Saturday, May 30, 2009

Layang-layang, Teman, dan Tabligh

Layang-layang, Teman, dan Tabligh

i realize something about this blog.
whenever i talk something about myself, responses/comments from readers were very few compare to when i talk about global warming etc.

except, i never talk about global warming. hehe.

and the point of writing blog is to let people read and share their ideas and opinions, and whenever there were comments, it makes the author felt good inside, and having thought like "wow, i never thought that my thought would affecting/attracting people to read"

perasan

so i'm going to talk about other things, beside myself, see how much my writing this time will affect people. haiiittss

it was pretty horrifying after watching a news about how a girl lost her life while riding a motorcycle, because she didn't realized there was a kite string stretched out across the road. she passed it by at a speed, and that was it. the string injured her neck badly. what's more? the string if i'm not mistaken was mad from some kind of wire (metal), coated with sands of crushed glass.


and now i don't know what to write anymore, so i think i just talk about myself again lah. hehe.


last week, i think for the first time i said "i don't like u, bust off" in someone face. all these time aku cakap belakang je. kan orang melayu, haruslah berbudi bahasa, jaga hati org lain kan? hehehe. pasal larangan atau pantun tradisional cakap blkg, tak de plak.

he'd been pretty annoying though for some times, and at that time he embarrassed me by saying "banyak gak orang tak ska ko ek, sampai si X pun tak nak duduk sebelah engkau"
omg. i know that people didn't really felt comfortable with me because, i felt the same thing towards them too.
it's not like i was the one who started it first.
for e.g., "oh, aku tau sapa perempuan muslim tapi minum arak yang ko maksudkan, itu kan?" at the same time this fucking-stupid boy pointing to a girl from Sabah, and he continue "orang kat Sabah memang macam tu kan?"

that's it. macam kata2 hikmah ni lah, kalau kita kawan dgn pedagang minyak wangi, kita pun boleh terpangaruh dgn wangian2 tu, maksudnya kita pun jadi wangi lah. tapi kalau kita kawan dgn org bodoh, kita pun akan sama2 jadi bodoh.

so that's among reason why i don't really get acquaint with most Malaysians here. and they notice about that, and because of that they felt uncomfortable with my presence. whatever. i don't have many friends here, and sometimes yes i do feel lonely, but i rather mind my own business, than to make friends with some idiots.

ok, berbalik kepada cerita asal, lepas dia dah kata aku ni tak disukai, aku pun katalah cam ni, dengan volume 60 desibel, pada nada C7 "kau diam boleh tak? aku tak suka kau lah!!!"

his face turned red uols. puas hati aku.



oh ye, terfikir satu cerita plak.

dulu kat matrix, ada geng tabligh ni. tanpa alasan yang munasabah, aku tak suka mereka.
mungkin kerana aku rasa mereka ni menyebok kehidupan orang lain

(padahal kewajiban seorang muslim utk menegah dan mencegah kemungkaran dgn perbuatan, atau pun kata2, dan jika tidak mampu, dgn hati, maka itu adalah selemah-lemah iman)

waktu tu aku pun masihh jahil gak. jadi mmg tak ska la. alasan lain, sbb pada pandangan aku ada beberapa ni yg berlagak bagus dlm bab2 agama ni, tp aku tau keburukan mereka. tu aku jadi tak ska.

jadi, sbb asrama matrix tu agak berliku2 rekabentuk bangunannya, aku slalu dihubungi kawan aku bilik bawah "ehh shan, ada tabligh la shan, aku tinguk durang tu macam mau pg bilik kauuuu. baik ko ready cabut"
heheh
aku pun apa lagi, siap2 di pintu, bla dorang ketuk bagi salam, aku pun buka pintu, dan cabut.

hurm, tu lah, siapa kata org sabah ni jahil agama? aku bagi makan babi nanti baru tau.
org Sabah pun masih ada yg memikirkan nasib org lain tau. masih mahu mencegah dan menegah kemungkaran org lain, cuma org lain je yg dah budget pandai tak nak dgr nasihat2 tabligh niii.

cuma tu lah, aku ada kenal satu budak ni. dia SBP gak dulu. time matrix sem 1 not bad lah, dpt la 2.7 pointer. masuk sem 2 dia aktif tabligh ni. sem 2 dapat apa? gagal. dia kena repeat matrix, tp dia tak buat. aku tak tau apa jd dgn dia.
nak berdakwah tiada salahnya, tapi belajar jgn lah diabaikan. menuntut ilmu tu pun, ibadah jugak...



aku dah sgt penatt. sgt2 penatt. aku nak tidur dulu...

