Thursday, October 22, 2009

berkongsi kegembiraan

ada orang tafsirkan berkongsi kegembiraan tuh, adalah dgn menceritakan kenapa dia sedang hepi, dari blog, ym, facebook, skype, twitter, sampai fs dia bercerita dia sedang hepi. mcm org peduli je kan? =P

korang rasa tu ke maksud 'berkongsi kegembiraan'?

bagi aku la, berkongsi kegembiraan tu, bila seseorang tu sedang gembira, dia pun buat orang lain gembira gak. contohnya, si X ni baru dpt kerja, dia tgh hepi, so dia blanja kawan2 dia makan, macam tu =P
dia gembira sbb dpt kerja, kwn2 dia gembira kena blanja dia. hehe

so, sapa2 yg sedang gembira tu, sms2 lah aku, ajak makan? lol.


*

cerita lain

tau tak, impian aku, nak kerja kat McD? kerja part-time cam tu lah, bukan nak jadikan kerjaya pun.
aku rasa cam cara/cool/kool/keren jer kerja mcD. kemeja uniform dia belang2, pastu bakai beret.
pastu, boleh makan mcD free!!!! aku paling suka dessert kat mcD, terutama shakes diaa. wowiieeee.
so, dulu, labuan mana ada mcD. skrg dah ada, jalan kaki dari rumah aku pun sampai (tapi berpeluh-peluh laa).
aku cek2 lah jadwal aku, bila lah aku free nak kerja part time kat mcD. jumpa pun! mengikut jadwal, aku abes bljr 08/2011, dan grad 11/2011.
so, cuti tu, aku nak kerja mcD laahhh.

kalau rajin, aku nak jadi guru sandaran biologi gak. hehe.

*

cerita lain lagi

akhir2 ni, aku sgt tak cukup tidur. dah 3 hari aku tidur 7 jam jer setiap harii.
kalau dulu, aku slalu dpt tidur 9 jam sehari. tak leh jadi, mlm ni nak tidur awal!

ciaoo

Wednesday, October 21, 2009

the labcoat saga


jadi, skrg ni, aku baru masuk hospital. yep, we ol sini mmg lambat practical. 4th yer, tak mcm kat msia, 3rd yer.
so, agak kebaru-baruan lah bila brada di spital ni. awal2 lagi, jadual on-call dah ada. aiyooyoo!

aku KAGET banget tau. mana tak. abes klas jam 3.30 p.m, jam 4.00 p.m kena lapor diri utk on-call? shift sampai 6.00 a.m.. lepas tu klas jam 7.00 a.m lagi.
jadi, jam 7 pagi, sampai jam 3.30 ptg esoknya lah. cuba korang kira brp lama tu?

tapi nasib shift aku sabtu malam. pagi ahad, tidur laah.

apa2pun, aku cuba utk tak anggap perkara ni sbg beban, sbb sinilah peluang utk aku belajar sebanyak mungkin kan, sbb, bak kata org

kalau medic student ter'bodo, org cakap "takpe, belajar lagii"

kalau medical officer ter'bodo, org cakap "tak belajaarrr kee???!!!!"

kesimpulan = belajar


aku bru perhatikan, dekat spital ni ada 3 jenis white coat.

1. kot spt blazer, lengan panjang. kot ini merupakan kot utk doktor pakar, dan doktor pakar consultant.
2. kot spt blazer, lengan pendek. kot ini utk yg sedang dlm proses ambil degree doktor pakar
3. kot yg macam labcoat, panjang sampai ke lutut. ini adalah kot utk kitorang.


btw, aku sgt tak ska whitecoat ni, sebab, panas, cepat sgt kotor, dan, panas.

tapi kan, sebenarnya, jauh di lubuk hati aku yg terdalam, aku teringin nak buat cam kawan2 aku yg lain buat, yakni pakai labcoat ke hulu ke hilir luar kawasan hospital. macam cool plak kan. lol.

tapi, ada 1 perkara yg menghalang aku utk melakukan perkara itu.
menurut aku, white coat semacam status lah, selain fungsi utamanya iaitu utk melindungi si pemakai nya.
dan status seorang doktor ini, sgt berkait rapat dgn ilmu yg dia miliki, dan kebaikan yang dia lakukan dgn mengamalkan ilmu yg dia miliki, dan itu datang dgn tanggungjawab yg besar. macam tu. jadi, org 'respect' doktor, bukan tanpa alasan.

macam aku kan, aku SANGAT sedar yg aku tak cukup ilmu, jadi, kenapa aku harus 'menipu'.

