Friday, June 5, 2009

cerita lain...

baru abes ujian tadi. aduh. igt nak upload kisah aku dan masa laluku, cuma flashdisk tak bawak. takpala, kisah tu bukan best sgt pun.


mari sini aku kasi cerita lain...


dan pemenangnya adalah.... Pie!!!
dalam entri yg lepas, aku ada buat cerpen mengarut yg tak selesai, tau2 byk yg baek hati bg suggestion utk meneruskan cerita tu. setalah dihakimi dan diadili (sesuai ke istilah ni?)
aku mengambil keputusan utk menggunakan sambungan cerita yg ditulis oleh Pie.

aku dah malas nak urus blog ni...terutama setelah jadi krisis beberapa entri lepas...aku tak pernah sangka akan jadi seperti ini..malam tadi, fikiran aku runsing, gelisah...sedih dan tertekan, bermacam aku rasakan...apa lagi bila yang dipersoalkan oleh orang itu keimanan aku...untung masih ada teman yang memahami situasi aku, bawa aku clubbing malam tadi...tak ingat berapa teguk gelas air kencing setan aku habiskan...menyatu menjadi darah daging aku...tapi aku dah tak peduli itu semua...

Dalam keadaan mabuk, aku dibawa keluar dari kelab oleh seorang perempuan berbaju putih. Ku amati baju itu rupanya labcoat. Selang beberapa saat, pandangan yang sememangnya sudah berpinar bertukar menjadi gelap. Sesedar sahaja aku, keadaan sekelilingku amat ganjil. Aku tidak pernah berada di hutan ini. Baru aku sedari aku terjaga tanpa seurat benang yang menutup tubuhku. Yang ada hanya labcoat yang menjadi alas dan selimut tubuhku di dalam hutan itu. Aku menjadi panik. Kemudian aku dengan hanya memakai labcoat berlari tanpa arah. Aku bersyukur ada labcoat menutupi badanku. Dalam keadaan cemas itu, aku teruskan berlari dan menyedari banyak kain putih bergantungan. Pada mulanya aku hampir merasa darah tidak sampai ke kepala kerana tersangat seram. Dalam berlari itu aku tergelak. Rupanya yang kain putih yang bergantung itu merupakan labcoat. Kakiku semakin berat. Aku menoleh ke belakang untuk memastikan tiada siapa yang mengekori aku. Menoleh sahaja aku kembali ke depan. Kepalaku terhantuk dahan pokok yang rendah.

"Hoi!!! Daydreaming sampai boleh terhantuk."

Ceh. Kepalaku terhantuk dinding KFC ni rupanya. Siang-siang boleh pula aku tak sengaja mengelamun. Ni budak-budak ni punya pasal la. Ada patut buat lawak pakai labcoat masuk KFC. Berkhayal pasal labcoat pula jadinya.


heheh. panjang sgt plak. tp korang kena baca tau (ke dah abes baca, sbb tu baca sedang kau baca skrg ini pula?). best sgt cerita tu. heheh

sambungang cerita2 yg laen oleh korang pun best gak! terima kasih dah byk menyumbang idea. heheheh


ok, kisah laen, sbnarnya yg ini ni.

ari tu aku ajak kawan aku makan kat sebuah restoran yang menjual ayam goreng yg sgt sedap (tak boleh letak nama, blog aku dah femes, kalau aku letak, haruslah aku dpt royalti sbb dah tolong promosi, lagipun, nama restoran ni sgt sensitif skrg)

dia reply "taknak lah, makan tempat laen je, aku tak bawak labcoat lah"

pecah ketawa aku. hiks

tadi aku tgk movie Angel & Demon. mantap! tapi aku tak lah kan nak buat review movie, sbb korang boleh google sendiri. aku baca novel dia setahun lepas. mmg best dr Da Vinci Code. dan yg paling menarik bg aku adalah Vatican City itu sendri, kesenian rekaan bangunan, arca, dan lain2 dlm cerita tu sgtlah indah, bagi aku. mmg semua org tau kan Vatican City tu kota org kristian, tapi aku bukan lah nak menyembah apa yg mereka sembah kalau ke sana. cuma sebagai seorang tourist he.

membuatkan aku menetapkan itu adalah tujuan impian aku, setelah bukit dalam cerita Sound of Music tu. heheh

p/s- bosan ke entri kali ni? sori lahh. wa kena cepat, skrg lepak cc jap, tak solat maghrib lagi ni. so saja nak update jap. heheh.

p p/s- mesti ada yg berfikir, "pa hal la bro ni nak gi Vatican City? napa tak gi umrah je? non muslim ke dia? ke iman tak cukup kuat?"

oops.

eh, aku nak gi melancong je, tp tunggu aku dah kaya lahh. bukan sekarang.

sekarang aku masih terkapai2 mencuba utk survive je dulu.

2 comments:

pReciOus shaRihaNa said...

kudos to pie.
haha.

nk ikotttt p vatican city gk.
aku lom tgk lg cite tue.
isk.
pirate la ni jwbnya!
heeeeeee.

BoZaki said...

Idea sedar kat utan idea aku la. Aku tak diberi kredit ni. hahaha...

Angel and demons. pelik la napa aku suka da vinci lagi berbanding ni. maybe sebab dalam movie dia tak terang sangat detail tentang structure tu. baca novel dia baru lah mengancam. haha.

Ada banyap part ditambah2. dan cerita ni sepatutnya prequel tapi jadi sequel. haha. Mengarut betul dorang. Anyway, memang tak dinafikan anda perlu tengok ni cerita. Best. bagi orang yang suka genre movie cam ni la. Kalau nak expect ada cinta2 ka menari2 tak ada la punya.

By the way, Robert Langdon next journey The Lost Symbol september ni jan lupa. hhhuhuh. prebook rm65 tu kat Times. Cerita solomon key tu. mesti kisah dia kat israel pulak.