dalam kurang lebih 3.20 - 3.30 aku sampai airport. mungkin kalau jam pun, akan jadi 3.45. begitu menurut perkiraan aku.


aku salah besar.
tutor aku kebetulan petang itu sangat sangat rajin. dia dibayar untuk mengajar sampai jam 3.00, tapi dia lanjut sampai 3.30. itu pun sebab aku sound dia.
"maaf doktor, flight saya jam 5.00 petang ni, boleh tak kalau saya izin untuk pulang dulu?" dengan beraninya aku bersuara.
"oh, ya sudahla, kalo begitu, diskusi kita sampai disini saja semuanya. lagian suda jam 3.30"
damn! kalau aku tau dia ni punya baek macam tu, awal2 aku mintak excuse, tapi sebab konon-konon sopan. aku ikhlaskan waktu aku.
ok. paling lambat mungkin dalam jam 4.00 aku sampai airport.

aku keluar dari tutorial room. tengok langit. mendung semacam! tak boleh jadik ni. arap2 tak ujan. taxi plak blom kol. aku try kol beberapa kali. tak dapat. aku dah sangat cuak. dalam perjalanan ke bilik dengan ojek tadi, hujan mulai turun. jalan pulak MAHA TRAFFIC-JAM. salah perhitungan. musim dekat raya ni, jalan akan superdupersesak macam shiyal.
sampai bilik, 3.45. hujan makin lebat. taxi tak dapat kol. kalau dpt pun, takkan sempat ke airport.
aku tanya kat driver motor tu kalau dia sanggup antar aku pi airport. dia kata dia sanggup.
aku kata tunggu la 10 minit lagi, manatau ujan reda.
barang2 aku ada satu kotak besar isi kek cokelat yg orang kat rumah aku suka sangat makan. 6kg.
satu baggage sedang, dan satu backpack. semua tu nak angkut naek motor? sempat berfikir aku tinggalkan saja kek tu, daripada tak sempat naik flight.
dah jam 3.55. #$%*%$@#$ pfft. hujan makin lebat. super lebat. salah perhitungan lagi.
ojek tu dah offer, nak gerak, dia sanggup. dalam 15minit boleh sampai. aku kata takpa, kita tunggu 10 minit lagi. 10minit berlalu, ujan masih lebat, tapi kurang sikit dari sebelumnya. semua barang2 aku cover dengan plastik.
TERPAKSA REDAH HUJAN DENGAN MOTOR DAN BANYAK BARANG.
perjalanan ke airport jangan cakap. lopak air sana sini. ujan lebat. angin kuat. aku berdoa je semoga selamat sampai ke airport tepat waktu.

sampai airport jam 4.20 petang. syukur counter check-in masih bukak (sebab flight delay sekejap). aku dah tak peduli. memang sangat basah time aku check in tu. akak kat counter tu paham.
abes tu baru aku ganti baju. tapi seluar tidak. sebab cuma ada baju dalam backpack aku. seluar2 aku dah checkin sekali dengan baggage aku.

aku dapat rasa SEMUA yg dilindungi oleh seluar aku, mengecut. so, aku naik pesawat tu dengan seluar yg basah ok. tapi ajaibnya, sampai LCCT, seluar tu kering total.

aku jumpa lagi 2 orang kawan aku kat airport. mereka pun mengalami nasib serupa dengan aku. sebab tak mungkin naik taxi dalam keadaan jam petang tu.

gigih kan?


Saturday, October 2, 2010

jangan seksa mereka

Kes Nirmala Bonat
Yim Pek Ha
, seorang perempuan berwajah cantik dan mantan pramugari berumur 41 tahun (sekarang berumur 46 tahun) dialah pelakunya.

Kes Siti Hajar
Jika Siti Hajar ingin menjamah lauk, dia hanya di beri daging babi oleh majikannya. Meskipun majikan tahu bahwa dia beragama Islam.

Kes Mantik Hani
Mantik Hani, meninggal… Majikannya, A Muruguan seorang penjual air tebu kini sedang menunggu hukuman gantung sampai mati.



sekiranya ini alasan Indonesia marah terhadap Malaysia, saya menyokong mereka.





Wednesday, September 29, 2010

i am 20 years old. or 16.

last raya was so interesting for me.

"Iza, ni boyfriend kamu ke?" a question from my sister's teacher to her. my sister is 17 years old XD

"kalau yang ini kerja kat mana?" soalan dari mak kawan adik perempuan aku kepada adik laki aku yang form 6, setelah mak kawan adik perempuan aku tadi beborak dengan aku dan tau kalau aku masih pelajar.