lagipun, kalau pakai white coat ke hulu ke hilir ni, mungkin nampak cool pada mata org yg tak kenal aku, apa guna? itu pun kalau org masih respect lah. hehe XP

aku hanya peduli respect2 dr org yg aku kenal sahaje.

lagipun, rendah diri ni, walaupun dari hati datangnya, tapi dapat dilihat dari perbuatan seseorang. macam tu.
so walaupun ada niat nak meninggi diri, semoga dijauhkan lah sifat2 takbur macam tu, lagipun, meninggi diri kalau tak berilmu, apa guna... (bukan bermaksud kalau berilmu boleh tinggi diri ok)

macam tadi kan, kat kwsn hospital, time carik ruang lecture kat blok mana ntah, ada pakcik ni,

"pak dokter, bagian pembayaran di mana yah?"

*cough* aku hampir tersedak. terkejut aku... btw, aku pun tak tau kat mane tuh. lol. terus lepas tu aku bukak white coat tu, sbb, risau plak kalau tiba2 ada pesakit mintak aku rawat kann, apa yg aku tau? aku baru belajar pemeriksaan bukaan serviks untuk ibu yg akan melahirkan ok XP

lepas tu, aku baru chat dgn kwn aku kat ym, status dia tau apa?
"kalau hanya mau berbangga memakai whitecoat, JANGAN JADI DOKTOR"
dia direct quote seorang consultant senior. hurmm. cakap seorang yg cukup tinggi ilmunya tau, jgn main2...

kawan aku lak pernah cerita, kat malaysia, ada 1 wedding dia pernah pergi, kad jemputan perkahwinan, siap tulis tu. Dr.X & Dr. Y (bukan nama sebenar).
wow. tak sia2 dia jadi doktor kan, boleh letak dalam kad jemputan kawen? hehe.



hoho, ngantuk pulak (aku mengantuk dari pagi tadi sebenarnya)

sebenarny aku nak tulis pasal nasihat seorang dokter senior tadi, yg mana ucapan beliau amat bernilaii, tapi, len kali laah, itu pun kalau aku masih igt. ciao




















Monday, October 19, 2009

kisah babi bahagian II, & fesbuk

-quoting komen Meet Uncle Shah di satu entri aku-
kotor bukan bermakna babi. tidak allah ciptakan sesuatu melainkan utk manusia berfikir.
-end of quote-

walaupun babi ni haram di makan oleh umat Islam, tapi byk perkara yg dapat dipelajari oleh haiwan yang satu ini.

para resident (doktor yang sambung Ijazah Sarjana - Doktor Pakar) ophthalmologist (pakar mata) di tempat aku, belajar bedah mata dengan menggunakan mata babi.

aku tanyalah sorang dr. ni, kenapa tak pakai mata haiwan lain, mata lembu mungkin?

dia jawab "mata lembu, ukuran dan tekstur berbeza dengan mata sebenar manusia. mata babi merupakan mata haiwan yang paling hampir sama dengan mata manusia"

macam tu.

begitu juga latihan melakukan episiotomi (pernah dgr kalau org bersalin, lepas tu kena gunting sikit bahagian dekat dengan jalan keluar si anak yg dilahirkan tadi untuk tujuan memudahkan proses kelahiran? dia lah tu), menggunakan vagina babi.

tapi tidaklah babi2 itu dikorbankan hanya sekadar untuk dicungkil biji matanya saja, ataupun untuk diambil vaginanya. lagipun, dua benda ni bukannya antara yg dijadikan bah-kut-teh kan? hehe. so biasanya dua ni merupakan sisa dari pemotongan babi.

so next time, kalau ada yg dibedah matanya, atau pun yg bersalin dilakukan episiotomi, babi adalah antara haiwan yang berjasa kepada kita.

masih byk contoh lain, tp cukup kot dua ni.

*

facebook oh facebook.
aku makin pelik dgn gelagat org2 di fesbuk ni.
kawan sampai 2000 org? wow! igt populariti contest? haha. tetiba kuar status org2 mcm tu
"removing some of my friends, because i don't really know them"
so what the eff u add/approve/accept them in the 1st place?

dah la kawan sampai ribu, lepas tu letak status putus cinta? hurmm...
aku igt benda2 mcm putus cinta ni sesuatu yg sgt personal, bukan utk dihebohkann..

lepas tu bila aku jumpa di dunia nyata, pas tu tanya "putus cinta ke?"
boleh plak jawab aku "eh, mana kau tau?" sambil buat muka kehairannan

lepas tu plaakk, fesbuk ni, bukanlah tempat utk meluahkan segalany apa yg dirasai, sbb, kalau kau tak suka tempat kerja kau pun, tak perlu kabar kan ke dunia.
aku ada kenal org yg dibuang kerja krn status di fb, so, jgn main2.