Tuesday, May 26, 2009

kalau betul Malaysia bersalah...

http://www.tvone.co.id/berita/view/14727/2009/05/26/tni_al_tak_tambah_armada_kapal_perang_di_ambalat/

silalah lawat website atas tu k.

aku tak tau dalam situasi ni, siapa yg bersalah.

aku tak reti hal2 berkaitan sempadan2 negara, undang2, dan sebagainya ni.

tapi kenapa Malaysia jarang2 keluar berita pasal perkara ni?

kalau betul Malaysia yang salah dalam hal ni, taubat lah ye.

kalau Indonesia plak yang bersalah, dorang la patut taubat.

pokok pangkalnya, jgn la sampai perang...

seperti kata-kata Laksamana tentera dorang kata, dorang siap sedia berperang dengan Malaysia, kalau itu yang Malaysia mahu.

kalau nak perang, tunggu la aku selesai belajar dulu.

ok. heheh

Thursday, May 21, 2009

Media kat Indo ni kadang keji jugak tau...

Media kat Indo ni kadang keji jugak tau...

provoke lebih

Mereka suka kutuk media negara kita tertutuplah, berat sebelah la, dan macam2 lagi tomahan negatif...

mereka bangga dgn media mereka yang "telus", "jujur", dan "ikhlas"? (penggunaan istilah disini tidak mematuhi piawai bahasa melayu yang baik)

tapi macam sial tau mereka ni.

beberapa minggu lepas, hampir setiap hari keluar cerita pasal Manohara yang kononnya hidup terseksa di istana kelantan.

lepas tu Indo asyik nak kecam kita, kata institusi ke-raja-an kita "jahat"

lepas tu aku yang tiada kaitan dgn peristiwa manohara tu pun seolah2 dipersalahkan.

padahal cerita manohara tu kan krisis rumah tangga, bukan krisis antara 2 negara, melampau kan Indo ni?

siap ada yg ajak perang lg. hishh


tapi kan, pasal 5 rakyat mereka Geng Bonding yang mati ditembak polis sebab sangatlah jahat di malaysia, aku tak terserempak lagi dgn berita tu di TV sini.
padahal aku rajin tgk berita sini, sbb extreme. macam tgk CSI tau!

sian tau rakyat mereka terus tenggelam dan hanyut dalam kenaifan dan kealpaan kalau tak tau banyak 'saudara-saudara' mereka kat negara kita tu, jahat2 belaka.

yang mereka tahu, badan Nirmala Bonat tu dah macam peta dunia, bermacam cap jenama seterika ada, lepas tu nak salahkan negara kita jahat.

alahai, nak banding dgn kejahatan Geng Bonding tu...

tapi mereka sampai demo tau pasal Nirmala tu dulu! kononnya dorang ni bersatulah, sepakat lah, pantang lah kalau ada rakyat mereka 'dijentik' di negara kita.

waah!

pernah tak kita demo pasal kejahatan rakyat negara mereka kat negara kita??

pernah takk?

kita tau memang byk penjahat dr negara mereka berjaya dieksport di negara kita, tapi kita tak la sampai nak demo segala kan?
takda lah nak ajak perang segala kan?

kita tetap maintain layan lagu2 Indo. (apa kaitan? heheh)


aku sbnarnya masih tak berapa paham kenapa Indo ni suka sgt carik gaduh dgn kita?

tapi setakat ni Alhamdulillah la, aku kulyah dikelilingi oleh org Indo yang bijaksana, mereka tak pula menyentuh pasal sentimen ni, kecuali ada la beberapa org. 2 org to be exact.

yg sorang tu berimpian nak jadi presiden Indonesia.
dia sgt pro-anwar ibrahim. dia cakap macam marah2 aku pasal anwar tu. bukan salah aku pun, aku takda kaitan pun dgn anwar tu. aku tak pernah pun jadi secretary dia.
kalaulah anwar tu hak milik aku, dah lama aku kasi kat dia dah, aku pun tak hingin dgn anwar tu.
lagipun, apa keuntungan dia dapat kalau dia pro anwar?
rubbish betul la.
pastu dia nak marah2 aku plak pasal batik la, wayang kulit la.
ya Ampun!!! kat Sabah takda wayang kulit tau. mana la aku tau cerita di sebalik wayang kulit tu
aku tau kat Sabah ada bobohizan je. dgn tuhau. oh ye, hinava ikan skali. dgn tarian sumazau.

yg sorang ni plak, ok la kot. dia tanya aku dgn cara baik, aku pun clarify la benda2 yg aku tau.


aku tak tau apa kah masalah sebenarnya indo dgn msia ni.

kalau nak trace pun, benda ni daahh terlalu panjang, aku rasa climax awal dari sentimen ni berpunca daripada deklarasi "ganyang malaysia" yang dilaungkan soekarno dulu

tu pasal la kawan2 aku org sarawak, parents dorang tak kasi dorang belajar kat indo ni, sbb masi trauma tau, walau dah lama berlalu.

dulu indo mendaratkan tentera mereka masuk wilayah Malaysia melalui Sarawak..

