Wednesday, July 1, 2009

Kajian Kes - Pantun Melayu

disclaimer - apa-apa yang aku tulis dibawah ini fiksyen semata-mata. tiada kaitan dengan siapa-siapa o.k.

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh ku bayar,
hutang budi dibawa mati.

pantun ni pastilah ditulis oleh seorang perempuan kan.
sebab cuma perempuan je yang suka berhutang bab-bab emas ni.

adekah lelaki yang membeli / berhutang emas? hiks

penulis pantun ni memang tak niat utk balas budi baik org lain pun.
sebab apa, sebab dia tulis pantun ni sebelum dia mati.
belum apa-apa lagi, dia dah tulis hutang budi dibawa mati.
penulis pantun ini menjalankan hidup dia dgn penuh pesimis dan negatif, seperti kebanyakan orang Melayu. belum apa-apa, dah give-up.

berlagak nak pakai emas, pastu berhutang pulak.

mungkin sebab tu lah mungkin orang Melayu susah nak maju.

nilai moral dari cerita ini.

1. kalau teringin nak pakai emas, jangan sampai berhutang. bodo je tau demi emas sanggup berhutang. lelaki? haram memakai emas.

2. kalau tak sanggup balas budi orang lain, jangan sampai termakan budi.

sekian

3 comments:

pReciOus shaRihaNa said...

dgn pantun yg simple tu pon leh jd issue eyh.
=P

btw, u knal cheryl eyh?
how do u know her?
and sape kah c baju itam itu?

*sebok2 psl org*

zeq said...

hahahha... ko sangat berpersepisi buruk dengan pemantun ni hahaha

3rdmarch said...

Salam~

tapi kalau ada byk duet baik beli emas..

sebab nilai duet senang jatuh..

nilai emas agak stabil..

tp xde la smpai berhutang..


(n_n)v



p/s : bole bukak topic baru..dinar emas..ehee~