Friday, November 27, 2009

On Call


on-call merupakan perkara yang memenatkan kepala, badan, kaki, dan hati.
walaupun, bunyinya seperti sesuatu yg cool, tapi jangan salah tuan-tuan dan puan-puan.
on-call ni sebenarnya... lain kali aku cerita.

jadual on-call dan jadual praktical macam ni.

katalah hari isnin practical di hospital dr jam 7.00 - 15.30.
jadi on-call jam 16.00 - 06.00 pagi esoknya.
dan practical hari selasa akan berjalan seperti biasa dr jam 7.00 - 15.30 lagi.

dalam seminggu, ada dalam 3 malam kena on-call.

kerana on-call ni merupakan sesuatu yang membebankan, beberapa kelengkapan perlu disediakan.


1. "Scrubs"
- baju on-call, macam yg warna biru dalam gambar ni. tapi kami pakai warna kelabu. baju ni, aku pun tak tau apa sejarah dia. tp sgt tak fashionable, tp design dia sangat selesa lah untuk dipakai sewaktu tidur di meja, tidur berdiri, ataupun tidur di lantai.



2. Stethoscope
- benda alah ni. hurm. wajib ada. sebab, selain untuk digantung di leher kemana pun seorang undergraduate pergi (biar org kagum dgn dirinya, konon2nya dah doktor), benda ni 'boleh dipinjam' oleh para doktor residen yang tak memilikinya (kadang2 setelah 'dipinjam' oleh mereka, anda takkan menemukan lagi benda ni. so? beli baru T_T ) . apa lagi sekarang aku posting di O&G. doktor O&G tak berharap pada stetoskop ok, tu pasal kebanyakan mereka tak punya. mereka berharap pada benda di bawah ni

Speculum
benda ni gunanya untuk... hoho.



3. Aneroid sphygmometer
benda ni digunakan bersama stetoskop untuk memeriksa tekanan darah orang lain dan diri sendiri yang semakin hari merasa semakin tertekan dan gila.



4. Pen & Kertas
-benda ni utk mencatat sebarang apa2 yg dirasakan perlu dicatat. antaranya, hasil history taking patients, dan juga pesanan makanan para doktor residen.




5. Selipar Jepun
-sgt practical. selain murah (so kalau ada org curi, tak fikir panjang untuk beli baru!), selipar ini turut menyediakan perlindungan yang sgt minimum kepada si pemakainya.
kaki aku dah pernah kena air ketuban, air dari paru2 org, darah, kencing yg terlepas dr catheter, dan sebagainya.


6. Ipod (dan lagu-lagu Zee Avi, Siti Nurhaliza, Hujan, & Nubhan)



*double-check
*all checked
*now ready to enter shift of on-call
*headache

9 comments:

Izzah Haneefa said...

allo...thx for da ari raye wish!

u ni doktor ke?

if so,shall i call u doc?

ruffey said...

not yet. still undergrad. hehe.
even i am one, tak perlu pun. sesuai nama dalam IC saje =)

QuantumDecipher said...

haha..oii baju doktor kot..memang lah x fashionable..soo..lepas berjaya jadi doktor nanti..aku harap ko boleh jadi perintis mereka baju yang sgt fashionable kepada para doktor di malaysia..sekaligus menukarkan doktor berwajah nerd kepada doktor HOT..huh!!! ^_^ dan mgkn aku antara pelawat setia hospital2 kat msia ni..

SePuLaH said...

Nice...Zee Avi...
Kapan habis pengajian?Hehehe.Nanti ko sudah kerja aku dapatkan rawatan dari kau la...

Izzah Haneefa said...

oh...yelahh..ruffey ye..ok..
smoga sukses n happy slalo ngan krjaya yg u pilih...bnyak doc yg saye kenal mngeluh sbb pilih krjaya ni..smoga u x camtu..=)))

A+z+i+E = AziE said...

weh raf!! ak ske ko la weyh!!! haha!!! tuan dr.

BoZaki said...

On call ko bergaya juga. On call kami tatap pakai baju kemeja, labkot dan formal2 ni. tak best. Scrub pun tak ada. Except kalau ONG tu ada pakai gaun plastik la, atau kadang2 scrub biru tu. On call kat area lain tak ada pun.

On call, aku pandai escape sudah on call. malas. baca buku lagi bagus...nak final exam sudah ni.

ruffey said...

QuantumDecipher,
nak fashionable? cam na tuh?
kalau skrg, dah bervariasi, tp cuma warna lah. kalau O&G hijau. kalau Pediatrics pink. Int.Med biru. dan laen2. kalau kami undergrad, kelabu sajee.
doktor hot? jadi rajin dtg spital? hahahah XDDD

SePuLaH, boleh2. perawatan, tp takda caj member2 ok. XP

Izzah, semogalah =) doa org lain lebih bermanfaat banding doa diri sendiri, so doakan saya =)

Azie, lol. aku pun ska kat hang. kat lain2 pembaca blog ni gak. cam ne tuh? ^^

BoZaki, ya bahh? hahaha. cam na mo bergerak wo?
kalo o&G, pakai apron plastik. ari tuh aku takut kena ketuban, komplit dgn boot getah tuh, dgn pelindung muka skali. lol.
on call, hehe. nda brani escape. bukan takut personnel spital, tp takut dgn member2 yg tak puas hati kalau tak adil jadual oncall XDDD

::alifdalmim:: said...

siannya..mcm keje 24 jam..tapi tak per..keje menyelamatkan org keje yg mulia..hehe