Monday, July 13, 2009

aura...

tadi pagi, aku pergi ke sebuah kedai gambar untuk mengambil gambar, dan untung lah tukang ambil gambar tu perempuan.
sebab perempuan ni bersabar, dan kenalah sangat bersabar kalau subjek yang diabadikan dalam gambar tadi adalah aku. heheh

setelah selesai sesi pemotretan (sampai 6 shots), aku pun berdiskusilah dengan akak tadi, aku nak berapa keping, ukuran berapa, warna apa, dicetak diatas kertas apa, berapa deposit, bila boleh ambil, dan sebagainya.

adalah akak lain di kaunter tu cuba untuk ramah "kuliahnya di kedokteran yaa?"

aku tergamam.

aku tengok bawah, aku tak pula sedang mengenakan labcoat waktu itu (seperti yang sering-sering dilakukan oleh orang-orang lain dimana pun mereka berada).
di bag aku, tiada pula button-badge yg bernuansa kedokteran.
aku semak wajah aku dicermin berdekatan, tiada pula cop "kedokteran" di dahi aku.
aku cuma mengenakan t-shirt putih, slack lusuh, dan selipar Japan. hehe

dalam hati ku bermonolog "aih, mana akak ni tau?"

"koq tau sih mbak kalau saya kuliah kedokteran? tau dari mana?"

dia jawab "mungkin aura nya kali ya?"

"ha? ada-ada aja sih mbak, hehe"


sampai sekarang aku tertanya-tanya macam mana akak tu boleh tahu...

sampai2 aku sempat perasan kalau aku nih betul2 memancar aura.
ber-aura-kah aku?
pesona?
(dua soalan diatas tak perlu anda jawab)

hehe

13 comments:

A+z+i+E = AziE said...

Dr. Ruffey, ak rase2 la kan, kak tu ade kwn muke cm Dr. kot...
bahaya Dr. ni... Dr. mungkn prlu mkn ubt seyh utk krgkan aura kedoktoran tu... =)

A+z+i+E = AziE said...
This comment has been removed by the author.
oranglidi said...

uih.. aurora ke aura? cis.. hebat gile akak ni..

"rupe2nye pada gambar saya ada pakai kad metrik unibersiti doktor"- ni ayat perenggan akhir lu.. hehe.. gurau je..

Dayangku Nuraini Wahed said...

walaupun nda perlu jawab, aku nak jawab gak...

Terpesonalah sgt kan akak tu dengan aura mu hahaha...

~|r|a|n|d|y|~ said...

dr. ruffey....
sbnrnya kan...
dia senior ko bha tu...
tp dia tgh buat part time...
(logik ka?)

crimsonskye said...

Nuansa.

Tak tau kenapa, aku sangat suka dengan perkataan yang satu ni. Nuansa.

ruffey said...

hehe. aku rasa la sebenarnya akak tu main teka je, sebab dalam waktu terdekat ni, byk dak2 kedokteran yg gi tpt tu utk amek gambar utk ditampal di ijazah. tu arr. heheh. saja buat suspens kat korang kan kalau aku betul2 ada aura. hahah

azie,
tu aku jawab kat atas =P

oranglidi,
kitorang sini kat matrik tu lepak dalam wallet je, tak de nye nak berjuntaian dari leher. hehe.

dayang,
seperti mana kau terpesona dengan aku kah? heheh

randy,
mustahil, sbb kami lah senior di theory years, teda senior lagi. hehe. dan aku jawab sudah keraguan ko diatas tu. hehhe

crimsonskye,
aku pun suka =D

BoZaki said...

We have been exploring this aura since our first year of study.

Every time we saw our senior that time we would feel some kind of aura we termed it 'cas @ chas'.

We should publish a scientific journal about this.

haha.

shan, aku final year sudah. waaaa......

ruffey said...

zaki,
heheh.
ko tau, sesetengah org plak kata, benda ni "psiko".
perubahan mental dan fizikal disebabkan beban dan tekanan belajar.

ko final year suda? tahniah. aku pun, tapi 2 final years lah. hahah.
kawan2 kita, 2 tahun yg lepas mengatakan "final year suda!", ko baru skrg, aku tahun depan. hehe. tuaa nya kitaa

NIVYANFAZZA said...

tak tahu nak ckp apa..haha...

Dan Darby said...

maybe kakak tu pun Heroes juga kali...

Anonymous said...

perasan..

ruffey said...

hehe.

sesekali tak pe kot perasan. effortlessly tau.
no labcoat required. hakkss