"kamu form 4 baru?" pertanyaan dari sekumpulan manusia ketika aku membuat lawatan muhibah ke sekolah hari tu.

oh ya, baru tadi, kawan adik aku chat dengan aku, selamba badak. dia igt aku 20 tahun. dia 19 tahun. wow.

hidup ini indah, lalalala~

Psych.

not the one that can read people's minds.
the one with big O at the end of it actually.

Psycho.

Psychiatric posting is fun.
i was worried the first time i enter the ward. u see, i never deal with anyone that people consider as 'not on their right mind'. if that so, then is it left mind? or front mind? or straight mind? or gay mind? ko mesti tak paham kan aku nak buat lawak apa sebenarnya? =.='

borak dengan mereka tak henti2.
paling menarik, bila setiap patient ada cerita mereka yang tersendiri. banyak dari mereka sebelumnya menjalani kehidupan biasa seperti kamu. seperti aku.


ini jadi peringatan buat kita? sihatkanlah mental kita =)

Tuesday, September 28, 2010

an english letter. i didn't know i can write a letter lol

i want to inquire about ATM usage at CIMB ATM in Indonesia.
for several weeks i've been using my ATM card at certain CIMB Niaga Indonesia ATM
without any problem, only just now, no transaction is allowed.
the ATM machine shows message "your card has been restricted".
i asked my sister back in Malaysia to help me call the callcentre to ask for assist, and she wasn't allowed to on behalf of me to activate my ATM card for international usage. she did told me however, CIMB Malaysia wanted to verify of me and my card was blocked for security purpose, and i didn't have any record of activating my card for international usage.

my sister gave me the callcentre international number +603-22956100.
i did try to call, and the officer was very kind to me, except when she put me on hold on the line, suddenly the phone call was cut by my local mobile service provider, since i don't have enough credit balance to make a long duration international call. (i almost a miskin student, u see. i can't withdraw my money T.T )

u see sir? i really need your help to overcome my problems as soon as possible, since my room rent is overdue, i need to buy text books, and i can't live by depending on cheap instant noodles only. XD
i am currently a student in Bandung, Indonesia and is scheduled to graduate on November 2011 if everything going fine as planned.
so i plan to use my CIMB Malaysia ATM card in Indonesia until the time i graduated.

i really really need your help and assist sir!

for your kindness, i thank you in advance.

salam =)


Friday, September 24, 2010

rafshionista!

*pengsan jap*

aku tak tau apa perasaan patut aku rasakan bila ada org panggil aku dgn nama tu. gembira? terkesima? derita?

so, kalau macam org tanya aku apa aku buat, bila aku kasi jawapan "student. medical student."
reaksi org, macam, "whattt??!" =.='

tapi bila aku kata "steward."
org macam, "ooowhh."

so, lebih convincing munkin kalau aku seorang steward. lol.
org kata aku bergaya. heeeeeeee







Thursday, September 16, 2010

selamat hari raya aidilfitri guys

masih belum too late kan for me to wish u guys a blessed eid fitr and have a blast! walaupun kinda late actually, like most normal people wish the others days before 1 Syawal or first few days of Syawal.

u know, adulthood is not that fun. like, things that we thought was so cool to do last time, seems so stupid now. and funny. and desperate.

there was one time during form 5, my school provide a big notice board for us to dedicate any raya dedication to anybody.
me and some genius friends of mine, decided that we should use it very well, not to waste any space of it.
kitorang pun menggunakan waktu kelas biasa, kelas prep petang, sehingga kelas prep malam untuk buat banyak kad raya paling kreatif, ditujukan untuk diri sendiri dan kawan-kawan. sangat gigih. then we all tampal sendiri kad-kad tersebut di papan kenyataan tadi.
so that time, seems like we were the most famous kids of the school. paling banyak kot dapat ucapan raya! hahaha.
desperate kan?
siap ada kad yg signed as from "secret admirer". lol.
one of my junior told me "famous nye abang Raf".

XDDD

now i'm back to my routine. what to do.
next week dah mau exam.

XDDD

Tuesday, September 14, 2010

5* Doctor


jadi aku suda decide untuk memupuk 5 sifat yg perlu ada pada seorang 5* doctor.


1. personaliti mempesona macam Siti Nurhaliza. seolah tiada cacat cela.




2. public relations skill macam MAS cabin-crews. takda nak marah-marah macam airlines yg satu lagi tu kan. ala, yang tambang konon-konon murah tu.
aku suka dorang ni sebab, they could talk to you almost about anything, everything, makes u feel comfortable talking to them. more comfortable lah than talking to your school counsellor kan.



3. keyakinan tahap dewa macam GaGa. ko tengok! dia pakai daging sebagai baju pun tetap vogue kan? memang tak takut caci maki kutukan hinaan cercaan orang dia ni. yakin je~


4. stamina seperti perserta triathlon. aku tak tau camna dorang boleh hebat macam ni.