Saturday, October 17, 2009

sedih. ada masalah yang tak dapat diceritakan disini. jgn risau, jika diizinkan Tuhan, tabah lah aku.
lagipun, ada stok cokelat 4kg untuk aku makan di waktu begini. dan mood aku pun semakin membaik

*

junior melawak. "Free sex cause spreading of HIV/AIDS. So next time, pay!"

*

junior berfalsah. "Nobody is perfect. So? Be Nobody!"

*

minggu ni tgk wayang 2x. 2-2 crita antu. 1 filem Indo - Keramat. 1 filem Siam - Phobia 2. 2-2 MANTAP!

*

aku makin muak dgn cerita politik.. minggu ni, stp hari aku cek utusan online. setiap hari lah gambar2 umno? euw. dah2 lah tuu. bosann.

*

ok, sbnarny, aku langsung tiada idea utk tulis apa2 skrg. rasa mau tutup blog ni pun ada.
mungkin sbb pikiran masih berkecamuk kann..

*

tunggulah kalau ada cerita nanti, aku cerita.






Tuesday, October 13, 2009

aku baru bli broadband. euphoria tau.
aku igt dgn broandband ni aku akan lebih sering2 update, ternyata tidak. nak kata sibuk, aku cuti lagi skrg ni.

macam kekadang, contohny minggu lepas lah, tetiba aku kata "kenapalah aku berada disini, macam menyesal je.."

tu aku lupa lah tu nasihat senior aku dulu.

"kamu berada di sini kerana ketentuan Ilahi. kamu antara yg ditentukanNya dan berpeluang utk melakukan perkara ini, kenapa tidak lakukan dgn sungguh-sungguh, gunakan lah peluang ini dgn sebaik-baiknya, jgn sia-siakan"

macam tu. so tak mauu ada negative thinking lagi (buat masa ni kot, nanti datang mood aku yg jahanam itu, adalah kot aku psot lagi kat blog, ye tak?)

*

kami yg belajar di sini. sistem sgt lah berbeza dgn yg ada di sana. teori 4 tahun, klinikal 2 tahun, kejap je kaann klinikal? mesti korang tak yakin "cukup ke 2 tahun?" aku pun tak brani nak jawab, sbb belum lalui. hehe. so, yg mana kwn aku dah start klinikal 2 tahun lepas, aku baru start skrg. waaaahh.

dan rotation pertama aku = O&G. aku tak tau kenapa bila sebut benda ni, ramai yg gelak sendiri2, dah jadi macam bahan lelucon kan.
sini aku nak clarify, O&G itu tak sama dgn porn.

*

kali ni, aku tak plan nak tulis apa2. apa2 yg terlintas skrg, tu lah yg aku tulis.
baru tadi, aku baca balik entri2 yg aku pernah tulis, macam


so diatas ni, beberapa entri yg aku saja letak kat sini, sebagai peringatan utk diri aku sendiri lah sbnarnya...

manusia ni, dlm kehidupan seharian, perlu peringatan lah. kalau tak mudah lupa, dan alpa.
apa lagi aku ni half-malay, so mcm kata Tun M lah, 'Melayu Mudah Lupa'. hehe

sbnarny aku nak gak letak link ke entri pasal benda spt baju luaran yg bewarna putih itu, supaya tak lah aku memakai ke KFC kan, tp menurut segelintir pihak, perkara tu sensitif, so aku memutuskan utk tidak. heheh.

*

ada yg menanyakan "kau kawan baik dgn bukan Melayu, smgt 1Malaysia ke?"

aku reply "tak lah, we just civilized"...




Saturday, October 10, 2009

aku rasa cara plak bila post entri tanpa title kan?
entri terakhir tu, sebab aku mengalami pseudo-nervous breakdown barangkali.