Sunday, May 17, 2009

"how many friends do u have on facebook?"

that's just the shallowest question i think ever asked to me.

penting ke berapa byk 'kawan' kat facebook?

facebook is not a populairty contest, omg.

we are not in high school anymore, where popularity mean so much to us.

somehow, somewhere, some people would like to announce to the world

that they are the most famous of them all,

having total number of friends, even more than 2000?

the important thing for me is not how many friends i have on facebook,

but how many friends does really care for me

like u who read my blog now.

u read because u care kan?

ce wahh.


alamak, besok ujian dah mula

kalau cam tu, aku nak blah dulu, pergi makan. lapar.

Wednesday, May 13, 2009

Marah?

marah?
bentak benak di jiwa merana
merasuk semua rasa gila
menyatulah dendam kealpaan
suburlah bait kebencian
punahkan kemanusiaan
bergumang, tak hilang...
apakah ini bisikan setan?

ingin ku ingkari rasa ini
rasa kegilaan setengah mati yang mencengkam diri
ingin ku teriakkan...

MARAH! MEMANG AKU MARAH!

kerana dendam, ku lawan
kerana benci, ku sakiti
akal bodoh yang tak lagi mampu dikawal
terlampiaslah semuanya
ku hempaskan semuanya
hancur luluh bertebaran
terhampar luas menghiris tajam
melukai setiap jejak yang mendekati, yang melewati

dendam dan benci yang menerbitkan kesengsaraan
akankah hilang?

suatu waktu nanti...
waktu yang tak pernah pasti...
bila dendam dan benci kan pergi jauh dari sini
tenang pasti hadir menyinggah lagi
semua rasa setan, bagai tak pernah menyapa
kenapa marah? sesal kan terasa...
akankah pula terhiburkan hati kosong ini
dengan citra kedamaian...

maafkan aku...



aku tulis sajak ni untuk satu pertandingan yang bertemakan

Emosi, Ekspresi, Seni

komen?

p/s- hoho lama suda nda aku tulis puisi eh. utak pun bertagar sudaaa~

Saturday, May 9, 2009

ujian

Syukurlah otak aku dah tak berserabut seperti tahun-tahun sebelum ni.

mungkin aku dah tak fikir sangat tentang nilai ujian yang menjulang ke langit.

cukuplah asal tak jatuh ke dalam longkang, ataupun Sungai Kelang. (walaupun masih mengharap menjulang ke langit sebenarnya)

*susahnya nak menaip, jari telunjuk kanan aku sedang tidak dapat digunakan, terbakar sebab celup dalam gula hangus, konon-kononnya nak buat karamel. bodoh tak? hiks*


sistem ujian yang menyeksakan, tapi akan aku tempuhi dengan pasrah.

bayangkan, lebih 30 kes kena baca, untuk ujian lisan.

jangankan isi kes, tajuk kes pun aku tak ingat.


1. Otitis media & Upper respiratory tract infection
2. Croup
3. Pneumonia
4. Tuberculosis
5. Pneumothorax
6. Pleural effusion
7. Chronic obstructive pulmonary disease

8. Gastritis / peptic ulcer disease / peritonitis
9. diarrhea
10. hemorrhoid / colon cancer
11. hepatitis
12. cholelithiasis / cholecystitis / choledocholithiasis / cholangitis / pancreatitis
13. appendicitis
14. marasmus / kwashiorkor

15. renal failure
16. nephrotic syndrome
17. glomerulonephritis
18. urinary & bladder stone
19. benign prostate hyperplasia
20. hypertension

21. dengue
22. malaria
23. amoebiasis
24. enteric fever
25. bacterial meningtitis
26. leprosy
27. panau dan badas (lupa jargon dia)
28. scabies & bisul (lupa jargon gak)
29. herpes zoster / varicella


erk, ini je la kot yg aku igt, ada dlm 3-5 kes aku lupa tajuk diaa.
saja je letak tajuk2 kes ni kat sini, biar nampak gempak sikit kononnya aku tau, walaupun tak.