5. otak seperti doktor. =)






Sunday, September 5, 2010

syaitan pun menangis, & penduduk setan

semuanya bermula dengan kebosanan di siang sabtu. PS2 yang slama ini cuma sekadar hiasan berdebu di atas meja, sebab waktu lebih banyak diluangkan masa untuk tidur, pun dimainkan.

game Syaitan pun Menangis @ Devil May Cry 3 yang terbengkalai pun menjadi pilihan. aku mudah bosan. kebanyakan game tak survive di tangan aku lebih dari 30 minit. apa lagi kalau tutorial game berjela-jela.


aku main dari pagi sampai sebelum masuk waktu berbuka. lepas tu jam 11 malam aku sambung main lagi, sampai jam 2 pagi, aku berhenti sama sekali.

aku hampir pitam bila melihat satu gambaran pintu di dalam game tersebut. pintu yang digambarkan, menjadi laluan keluar masuk demon dan kuasa jahat lain. gambaran pintu yang sangat dikenali oleh ramai umat Islam. pintu tersebut, seolah-olah pintu Ka'bah.

aku pun google. 80% pintu dalam game tu yang menjadi laluan para demon mirip pintu Ka'bah sebenar. memang aku jadi sangat speechless.
aku dapati, bukan cuma game ni yang menghina Islam. masih banyak game lain.

videoclip untuk scene tersebut boleh ditonton di sini

dalam game Penduduk Setan @ Resident Evil 4, ada sebuah pintu mirip pintu di Masjid Nabawi...

gambar tersebut boleh dilihat di sini
perbuatan yang sungguh biadab!
dalam game Counterstrike Condition Zero Deleted, watak dalam game melawan "musuh" yang melaungkan "Allahuakhbar" dan "Jihad"...

sebagai manusia yang lemah, aku tak dapat berbuat apa-apa atas perkara ni. rasa sedih dan marah pun, tak tau nak buat apa lagi.

cuma nasihat dari aku

-berhati-hatilah dalam memilih hiburan-



pengotor


dulu time theoretical years, tinggal dekat kawasan kampus, sampah kondom dalam longkang, atau di tepi jalan, tu pemandangan yang agak biasa.
entah la, dasar pengotor kan. sampah bukan pandai nak buang elok-elok. tak kisahla sampah apa pun, ini kan pula sampah kondom???

skrg aku tinggal kawasan kota, dekat hospital untuk clinical years. tak lah bersih mana. tapi tiada pula sampah kondom yang bersepah. sampai lah tadi.



nampak kan? tu kondom yang berikat, dalam dia berisi cairan. aku tak tau cairan apakah itu, tapi sungguh menjijikkan.
korang tau kat mana aku ambil gambar ni? atas lantai dalam sebuah shopping complex di bandung, depan sebuah kedai jeans.
time tu aku baru kuar dari kedai tu, bli sluar baru. hehe.
pastu nampak pelik semacam lantai tu, agak2 berkilat sedikit basah. aku tengok orang lalu lalang tak perasan. banyak yang terpijak.

memang pengotor la org yg buat kerja ni. dah pakai, buang la elok2. bukan campak tengah tempat org lalu lalang. gila!


Friday, August 20, 2010

setengah lulus

aku tak percaya nasib. aku percaya takdir.

waktu aku dapat tahu siapa penguji aku untuk ujian long-case, aku tiada idea siapakah beliau. sebut saja dr. T.
tapi orang lain pulak yang kecoh.
rupanya menurut legenda, sangat-sangat susah untuk lulus kalau diuji oleh beliau. mungkin 90% peratus kegagalan? legenda turut mengatakan kalau dia sangat-sangat-sangat pintar orangnya.

ok, aku start cuaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkk.
banyak orang yang aku kenali (bukan kawan, hanya orang yang dikenali) mulai berfikir negatif. maha pessimist. tidak yakin dengan aku.
nilai tambah? mereka sama dengan aku, meLAYU.

tapi aku mulai sedikit tenang (sangat sedikit tenang, tapi ok lah), apabila ditenangkan oleh tiga orang yang aku kenali (kawan) tetap sokong aku.
"Raf, i trust u, i know u can do it. just ignore all those negative thing people says about it."
"u know Raf, u should just do it. everything happen for a reason. there must be good reason behind all of this."
"dont give up to early"
ok, walaupun aku sendiri tak yakin dengan diri aku, tapi orang lain masih mengatakan hal yang menarik untuk didengari. aku hargai.
oohh, mereka bertiga India.