(gaya penulisan di atas dibuat sedemikian rupa untuk membezakan perkataan dan bahasa yang layak untuk digunakan di dalam sebuah karangan SPM Bahasa Melayu, dengan yang tidak layak. tapi sangatlah penat, jadi setelah ini aku ikut sesuka hati aku sahaja)

tak tau nak cakap apa lagi. lain kali lah ya






Tuesday, October 6, 2009

kadang semangat aku boleh memuncak.

kadang pulak boleh jatuh ke tanah dipijak-pijak macam taik (taik pun org tak pijak ok)

saat macam sekarang ni lah, saat aku ingin berteriaakk

"AKU MENYESAALLL!!!"

harap-harap tak berpanjangan lah rasa yang negatif ini.

mungkin sebab cuti lepas yang amat panjang membuatkan aku rasa sgt malas untuk belajar sekarang ini, dan kawan-kawan yang dah mula menuai wang ringgit, dan aku iri terhadap mereka.

money is not everything, but money is something?

ko igt ada guna ka hata dapat gelaran Tun sekalipun, tapi takda duit?

harap-harap kejap je la kan. nanti aku poyo-poyo lah balik, tulis 'educating entry' macam pasal demam ke, terlebih aktif dalam hubungan seks ke, macam entri yang lepas-lepas lah.

apa-apalahh. hurmm...

Saturday, October 3, 2009

kisah seekor babi -ulangan-

aku rasa aku nak update blog ni, tapi malas menaip. jadi aku ulang je kisah lama yang pernah aku post disini pada Monday, May 26, 2008


-Part 1-

Babi Yang Cumel

Rafi: uina, sebut babi pun salah ka? bukan makan pun...

Ifar: kotor ba tu binatang, haram

Rafi: udui, biarla tu binatang yg kutur, bukan sa

Ifar: yalah, yg ko sebut-sebut tuh?

Rafi: abes tu gambar babi cumel bha. jgn la ba mara. bukan sa blg ko yg babi pun.


-part 2-

karangan autobiografi

Saya Seekor Babi...



Aku dilahirkan di sebuah kandang babi yang bau gila, di sebuah daerah di Selangor. hidup aku cukup mudah. aku dilahirkan, diberi makan sampah, dan bila sudah cukup besar, aku akan dipotong utk dijadikan bah-kut-teh, atau casau, atau dieksport ke China.

sungguhpun begitu, aku tetap dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh ibuku, krn bapakku telah dipotong terlebih dahulu sblm aku dilahirkan. dengan dididikkan ibuku, aku tidak menjadi pelacur, tidak pula mencuri, tidak pula rasuah, tidak pula aku dibuang oleh ibuku. adakah ini bermaksud aku lebih baik dari sesetengah manusia? aku tak tahu.

tapi manusia seringkali mengejek atau menghina manusia lain dgn perkataan "babi". adakah aku begitu hina sekali sehingga disamakan dgn manusia yg mereka anggap keji? aku merasa begitu marah kerana manusia yg keji dianggap seperti aku, sedangkan aku tidak seperti mereka. kami tak pernah melacur, mencuri, mahupun rasuah, atau berpolitik kotor. ya, kami tidak sama dgn manusia.
tapi, kami tidak pula menggelar babi lain sbg "macam manusia" kalau babi tersebut berkelakuan keji.

aku sedar dan aku tau aku kotor, dan bagi sesetengah org, kami dianggap sbg menjijikkan. suka hati merekalah nak kata apa, kan sekarang kononnya Malaysia adalah negara demokrasi, ditambah pula dengan hak asasi manusia, tapi ada ISA katanya, macam mana tuh? tapi dah manusia yg memerintah, jadi takdalah pulak hak asasi babi diwujudkan. tp aku masih tak puas hati manusia disamakan dgn kami babi. kami rasa ada manusia yg lebih hina dan menjijikkan dari kami. manusia pelacur, manusia rasuah, manusia politik kotor, manusia pencuri. kenapa tak gelar manusia jahat seperti manusia sahaja? tiada makhluk lain di bumi ini yg lebih jahat dibanding manusia.

tapi kerana hayat dan kaki aku yg pendek, aku tak pula terlalu mempedulikan kebodohan manusia, sampailah kandang @ kampung halaman aku ini menjadi polemik antara para politikus yg bodoh. apa lagi si KJ yg tak belajar ekonomi tapi buat statement harga daging babi naik sebab projek kandang babi ini. mana boleh harga naik kalau pengeluaran bertambah? pastu sibuk pula para umno itu samakan pulak parti pembangkang dgn kami? siap buat banner parti pembangkang tunggang kami?! ini suda lebeh owwh UMNO!!! carik gaduh ngan aku nampak?

tapi macam tu lah, kalau dah bodoh tu bodoh la jugak, tak dapat dek nak nolong. lagipun hayat aku dah tak lama dah, cukup gemuk, aku pun dipotong lah. so tak la aku merasa hidup merana & terseksa di Malaysia ni kerana kebodohan para pemimpin yg korup.

