Sunday, December 13, 2009

phewww...

phewww...

akhirnya rotation ObGyn akan selesai. tinggal ujian je, semoga lancar.

kali ni aku nak cerita pasal patient lagi, tapi bukan cerita sedih. ni pasal cerita aku menyampah dengan suami sorang patient nih.

patient/keluarga patient ada hak sepenuhnya untuk menerima atau tidak pendapat petugas kesihatan, mereka berhak mendapatkan info dari mana2 sumber yang boleh dipercayai termasuk internet, kerana sebarang tindakan perubatan yang akan dilakukan akhirnya keatas diri mereka juga.

patient's autonomy is the first principle of medical ethics.

yang tak bolehnya, EMOSI TAK TENTU PASAL.

jam 3 pagi semalam, adalah ibu ni yang sedang hamil anak pertama, dan akan melahirkan.
setelah dilakukan history taking dan physical exam, etc, akak bidan ni pun tanyalah ke si suami si ibu ni kalau bawak extra kain sarung. si suami kata ada, tapi bukan dengan dia. si akak bidan ni pun mintak la si suami ni ambilkan, utk persiapan si ibu ni bersalin.
boleh si suami tuh dgn attitude berbunyi "ISHH!"

mangkuk sungguh! yang nak melahirkan tu isteri dia, bukan aku! kenapa perlu dia menyampah dgn perkara tuh?

pastu aku blah dr tempat kejadian. tak lama lepas tu akak2 bidan disana pun turut kesal dan menyampah dgn kelakuan lain oleh suami patient tadi.


sampai 1 kali, aku membetukan IV catheter (hos yang dicucuk di tangan patient utk memasukkan fluid) si ibu tuh. aku agak terkejut ada gelembung udara (berisiko untuk embolism) dalam hos tuh, dan kerana aku suka berekspresi berlebihan, aku pun "alamaakk!"
terus si suami itu datangg dengan gopohnya, berbunyi "kenapaaa??? salah yaa??" dengan nada ceria (bukan risau ok, tapi CERIA).

sial. seolah2 sengaja carik kesalahan petugas kesihatan. terus aku pun kata "bapak, tadi si ibu ke kamar mandi, dan IV cath.nya dimatiin, emang biasa sih kalo udah gitu, diidupin lagi, suka ky gini, tapi gak apa2, ntar saya minta teman saya benerin"

lepas tu si bapak tu pun consult lah keadaan si ibu itu dengan doktor residen (doktor umum yang sedang belajar untuk jadi doktor pakar) tindakan selanjutnya terhadap si ibu itu. doktor menyarakan untuk lahir per vaginam (lahir normal), tapi si ayah request pembedahan seksio cesarea / cesarian-section. aku tak paham kenapa, tapi mungkin si ayah dah buat research dulu, so dia tak kelihatan bodoh? (fyi, dia seorang engineer). dah gitu, dia taknak doktor residen yang operasi, dia nak specialist taraf consultant ok. mana2 jelah, duit dia, isteri dia pun.

tapi dia tak perlu request dgn emosi, dengan attitude seolah2 memandang rendah we all. aku tau dia penat, dah jam 3 pagi. tapi we all pun penat jugaaakkkkk. doktor2 residen tuh shift dekat 24 jam (shift dari 7 pagi sampai 7 pagi). bukan doktor je perlu baik2 ok. patient dan keluarga pun perlu!

si suami, beberapa kali diminta utk tunggu diluar ruang emergency ObGyn, tapi dia tak keluar. pandai2 dia carik kerusi dalam ruang tu untuk duduk. damn! aku pun dah berjam2 tak sempat duduk!
dia diminta keluar, sebab, ruang tu kan emergency obgyn. yang diperiksa kan para ibu2 yang akan dilahirkan. korang tau tak antara pemeriksaan ibu2 hamil macam mana???
segala bagian yang dianggap sulit dan memalukan (maksud aku kemaluan. heheh. memalukan ke?) diperiksa. jadi, kesiankan ibu yg lain, kalau ada kehadiran lelaki asing di ruang tu?

lepas tu akak bidan tu mintak lah dia pi hantar darah ke lab utk pemeriksaan, punya lah cerewett!! hello, sekali lagi yg nak melahirkan isteri dia, bukan orang lain!
dan dalam kesempatan itu, akak bidan menyembunyikan kerusi tadi. hahahahahaahah.

ok, lepas tu, si suami tu pun datang la balik ke isteri dia. dan 1 benda aku perasan, dia seolah2 marah isteri dia!

anjing. isteri dia nak melahirkan anak pertama hasil hubungan dia dengan isteri dia, dia nak marah2 isteri dia pulakk. kalau isteri dia pregnant anak org lain, tak kesah la.
langsung tiada nampak kemesraan dia dgn isteri dia, macam bakal2 ayah yang lain yang menanti anak pertama.
btw, seorang ayah takkan pernah dapat merasakan kesakitan seorang ibu yang melahirkan anaknya. tanya lah semua ibu2 ttg pengalaman pertama melahirkan, kebanyakan pasti jawab "rasa macam nak mati".
so, hargailah isteri sendirii...

sini aku describekan penampilan si ibu dan suami tu.
si suami tu, rambut kemas, botak, berjanggut. kelihatan seperti seorang yang taat agama.
si isteri pula, berwajah lembut, bertudung, juga kelihatan seperti seorang yang taat agama.

*oh ya, pernah cerita lain (tempat lain, dan orang lain), si ayah cakap macam ni "tak nak lah temankan dia (isteri dia yang akan melahirkan), menyampah tengok dia!"*

aku dah malas nak peduli si suami tuh, baik aku berbuat baik dgn patient dan keluarga patient yang lain, kerana mereka baik dgn aku, dan aku senang hati tengok bakal bapak2 yg lain mesra je dengan isteri mereka, dan mereka lebih menghargai we all.


pesan aku, kalau taknak jadi ayah, jangan buat anak. ciaoo










4 comments:

jenny ngeian said...

1:tu anak org lain
2:dah tak sayang bini
3:bodoh secara tak langsung w/pun engineer

A+z+i+E = AziE said...

wa~! lame x dtg blog... suda baru cm pakcik lidi... huhu.. like da old 1 more... huhu

sabar ea dr. -tu jek yg ak mmpu ckp-

oranglidi said...

rase nak tampor si suami tu. cilakak.

Dayangku Nuraini Wahed said...

sgt setuju!