tapi tak semua melayu kerek. jangan risau.
waktu aku jumpa 3 orang teman ni mengadu masalah (kononnya), mereka bagi nasihat jugak.
"lulus gagal cerita lain. kau sekarang belajar saja dulu untuk ilmu kau sendiri. andaikata kau lulus, syukurlah. tapi kalau gagal, ilmu yg kau belajar takkan sia-sia."
"jangan lah putus asa, kau buktikan yang kau boleh"
"biar apa orang kata, usaha je dulu"
jadi, aku pun cuba untuk gigih belajar...

bersambung part 2. hee




Friday, August 13, 2010


closest friends. this photo was taken about 10 years ago. a friend just upload this from her collection. funny how a 10 years old photo tickles a lot of memories back then.
all the good memories, seems just happened yesterday.

yang satu dah ada anak. yang satu plak baru jadi isteri orang. yang satu baru melancong ke Bandung dan shopping sakan. yang satu masih struggle di Bandung dengan assignment, ujian, dan benda-benda lain. masih ada yang tak masuk dalam gambar ni.
yang satu jadi pensyarah di KL. yang satu jadi pegawai bank di KK. yang satu lagi, oh, jadi seorang ibu juga.

best kan zaman kanak-kanak. tak pernah fikir apa akan jadi sama diri sendiri dalam 10 tahun lagi. tahun depan, atau bulan depan. sangat2 carefree.




Friday, August 6, 2010

mimpi

aku tak paham mengapa terlalu ramai manusia memuja mimpi.
mimpi menjadi realiti a la AF lah, mimpi basah lah, mimpikan kejayaan lah.
tak satu mimpi yang dialami pun sebenarnya macam berguna untuk hidup aku yang real se-real 3D nih.
aku tak rasa pun aku pernah bermimpi tentang kejayaan. umur aku sekarang ni pun, antara mimpi yang aku masih igt, mimpi ada 4 matahari di langit, mimpi naik gajah terbang, dan banyak lagi mimpi yang tak significant. tapi mimpi yang masih sering, mimpi antu kot.

minggu lepas aku tengok cerita Inception. sorang2. macam biasa, aku lonely orangnya. jangan risau, aku tak da masalah tgk movie sorang2. mudah pilih tempat duduk, jam tayangan, serta muvi yg mau ditengok. bebas se-bebas babi hutan.
banyak org kata film ni superb. tapi bagi aku biasa saja. boring malah.
kalau muvi lakonan l.caprio, aku paling ska the aviation saje.
yang buat cerita Inception ni boring, adalah sebab cerita dia tentang mimpi orang. mau action semantap apa pun, setting se-gah apa pun, bila kau pikir balik semua tu cuma mimpi pelakon filem tu, jadi bosan. sangat bosan. bila ada watak kena tembak, kau start pikir "oh, itu cuma projection mimpi si anu, bukan org betul". atau bila watak utama kena tembak, kau start pikir "oh, dia cuma kena tembak dalam mimpi, dia masih hidup sebenarnya".
cerita ni cuma tentang sekumpulan orang yang naik kapal terbang penerbangan melbourne=l.a (kalau x salah), dan bermimpi.
ending dia pun agak mengecewakan. orang kata ending dia menimbulkan persoalan, mantap habis, unexpected.
tengah cerita aku dah agak ending dia apa, bila part mengapa alasan dia slalu termimpi pasal isteri dia. banyak filem dengan ending macam ni. 1408 oleh Stephen King. The Mist oleh Stephen King. yes, film dia a la style Stephen King. konon dah kuar dari masalah, sebenarnya tak.

kesimpulan, filem tentang orang yang bermimpi adalah tak cool


Saturday, July 31, 2010

ini adalah entri ke 1,327,558 aku bercerita tentang betapa homesick nya aku.

padahal baru 2 minggu lepas aku pulang ke tanah air, walaupun tak sampai home town aku Labuan.
sampai KL saja, tapi my parents was there too, so ok lah.
cuti cuma 1 minggu. nak pulang ke labuan, memang menghabiskan duit.
aku tumpang rumah kakak aku di bandar tasik selatan. anak-anak buah aku semua comel. rindu mereka lah.

lain dari tu, sempat lepak dengan kawan sekolah rendah. di belanja mcD. hehe. keuntungan jadi pelajar tua ni, kalau hang out dgn kawan, mesti mereka yang keluar duit. almaklumlah, aku ni ptptn pun tak langsai lagi XD

makin dekat nak selesai ni, makin homesick. membuak-buak.
tak da la dekat mana, tapi terasa bahang final year. effective sebenarnya sampai april, finalizing everything termasuk final exam. tapi lepas tu kena ikut serta program internship bawah fakulti, disebarkan ke serata alam selama 5 bulan, kononnya untuk tambah pengalaman. untuk internship ni tiada penilaian pun, just 'bekerja' tanpa gaji. ikut jadual, graduation 11/2011.

tapi aku dah sangat-sangat tired kot.

