Sunday, June 21, 2009

sedikit cerita...

aku, dulu



waktu tadika, aku masih ingat

aku sangat suka mengeja tiga dan tujuh.

ti ai ti, ji ei ga, tiga!

ti yu tu, jei yu ech juh, tujuh!

aku paling tak suka eja sembilan, sebab terlalu panjang.

sifat pemalas aku sudah terserlah dari tadika,

dikala org lain sibuk mengerjakan tugas menyalin huruf a sampai z di buku,
aku baru sampai g, dah jumpa cikgu

"cikgu, boleh tak saya buat sampai G je? penat lah"



aku suka dipuji. bagi aku, pujian itu satu motivasi.

setelah kelas pendidikan seni yg pertama sewaktu tadika, melukis rumah pada waktu itu, cikgu memuji lukisan aku. aku rasa, semenjak itulah, aku giat melukis. hhehehh



di sekolah rendah, aku bukan pelajar
harapan, jauh sekali pelajar contoh.
aku selalu naik pentas, tapi bukan no1,2, atau 3.
aku selalu naik pentas untuk subjek terbaik matematik dan sains sahaja.
aku tak pernah rasa kalau aku pandai waktu itu, sebab aku tak pernah dapat no 1.
yang aku faham, kalau pandai, mestilah no 1.
dan aku tak tahu pun, kalau dapat subjek terbaik matematik, dan juga sains, sebab markah aku paling tinggi antara semua. yang aku tahu, di suruh naik ke pentas sahaja.



perkara paling bodoh aku pernah buat, waktu tu aku darjah 5. aku sengaja menggeselkan tangan aku dengan kulit kawan aku yang sedang chicken-pox.
aku iri dengan dia, dapat cuti seminggu, cuma kerana chicken-pox. aku pun mahu cuti seminggu juga!

akhirnya aku pun kenalah chicken pox. dapat cuti 1 minggu! yeayy! tak kisah walaupun sakit, yg penting cuti.

-aku baru tau kalau chicken pox tak tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit, tapi melalui udara ke salur pernafasan-



kalau kenangan laen waktu kecil, err, lupa laah.
otak yang sarat dgn info2 tak penting tak memungkinkan aku utk igt byk perkara.



p/s- currently working on an article which hopefully can be published by any mainstream media. hoho. nak jadi journalist plak dah.

5 comments:

oranglidi said...

pergh.. samalah nada kita waktu mengeja angka2.. wa dulu paling tak suka eja nombor dua.. di yu du, ei a.. dua.. padahal di yu ei, dua.. bingung2..

pahal lu letih sampai G? cis.. wa dulu nak sampai C pun kelam bakut..

woi! hebat tu.. sains matematik!.. patut a lu macam menyokong PPSMI!

ruffey said...

a'ah. lupa plak eja 2 pun aku tak suka.
aku eja dulu
di yu du, dabelyu ei wa, du-wa.

konfius gak, napa eja diyu-du, a-a, du-a.

hehehe.

NIVYANFAZZA said...

whai en raffey....more hot story pls..........haha

where is tabligh..haha...

like ur writting!!!
keep it up guy!

BoZaki said...

Kalau time ada blister tu chicken pox bleh juga tu menjangkit. Penuh dengan virus tu blister tu. haha.

pReciOus shaRihaNa said...

ur article?
wats it about?