(tau gak la sikit2, nak jadi doktor kan, mana boleh tak tau. kalau tak tau, baek jadi artis)

heheh.

skrg tgh berusaha utk mencernakan semuanya, habis semua supplement aku telan,
dari omega 1 sampai omega 88 (omega 3 je),
vitamin a - z (ade ke sampai z? heheh. cuba kalau nama vitamin dalam huruf jawi. vitamin alif?? )
extra joss (ala2 livita, tp lagi murah)

dengan harapan semua yg tersenarai diatas dapat mempertingkat fungsi otak. cewah.

masih ada senjata rahsia aku dalam minggu2 tenat menghampiri ujian ni, cokelat.

untung cadbury 250g aku masih ada 3 blok. bukan saja cokelat mengandungi zat-zat kimia yang dapat merangsang fungsi otak dan menenangkan fikiran,
tapi cadbury milik aku ni turut mengandungi peppermint, praline hazelnut, dan kepingan2 wafer yang sangat enak, penting utk merangsang lidah aku. sgtlah sedap.

kenalah aku berusaha belajar bersungguh2 kan, sebab yg sponsor aku ni government, dan jugak duit parents aku.

government plak pakai duit rakyat.

so, aku harap, sekiranya aku berhasil dan berjaya, tak laa aku merasa aku dah sia-siakan duit parents aku, dan duit para pembayar cukai., tak kisah la yang bayar cukai tu melayu ke, dap ke,
kita semua tetap org malaysia kan, yang tetap mengharapkan yang terbaik untuk kita semua.


bila pikir balik, aku belajar skrg ni pun pikirkan org laen.
kalau aku nak ikut kata hati, dah lama aku masuk school of architecture, ataupun akademi fantasia (sayangnya takda bakat).

akhirnya rezeki aku kat bidang perubatan ni, nasib masih mampu untuk belajar physiology, pharmacology, pathology, dan sebagainya.,
tak la aku rasa susah cam Matematik Tambahan kat skolah dulu, yang mana aku pernah dapat angka tunggal per seratus, ataupun nilai sebenarnya 7%. heheh

tapi korang jgn risau, takda doktor pun yang menggunakan rumus algebra utk rawat pesakit dia.



kawan2, doakan lah untuk kejayaan aku ok?

Terima kasih =D

Sunday, May 3, 2009

macam-macam

hari ni aku nak bercerita tetang "pengemis"

pasal entri sebelum ni, nantilah aku sambung tulis pasal 'kebodohan manusia' yang aku hadapi, yang tu kena dapat feel baru best tulis.
kena dapat pencerahan dulu.


so, for now i am going to talk about beggar

pengemis kat sini ni macam-macam ragam aku jumpa


1. aku paling pelik bila tengok pengemis-pengemis ni lepak luar ATM. dorang ingat, ade ke org lepas kuar dari ATM, nak hulur duit yang baru tarik tu?? kalau 10 sen atau 50 sen kuar kat ATM len cerita la kan?
ini Rp50.000 (RM20) yyang kuarr.

2. adelah sorang org tua ni, mintak duitt nak gi mana ntah, dia dah takda duit nak balik. sian gak aku tgk, pakai songkok lg tau, budget org beriman la kan.
tp aku pun tgh krisis ekonomi waktu tu, so aku menolak la dgn cara sopan.
akhirnya...
"ah, pelit (kedekut)! Anjing!" maki pakcik tu kepada aku. what the eff??

3. ada sorang makcik pengemis ni, dia mengemis sambil merokok...

4. ada gak makcik pengemis ni... dia sedang pegang sesuatu yang menyala dalam tangan dia.
sebijik handphone...

5. adala pengemis ni, mintak aku duit, dia kata dia lapar, belum makan. aku direct la ajak dia gi makan dulu, aku bayarkan, (kebetulan dapat rezeki lebih waktu tu),
terus dia lidah bercabang, pastu dia cakap yang lapar anak dia kat rumah, bukan dia, so dia nak duit je.
terus aku blah.

6. satu kali tu kawan aku kata, ada la sorang pengemis yang nampak tak terdaya dan sgtla miskin skali, naik pengangkutan awam.
aku pun jalan kaki je slalu.

7. satu hari tu aku gerak awal gi kampus. ada lsorang makcik pengemis dgn anak dia yang slalu 'nongkrong' (lepak) kat gate kampus tu.
pagi tu, masi awal lagi. aku tgk makcik tu tgh makan sarapan yang sedap dgn anak dia, sblm 'bekerja' pada hari itu.
aku pun jarang2 breakfast, nak save duit. hoho


tu je la kot yang aku dapat kongsi setakat ini.
until then, byee

too much stupidity in one day

kelmarin, terlalu banyak kebodohan (mengikut pertimbangan aku / based on my judgement) manusia aku hadapi.

rasa nak sepak terajang je sorang-sorang.

tapi, tak mampu laa.

aku lebih suka biarkan mereka dengan kebodohan mereka sendiri, sebab tak dapat diselamatkan dah, selain tu, ada jugak bahan untuk aku tulis dan upload-kan ke blog aku ni, biar tambah sensasi.


err, entri ni preview je k, nanti aku upload cerita dia.

skrg aku tgh hepi2 je, napa la nak sesakkan minda dgn kebodohan org, baik fikirkan kebodohan diri sendiri. hoho

tapi aku tetap nak cerita gak nanti. tungguuuu