tapi bila dengar cerita senior, pulang berbakti di tanah air sendiri tak la seindah yang disangka.
dia sendiri kata dia rindu tempat ni. omG! aku dan teman-teman macam dah pakat ramai-ramai kononnya takkan rindu tempat ni.
at least walau hidup terseksa sepanjang housemanship, masih dekat dengan rumah. home.
cuma keseksaan yang luar biasa kot? kawan aku kata, sepanjang tagging 2 minggu pertama, di hospital jam 6.30 pagi, pulang jam 12.30 malam. tak sempat sarapan tak sempat lunch. dinner hanya terjamah separuh, sebab dah penat sangat, terus tidur jadinya.

aku homesick...
rindu korang semua T.T

Saturday, July 24, 2010

the book


a friend post her status as "just read a book that answer so many questions in her life" as solemn as it could be,

i don't think much before i comment it "buku masakan kah?"

and i think it was funny though , knowing that my friend ni memang sangat suka makan dan mencuba makanan heheeee

korang rasa tak lucu takpe la, boleh bukak website Failbook

Sunday, July 18, 2010

tak mau emo-emo dah

blog ni umpama buku-buku rujukan aku saja.
dah la semak tak tersusun rapi kat rak buku tuh,
jarang-jarang sekali pula di buka dan di baca.
tapi kalau kau baca, sure banyak ilmu yang kau dapat. hahahahhaahahahahah wakakakaka waka waka eh eh

ohh, layout aku dah ganti, gambar raksasa laut yang cintakan dolphin sebelum ini aku dah tukar dengan sesuatu yang lebih ceria. semoga tiada lagi komplen mengatakan blog aku ini blog horror.

jenny, aku gurau saje

11 tahun yang lepas, aku ada kenal dengan banyak orang-orang yang best.
antaranya, ada 6 yang berjaya menjadi orang yang rapat dengan aku. jadi, kami ada 7 orang semuanya. cuti tahun lepas aku ada tumpang rumah salah sorang dari mereka ni, initial D.D. orangnya. di dinding bilik dia ada tertampal gambar kami 7 orang ni yang aku rasa diambil 10 tahun yang lalu... aku terharu tau T.T
walaupun kami sejak tingkatan 4 dah tak sama sekolah, masing-masing dengan haluan tersindiri. tapi kami tetap 'keep in touch' bak kata omputeh, dan lepak sama-sama kalau ada peluang =)

hari tu aku ke KL lagi. cuti cuma 1 minggu. banyak shopping. sorilah kawan-kawan, sumbangan aku terhadap ekonomi Malaysia masih belum cukup untuk supaya kerajaan tidak menaikkan harga minyak dan gula. harus shopping dengan lebih gigih lagi nampaknya.
seperti biasanya, aku dulu, kini, dan selamanya akan tetap kagum dengan semangat orang-orang buta yang mahu berusaha ni. kau mampu tak naik bas, tren, sampai tempat kerja, dengan mata kau tak melihat apa-apa?
aku dah berdiri (sebab dah sesak) dalam bas waktu tu kat stesen rapid kl bandar tasek selatan. bas blom gerak lagi.
aku nampak ada seorang makcik buta bertudung agak berusia jalan dengan tongkatnya turun dari tangga di stesen itu. aku terus perhatikan beliau. dia terlanggar 3 orang remaja perempuan yang aku rasa sehat mental dan fizikal sedang berdiri dekat tepi jalan. dak-dak tu pun hanya memandang makcik tu saja~ tetiba ada sorang laki agak berusia, seorang india aku rasa, mungkin mempunyai masalah pendengaran (aku nampak ada alat bantu dengar di telinganya) datang memimpin tangan makcik tu, menanyakan sesuatu kepada makcik tu, dan dipimpin hingga menaiki bas.
kau nampak apa point aku di sini? beza kaum, umur, jantina, serta mempunyai kekurangan tak menghalang seseorang untuk melakukan kebaikan =)

ada satu waktu tu, aku dalam tren yang dah sesak. aku tak dapat tempat duduk waktu itu, tapi takpa. masih ada 3,254,185 lagi orang lain yang tak dapat tempat duduk. sia-sia nampaknya mantan perdana menteri kita buat spot check kat satu penyedia perkhidmatan pengangkutan awam suatu masa dahulu.
jadi, adalah sorang pakcik tua ni, melayu muslim aku rasa. dia dapat tempat duduk, diberikan oleh sorang yang baik hati ni.
sorang yang baik hati ni, seorang lelaki tua juga, tapi mungkin masih mampu untuk berdiri dalam tren yang sesak itu, berbanding si tua pertama yang memang kelihatan tak mampu berdiri lama.
sedangkan masi banyak anak-anak muda lain waktu tu, tapi tak menawarkan tempat duduk mereka?