akhir kata dari aku, kepada org Islam, jgn lah sesekali makan daging aku, krn haram.
kepada org bukan Islam, elakkanlah makan daging aku, kerana dalam daging aku terkandung telur & larva cacing pita, yg boleh menyebabkan penyakit, dan bertumbuh panjang sehingga 7 meter didalam usus kamu.
kepada para politikus yg bodoh, contohilah kehidupan kami para babi yg senantiasa rukun sahaja hendaknya, tak seperti korang yg asyik nak gaduh lebih2.

kepada semua manusia, hormatlah sesama manusia, tak perlu lah kamu menyamakan musuh kamu seperti aku, krn aku merasa terhina disamakan dgn manusia.

sekian,
aku yang bakal dimasak bah-kut-teh

Friday, October 2, 2009

sewaktu cuti panjang yang lepas, aku berpeluang untuk berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. (kalau pemeriksa SPM baca ayat ni, mesti dia terus kasi aku A1 kan? =P)

as i always say this every time we gathered together "today is the happiest day so far"

u know what people say about a picture worth a thousand words?
so my last entry, i put 4 pictures altogether, so 4 thousands words already? hehe


among friends that i'd chances to met was this 1 guy, X (bukan nama sebenar) i know from my junior high school.

we weren't close back then, and i think i remember him until recently, because i tend to remember bad memories better than good memories. trust me.

*i met one of my kindergarten ex-classmate after 17 years, and i still remember him because he didn't manage to be in the top3, and he cried. omg, tak dapat nombor pun nak nanges, aku dapat nombor belas2, ada aku kesah?~ but he didn't remember anything about me. i guess its ok, because until now, i am nobody. hiks*

so back to the story, i remember this X because he like to, err, disturb/kacau me. i was totally innocent back then (even until now?) so i didn't do anything, except swearing in Chinese words lah, because X is Chinese, but didn't really speak Chinese, but like me, only understand Chinese swearing words. haha. he said he only remember he did disturb me back at that time, but he didn't remember what he had done. let al those things be a history.

although he looked just like any immature-justreachpuberty-adolescent-confuseteenager-samseng during that time, i guess i did saw kindness in his eyes (hyperbola is applied here). dia kaki pukul dulu di sekolah o.k.


like i told u, we weren't close, and i leave that school in early 2002 for a better future, to Sekolah Menengah Sains Labuan. cett =P

so, i wasn't really a memorable guy. siapa2 ingat aku walau sudah lama tidak berjumpa, dia lah kawan sejati aku, because that's mean, i am somebody to somepeople lah, although i still think that i am nobody? =P

last 2-3 years, terserempak with him, dan dia masih ingat aku! wowie, i am somebody =P but didn't chat for long, just changing info what he is doing, what am i doing. i guess what he said that time really well-soldered onto my head, because he said "i am a gigolo now"
(like i said, i remember bad things better)
but he was kidding. he was studying in KL, and i guess it is something, because he didn't stop at form 5, and i was relieved for that.
bagi aku, orang macam dia (kononnya samseng), kalau sambung belajar, memang betul2 berniat untuk belajar. sebab mereka tersedar.

until recently, we weren't really kept in touch. found X on FB, and he treated me like his old friends. and i am glad for that. hehe.

weirdly enough, there were some similarities between us. i wonder y. he was samseng. i was innocent =P

but it was fun and fine to hang out with him. to be honest, i was worried at first, because most high-school pseudo-samseng turn out to be real-samseng after leaving high-school.
i am not used to be friend with samseng, because i only kawan dengan orang baik-baik sahaje, like u, my readers =P
turn out to be, he is now a real decent guy. he reach maturity than anybody i ever know (about my age lah).
while my plan for the future is to buy PS3 and I-Phone, he talked about becoming the best dad one could have. see the different? hahah

things currently totally different. yeah, i guess he just confused back then at high school, but those things i guess that turn him into what he is now.

one evening, we talk about life. hehe. really deep of me bah kan? =P
listen to his story, like listening to myself talking... my brain processing all his words, and that's explained almost everything about him. i am not trying to be some pseudo-empathetic here, because
somehow, we'd been in the same deep-shit, that is too private to be shared here.
only then, i understand why there were similarities between us (not the pseudo-samseng part ok =P).

he planned his life well. he taught me something about life. he is my friend.

All the best for him. Amin =)