Wednesday, June 3, 2009

aku dah malas...

aku dah malas nak urus blog ni...
terutama setelah jadi krisis beberapa entri lepas...
aku tak pernah sangka akan jadi seperti ini..

malam tadi, fikiran aku runsing, gelisah...
sedih dan tertekan, bermacam aku rasakan...
apa lagi bila yang dipersoalkan oleh orang itu keimanan aku...
untung masih ada teman yang memahami situasi aku, bawa aku clubbing malam tadi...

tak ingat berapa teguk gelas air kencing setan aku habiskan...
menyatu menjadi darah daging aku...
tapi aku dah tak peduli itu semua...
kepala aku terasa semakin ringan, dan...

sampailah pagi tadi...
"selamat pagi sayang, kamu udah bangun tidur ya? cium dulu dong"
ucap seorang gadis jelita masih dalam balutan selimut sambil mencium aku...
aku tak mampu ingat apa2 lagi yang terjadi malam tadi...


acah je. heheh. boleh tulis novel plak aku rasa.

sebenarnya ada entri baru, tentang aku dan masa lalu ku...

cuma kom kat cc ni tak leh baca flashdisk aku. byk sgt porn kat virus aku ni. eh. virus kat porn aku ni. terpaksa clear kan dulu. (berdasarkan penilaian orang2 tertentu tentang darjah keimanan aku, mesti korang percaya kan? haha)

nanti ek. heheh


p/s- terima kasih kepada korang yg dah backup aku

zaki, kawan sejati dari form 1 sampai skrg
nuridrin, u rox walaupun tak pernah jumpa
pie, love ur supports
oranglidi, caya lah lu bro! bukan takat tak nah jumpa, bentuk ko pun aku tak tahu. tapi ko tetap percayakan aku. heheh
juga para anonymous yang sempat berlawak berjual labcoat keimanan. heheheh

dan juga member clubbing aku malam tadi. lol

11 comments:

BoZaki said...

wahm gi clubbing dia pula. Ingatkan kena hantam sudah. eh eh, biat betul ni. hahaha. terlalu plain la drama minum bangun2 ada pompuan. Bagus lagi ko cerita ko minum, then pastu ko bangun, tangan ko berdarah, ko di dalam hutan yang entah di mana, ada beberapa kubur yang baru ditimbus. dan sebilah pisau ditepi ko.

By the way, pasang la ad kat blog ko ni. Mana lah tau dpat hasil.

ruffey said...
This comment has been removed by the author.
ruffey said...

iya lah kan, spt kata2 ni

"sesungguhnya memfitnah itu lebih buruk berbanding tidak menfitnah"

ehh. bukan

"Sesungguhnya memfitnah itu lebih buruk berbanding membunuH"

tapi sapa ka yg kena tikam tu?
blom jumpa watak yg seswai =P

n u r i d r i n said...

lol.
tak lah.
:)
aku dengan senang hati menjenguk ke blog kau,
membaca,
memberi pendapat.
dan berfikir sedikit sebanyak.
lebih kurang diri.
semalam, banyak terjahan dari konflik.
biasalah, hidup.

bila lagi nak main instrumen?
biola. aku nak dengar.
:)

Anonymous said...

ko minum, then pastu ko bangun, tangan ko berdarah, ko di dalam hutan yang entah di mana, ada beberapa kubur yang baru ditimbus. dan sebilah pisau ditepi ko.

terlihat kelibat2 putih di hujung denai sebelah kanan..ko tajamkan penglihatan, rupa2ny labcoat bergantungan..apakah?...=P

oranglidi said...

cis.. nyaris2 wa ingat lu dah berzina.. haha! cis.. g kelab x ajak wa..

dahtu mana entri?cis

pReciOus shaRihaNa said...

alaaa.
x smpt involve wt all d hot debate n watsoever yg happened spnjg kehilangan ku d alam blog nieh.
isk. rugi2. hik.
anywaaaayyy, sume bnda ada hikmah ruff.
cool k? ;-)

and ya,
agree wt bozaki,
psg la nuffnang.
got my rm50 ody for last year.hik.

ruffey said...

nuridrin, aku dah cuba rakam, tapi tak tau upload. masi sumbang gak, tunggu aku join formal class dulu. cewah
apapun konflik kau, masih tetap ada ruang utk tersenyum kan. =D

anonymous, tulang2 ayam yang bersepah ada tak? heheh. ooops. (gila aku pecah ketawa kat cc ni baca komen kau. mesti smua org igt aku gila. hahah)

oranglidi, percaya ke? heheh. gurau je tau. gi clubbing? wa tak pernah laahh. tapi teringin gak =P
entri tu ada, tapi nanti la aku upload. aku nak biar entri ni lama sket =P

sharihana,
itu le, rugi tau kau. aku sempat stress, sampai gi clubbing lagi. lol.
i think so, ada hikmah. later aku igt nak set private. mamposs la dah ramai tau pasal blog ni. aku tak pernah promosi kat budak2 sini pun.. tak leh laa nakk, err, menimbulkan kontroversi lagi. hehe
adv? nak! tapi tak reti, later la aku bljr, bila aku ada connection internet yg lebih stabil.
u got rm50? that's great. survive la aku topup 5 bulan. heheh. sebulan rm10 je. lol

pReciOus shaRihaNa said...

weyh!!!
ko topup sebulan rm10 jer?!??!
kagum2.

nak private jgn lupa invite aku.
kang aku xdpt msuk blog ko, aku majuk nanti!

hak.

pie said...

Dalam keadaan mabuk, aku dibawa keluar dari kelab oleh seorang perempuan berbaju putih. Ku amati baju itu rupanya labcoat. Selang beberapa saat, pandangan yang sememangnya sudah berpinar bertukar menjadi gelap. Sesedar sahaja aku, keadaan sekelilingku amat ganjil. Aku tidak pernah berada di hutan ini. Baru aku sedari aku terjaga tanpa seurat benang yang menutup tubuhku. Yang ada hanya labcoat yang menjadi alas dan selimut tubuhku di dalam hutan itu. Aku menjadi panik. Kemudian aku dengan hanya memakai labcoat berlari tanpa arah. Aku bersyukur ada labcoat menutupi badanku. Dalam keadaan cemas itu, aku teruskan berlari dan menyedari banyak kain putih bergantungan. Pada mulanya aku hampir merasa darah tidak sampai ke kepala kerana tersangat seram. Dalam berlari itu aku tergelak. Rupanya yang kain putih yang bergantung itu merupakan labcoat. Kakiku semakin berat. Aku menoleh ke belakang untuk memastikan tiada siapa yang mengekori aku. Menoleh sahaja aku kembali ke depan. Kepalaku terhantuk dahan pokok yang rendah.

"Hoi!!! Daydreaming sampai boleh terhantuk."

Ceh. Kepalaku terhantuk dinding KFC ni rupanya. Siang-siang boleh pula aku tak sengaja mengelamun. Ni budak-budak ni punya pasal la. Ada patut buat lawak pakai labcoat masuk KFC. Berkhayal pasal labcoat pula jadinya.




-ahaha...
shan klu private, invite ak...
huuhu-
boleh dikembangkan lagi ni. Ahaha

ruffey said...
This comment has been removed by the author.