nanti len kali aku sambung lagi =)



Sunday, July 4, 2010

applying job online?




permohonan bekerja melalui facebook.

erm, amacam, korang rasa Anwar akan ambil dia bekerja tak? kan jawatan Saiful sekarang bukan kah kosong? heeee

Thursday, July 1, 2010

hilarious

there is this 26 years old woman involving her DAD in our very ridiculous pseudo conflict.

she told me about this another girl saying bad stuff about me at my back, while being nice in front of me at the same time.

yes, i asked that girl if that stuff really happened.

the girl said, if i want an answer, we 3 should have a talk.

by the way, these 2 people, their conflicts were legend.

the 26 years old woman refuse, and saying if we want to talk, her dad should present too. she don't want to talk to us unless her father is there.

i said ok, watever, u want to play childish, i just into the game lah.
being childish is my specialty too.

now, can you imagine the situation? thank you XD

Saturday, June 26, 2010

gempa

wah, provok lebih judul entri kali ini.
kau tak cuak, kalau tgh2 kau tunggu turn kat kaunter nak bayar t shirt baru yang sangat cantek, tiba2 bumbung shopping complex ternama lagi terkemuka tempat kau berada runtuh?
tak merasa lah nak pakai t shirt yang cantik itu kan, mana tau t shirt tu tertimbus ke, koyak ke, jadi kotor berdebu ke.

well, tak la sampai bumbung runtuh. cuma, tetiba, line tgh panjang, orang2 sibuk berlari keluar. aku cuma nampak peluang untuk lebih cepat sampai turn aku saje.
peduli apa org lari keluar kan?

tiba2 ada orang jerit, "gempa! gempa!"

err, aku rasa bohong kot? aku tetap steady ketatkan kawalan keselamatan terhadap posisi aku dalam line kat kaunter tuh, aku takkan terpedaya dgn tipu muslihat org, aku fikir.

bukan aku sorang saje ok yg pentingkan baju baru yang cantik dari keselamatan diri, makcik tua kat blkg aku pun tak berganjak!

aiyyoo, gempa ke? baju2 yang masih display dekat rak masih berayun. macam tuh jugak flyer yg bergantungan dari siling kedai tuh.

ahhh, bayar dulu la, aku tak rasa apa2 pun. mungkin itu cuma ilusi semata.

aku kuar dari kedai tu, tgk kedai2 lain banyak dah turunkan grill, tutup kedai. shopping complex tu pun terasa agak kosong.

tiba2 ada suara dari speaker mana entah, beri pengarahan tentang keselamatan pengunjung sempena gempa tersebut.
tengok ramai je org kat luar berkumpul, sambil bergambar, sebab terlalu meriah suasana kat luar shopping complex tu.

oh, ok. memang gempa rupanya. takpa, yang penting syukur aku selamat, dan aku dapat beli t shirt baru! XD

err, aku rasa aku ada minor problem keseimbangan badan. so, most of the time memang macam agak goyang aku rasa. so kalau gempa betul, aku tak perasan, sebab macam dah biasa?
sebab tu lah jugak aku tak reti sangat naik basikal. hoho


Saturday, June 19, 2010

baru

notice the new template? Red curtain!
i just want to add more personal touch to this blog, so it will reflect me much more than it did previously , only then u will get to know me a little more closer than u had ever imagine *puke*

why red curtain, u might ask *ahem. take a deep breath. exhaled slowly*

tabir merah merupakan awal dari kehebatan sesebuah persembahan yang elegan. hanya mereka yang benar-benar berbakat layak berada di belakang tabir merah ini, seperti aku.
hanya saja kehebatan bakat ku belum terserlah, selagi tabir merah itu tidak diselak.
bakat yang terpendam dan memuncak, menunggu waktu untuk melakar mahakarya di persada dunia.

aku sendiri rasa jijik dengan statement di atas ini ye kawan-kawan. hehe

yes, ade konflik baru.
aku yang sensitif ini, sgt tidak dapat menerima apabila ada orang memberikan komen durjana

"ketua macam apa ni? ketua tak guna" right into my face

hanya kerana aku tidak mengumpulkan log book untuk ditandatangani oleh pensyarah.
celaka.
kalau bijak sangat kenapa tak pergi mintak sendiri.
bila aku cakap "relax la, dulu waktu group lama aku pun, kitorang sendiri pergi mintak tandatangan dekat pensyarah".

dia jawab "tu sebab ketua u all dulu tak guna kot".
celaka 2x ganda ok.

wah, aku dah malas nak carik gaduh depan2 dah sekarang. kalau dulu, sah2 aku ludah muka minah tu ok.

mulai hari ini, saya akan berazam untuk update blog saya setiap hari sama seperti menulis diari, dengan menulis kejadian-kejadian penting mahupun tidak yang saya lalui.


