Wednesday, November 25, 2009

miss me, miss u

hiks. dah lama tak dapat peluang update. skrg ni rutin aku, hospital - bilik (tidur sahaje) - hospital.

satu minggu sampai 3-4 malam tak tidur. istilahnya, 'on-call'. dengar cam sibuk je kan.
macam je lah. tapi tak pun. most of the time, hanya menunggu waktu on-call selesai.
jadinya, aku penat tahap bapak dewa.
sebab aku kebiasaan tidur 9 jam sehari.

skrg baru ada peluang nak update. rindu aku tak? aku rindu kat korang XDDD

Kisah 1
di lingkungan aku, aku mungkin terkenal sebagai seorang yang sangat rajin membaca. kalau tiada kerja, memang aku akan buka buku, dibanding teman2 lain yg lebih senang mengerjakan perkara lain, seperti berbual kosong.
lepas tu, adalah sindiran2 nakal "wah ruffey, rajin nya engkau, nanti ujian mesti A"
ataupun "wahh, rajinnya, memang orang paling pintar satu hospital ini"
atau lain2 ucapan yg sebenarnya menurut aku, tak perlu.

aku membaca (belajar) bukan sebab aku pandai, aku membaca sebab aku tidak tahu.
kalau aku sudah pandai dan sudah tahu, kenapa perlu aku belajar lagi?


Kisah 2
kemana2 aku pergi di sini, ada 3 soalan yg paling sering ditanyakan.
1. asal dari mana
2. islam atau bukan
3. sudah punya pacar atau belum
seriesli, memang selalu sgt.
hampir setiap kali ke tempat baru. walau berurusan di bank pun, ditanya sama akak kat kaunter tuh.
1. soalan ni, selalunya aku tak jawab direct. aku suruh org teka. and mostly akan teka kalau aku dari Jakarta. hehe. Jakarta lah sgt. lepas tu kalau aku kata aku dari Malaysia, banyak yang tak percaya. sampai 1 kali tu, aku keluarkan IC aku utk buktikan aku dari Malaysia.
2. aku tak tau napa soalan ni ditanyakan. aku pakaian masih menutup aurat. tak bertindik. bertatu. mungkin kurang serban. hehe. tapi banyak org ingat aku Cina? aku tak rasa aku mirip Cina pun. mungkin macam Siam. lol XDDD
kalau aku shopping di KL, mostly promoter yg chinese akan berkomunikasi dgn aku dlm Mandarin pada awalnya. lol.
3. pacar oh pacar. soalan ni biasanya aku takkan jawab. yg tanya soalan ni, dari makcik2, akak2, sampai lah adik2 junior. oh ya. abang2 pun pernah tanya. lol XDDD . akak dekat bank pun tanya soalan ni. waahh. soalan ni masih menjadi misteri, dan soalan paling feveret (lol, tak lah misteri mana, malas je nak layan soalan ni, biar org tertanya XP )


Aku sedang hepi dlm menjalani hari2 aku sbg seorang intern di hospital, walaupun penat.
semoga kepenatan aku terbayar dgn ilmu yg aku dpt, dan dpt mendatangkan kebaikan kepada diri aku sendiri, dan orang lain =)



5 comments:

jenny ngeian said...

tumpang tanye..sudah punya pacar atau belum?

Dayangku Nuraini Wahed said...

alhamdulillah kawan ku... bila bisa punya pacar? hahahaha

preci0us sharihana said...

muka pan-asia kot.
hik.

SePuLaH said...

Lo dari mana? Islam ngak? Sudah punya pacar belum?hahaha...Em...

Nanti ruffey upload la gambar time ko di sepital, time bedah orang ka..really curious you know...

ruffey said...

jenny, dayang.
no comment. >.<

sharihana,
lol. aku nak macam Edward Cullen boleh?

SePuLaH.
haha.
tak la, malas nak ambil gambar kat spital.. tp tgk la nanti kalau dah ada kamera k XD