Tuesday, June 30, 2009

Ayer

Di satu Sabtu pagi yang tenang, terdengar bunyi dentuman sekitar jam 4 pagi.
aihh? sapa plak men mercun pagi2 nih? seraya kipas pun mati dgn sendirinya. sudahlah, sambung tidur lagi...

lewat pagi itu, baru tau rupanya kabel elektrik punca kuasa asrama lelaki meletup.
elektrik pun takda.

bila elektrik takda, pam air pun tak jalan.

bila pam air tak jalan, asrama pun tak da air.

korang tau bila ada elektrik balik? Selasa petang!
4 hari 3 malam asrama lelaki takda elektrik takda air tau. dah la dekat mid-term test.

barulah waktu itu sedar, betapa pentingnya air dalam kehidupan...

nak mandi, takda air.
nak berak, takda air.
nak mencuci, takda air.

tapi nasib la aku dan beberapa org dah sgt berpengalaman dalam situasi2 macam ni, sebab asrama tu mmg slalu takda ayer ponnn.


-intermission-
korg bangun la setelah jam 6.30 pagi, mmg dah takda air punya la blok asrama laki tuh, setiap hari!. kalau ptg pun, siapa mandi setelah jam 7 malam pun, ayer dah habis. dia ada timing tauuu.

asrama girls tak pernah problem punn. cam ada konspirasi kan?

sampai kawan aku sorang ni berkomentar "aku rasa Tuan J (bukan nama sebenar) tak layak jadi Pengarah. masalah ayer pun dia tak mampu selesaikan!"
hahah.
terlalu banyak teori kenapa asrama lelaki slalu takda ayer.
ada org kata, tangki ayer asrama laki tu, ada mayat yang menyumbat.
ada plak yang kata, matrix trak mampu bayar bil ayer, sebab dah abes buat hantar kontijen Kakom.

apapun, semua teori2 diatas tak terbukti kebenarannya.

satu kali, kawan aku tanya lah aku, kenapa tempat ni takda air. aku pun jawabla
"ko tau kan kita ni skrg kat sebuah pulau yang kecil. takda tempat tadahan air hujan pun utk sumber air. air tempat ni kita import dari sabah tau. ko tau kapal tangki minyak? kapal tu la yg dorang gunakan untuk bawak ayer ke pulau ni. kapal tu pun dtg tempat ni seminggu sekalii je.."

"oohh, patut laah"

"hoi, tak la, gurau je, hahahahe"


-end of intermission-

ok, balik ke crita black out tuh.

aku org tempatan, so aku balik bermalam je lah. hehe. sian dorang yang org jauh kan...

slalunya kalau takda air nihh, aku ngan beberapa org bangun jam 3 pagi cam tu. sbb nak menjelajah kompleks matrikulasi tu sampai blok ruang tutorial, dan org len blom beraktiviti lagi.
entah kenapa, sampai blok tutorial pun toilet lelaki slalu takda air gak. aku ngan kawan2 guna toilet girls je lah. hoho
jarak antara asrama laki ngan blok tutorial tu kurang lebih 200 meter. jauh weii perjalanan semata2 utk mandii.

itu utk org yg berazam utk mandi lah. yg malas mandi, ada je. heheh.

toilet kat matrix tu yg aku pernah mandi, dari toilet kat kafeteria, toilet stadium, toilet dewan kuliah, toilet tutorial, toilet masjid, dan toilet rumah pensyarah sekalipun. hehe. nasib la pensyarah En. Kasim orgnya baek hati.

susah hidup kat matrix aku tuh..


pagi isnin tu, masi belum ada elektrik + ayer.

di dewan kuliah sementara menanti pensyarah masuk, seorang gadis yg tak ayu dgn bongkak, sombong, dan takburnya menjulang tinggi sebotol ayer mineral sambil bertempik

"AYERR, AYERR!!! SIAPA MAU BELI AYERRR???!!

dia sambung lagi, "Raf, kau mok beli ayek sik? aku tau, nang ko sik mandi, mun ada ayek pun kau sik mandi palagi mun sikda? iboh kawu malu2 dgn aku Raf"

kuang hajakk kann? heheh.

nasib la aku ni orgnya penyabar. isu2 ayer dikala itu sgt sensitip woo. hehhe.

5 comments:

oranglidi said...

hahaa.. cilakak pengurusan.. kes gini pun xleh selesai? cis..


mandi asrama pmpuan best x?

ayat bahasa apa last tu? wa x paaham weh..

ruffey said...

hehe. to loghat org Sarawak.

"raf, kau nak beli ayer tak? aku tua, memang kau tak mandi, kalau ada ayer pun kau tak mandi palagi kalau takda? jangan kau malu2 dgn aku Raf" hehhe

ruffey said...

*aku tau, bukan aku tua

zeq said...

hahhahaa.... tajam sungguh sindiran kawna ko tu.

pReciOus shaRihaNa said...

aku benci tol kes2 x air nih.
dlu kt smsl tue sedey tol kalo x air.
biar x de bnde laen.
jgn x air!