saya bangun tidur jam 3 pagi di bilik kawan saya yang jam 4 pagi dia kena gerak pergi airport.
lepas dia blah, saya sambung tidur balik di bilik dia. bangun2 lagi, dah jam 9 pagi.
walaupun bukan bilik saya, saya selamba bukak peti ais dia, makan cokelat beng-beng dia satu bar, dengan wafer.
saya kumur2 lepas tu dengan listerine dia.
lepas tu saya tengok MTV. dia sangat kaya, di bilik dia ada Tv satelit.
tiba2 MTV mengembalikan ingatan saya kepada zaman muda remaja, waktu terluang hanya untuk MTV. sampailah saya dipaksa untuk sekolah asrama. setelah itu lama tidak ada kabar berita dari MTV.
sampailah tahun lepas sekitar bulan ogos, saya ditertawakan oleh adik saya darjah 6 kerana saya tidak kenal Lady Gaga. cis!
oh, berbalik kepada diari saya.
dear diary, lepas tu saya keluar dgn kawan utk lunch makan cordon bleu, makan cheese kek 2 ketol, dan minum yogurt. sakit perut, tapi tak berak2. hurm.

lepas tu balik bilik, tengok glee episode akhir utk kali yg ke 5. saya tak tipu. saya sgt suka episode akhir ni, terutama lagu Bohemian Rhapsody tuh.
lepas tu tak buat apa yang penting, saya surf internet, update blog.

sekian





Thursday, June 17, 2010

to sir with love

not that i fall in love with anybody i call a "sir", it just i really love the song after watching the Glee cast performed it on one episode.

the kids (kids? Mercedez Jones real age is 24) sung that song dedicating to their teacher/coach Mr. Schuester.

The time has come,
For closing books and long last looks must end,
And as I leave,
I know that I am leaving my best friend,
A friend who taught me right from wrong,
And weak from strong,
That's a lot to learn,
What, what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start,
But I, would rather you let me give my heart,
To Sir, with Love


the kids loves him not because he teach spanish amazingly their grades are thru the roof, they loves him because he inspire.

teacher is one great profession of having chance to inspire people, especially kids and teenagers in their labile years.

to my fellow friends, teachers and future teachers, use your chance of improving the world for a better place to live wisely =)

btw, u know what is the word in latin for teacher? hehe

The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires. ~William Arthur Ward

Monday, June 14, 2010

tonggang langgang

aku kembali.
aku nak sambung menulis lagi, terus berkarya, meluah semua rasa yang ada di benak fikiran.

cewah XD

walaupun stress, tapi live life gorgeous and fabulous!

cuma sekarang keadaan aku yang agak tonggang langgang.

kepala berserabut (bukan fibrosis)
sakit hati (bukan hepatitis)
tapi sabar je lah.

bilik pun bersepah, kalau kau masuk bilik aku, nescaya kau akan tersesat di dalamnya tidak menemui jalan keluar,
tapi kau akan menyukainya, kerna fridge aku terisi makanan yang enak2.

until then, see ya

Saturday, June 5, 2010

homesick?


i guess i was complaining too much.
although i am far away from the people and places i love, i still can do things that i like,

such as sleep like piig.
wake up, find something to eat, and sleep again. just like piig. see the similiarity?
although piigs are known as the laziest animal on earth (or at least for me), they still serve their purpose right. getting chopped, and served as bah-kut-teh. or mee kolok. or canned. or whatever.
piig pun berjasa kepada sesetengah manusia kan? walaupun org islam tak makan.
ada baiknya ada piig ni, sebab kalau piig haram utk semua, permintaan untuk daging2 haiwan lain akan meningkat, dan harga utk beef dan lain2 daging akan jadi super mahal.

jadi, aku kenalah berguna kepada orang lain, barulah hidup tak lebih hina berbanding piig.

hehe.

ooh, back to the topic. feeling homesick is a blessing i guess, because u see this photo below



jangankan merasa homesick untuk merindui orang-orang yang mereka sayang dan masih hidup dari jauh, tidur nyenyak di malam hari pun aku rasa tidak? (gambar: mangsa kekejaman Israel)

i should count on my blessings...



Sunday, May 30, 2010

dulu?

aku saja baca-baca kembali messages di inbox friendster aku.
dulu awal2 aku di bandung ni, fs lah yang kept my sanity. dapat aku berkomunikasi dengan kawan2 di sekolah dan matrikulasi dulu.

memang nostalgia mesej2 tuh.

saja nak berkongsi 1 mesej di sini yang aku dapat pada 3/10/2006.

"aku baru jak bc ko pny blog... aisey.. ko lah idola
aku..
rindu la ngan ko... byk ckp.. byk informasi.. keep
up.. aku prnh ckp kan yg aku jeles ngan ko.. hny
sbb ko terer bcakap... dan apa yg ko ckp ada
faktanya.. bukan macam aku d sini ni.. merapu jak
lebih... mencapap lg tu... na kan byk perkataan
baru aku dpt d s'jung ni... mcm gampang... tp d
indon kalau aku x silap, gampang tu sumthing yg
baik an.. o.kla.. salute ngan ko.. apa yg ko ckp ko
btulll2 kotakan.. I wish u all da best..."

senyum aku baca mesej kawan aku tu. waktu tu aku tulis blog di http://www.peppermintfresh.blogs.friendster.com/

aku rasa aku sangat berbeza dengan aku yang dulu...
aku macam hilang punca sekarang ni...
hilang semangat...

a loner...

Friday, May 28, 2010

gleek?


posing as gleek. yippie! my pestaim! tapi mood gleek tak ngam ngan emo? takpe takpe. hehe.

emo?


asalamualaikum semua,

dah sangat-sangat lama kan tak update. macam kadang rasa sgt lost interest in writing anymore.
makin apathy.
makin tak berperasaan.
setiap hari fikir benda yang sama. rumah.
ya, aku sangat homesick.
kalau nak aku senaraikan apa yang aku rindu, memang endless list. tapi antaranya, kawan-kawan aku lah. sebab sini, aku macam teda kawan. sedih kan? hehe.
sabar lah. insya Allah, september 2011, selesai lah aku di sini.

akhir-akhir ni pun, memang agak emo. jadi sesuailah tema blog aku skrg, tema emo. poyo, aku tau.
macam banyak perkara menganggu jiwa, tapi tak jelas apa.

buat sementara waktu, hayatilah gambar di atas tu, dan, jangan kaitkan dengan aku ok.


aku sangat rindu zaman sekolah




Tuesday, May 4, 2010

ini bukan entri lucah


bila ditanya apakah kelebihan lelaki dibanding perempuan?

aku blurr ok. tapi setelah memerah otak, aku jawab

"erm, bagi akulah, katalah kalau dada aku gatal, aku takda masalah untuk garu dada aku yang gatal itu di tempat awam. kalau perempuan berani tak?"

XDDD

maaf, tak berniat menyinggung sesiapa.
nantikan entri yang lebih sampah dan sia-sia.
sekian.

Thursday, April 29, 2010




satira di atas, memang apa yang sentiasa aku rasakan.

cerita lain.
kadang, apa yang aku ucapkan, hit me back. macam kemarin, aku cuma berlawak. ditanya oleh kawan, mengapa aku begitu rajin?
dengan nada a la meminta simpati dan memasang ekspresi melankolik, aku menjawab "jauh-jauh aku datang dari Malaysia ke sini untuk belajar, takkan la aku nak mensia-siakannya... kalau nak bermalas, tak payah datang sini hidup susah-susah. di rumah sendiri pun boleh"

bila fikir balik, wow! aku mampu menutur kata tanpa memikirkan terlebih dahulu erti dari ucapan ku. serius selama ini tak pernah terlintas pun di fikiran. sebijik macam ahli politik! cuma kalau ahli politik, menutur kata dengan 2 tujuan.
1. membuat diri sendiri kelihatan hebat.
2. membuat musuh kelihatan terlalu banyak kesalahan.

habis mengucapkannya, aku diam sendiri. ada benarnya. kenapa harus bermalas? tak perlu sekolah jauh / mahal / membebankan mental dan fizikal kalau hanya mahu bermalas.

tengoklah nanti kalau memang betul niat untuk merajinkan diri datang. semacam tunggu pencerahan untuk lebih rajin, walau orang lain dah kata aku rajin. dan terlalu skema?

oh, dan ke-skema-an aku selalunya pain in the ass buat mereka yang sangat bedebah. bedebah-bedebah yang menipu para guru, menyusahkan para ahli kumpulan, dan memperkasakan kebodohan diri sendiri. bedebah-bedebah jahanam. tapi mungkin nanti aku cerita. apabila blog ini lebih private.

dan sampai sekarang, aku tak faham bila ada rakan-rakan yang masih menyalahkan orang lain terutama ibu bapa mereka atas PILIHAN YANG MEREKA SENDIRI BUAT bila mereka datang ke sini untuk belajar kedoktoran.
memang ibu bapa boleh memaksa, tapi akhirnya yang kata iya atau tidak, bukankah diri sendiri.
katakan saja TIDAK bila kau tak mahu mengerjakan sesuatu. jangan kau salahkan orang lain. orang lain boleh memaksa, tapi tetap kau sendiri yang menentukannya.

p/s - i get bored with the last template, so i decided to change it. the last template was so me. plain, dark, and twisted. aisehmen.