Saturday, March 14, 2009

situasi politik di 2 negara yang berbeza

Situasi Politik di Indonesia dan Malaysia

bosan sebenarnya cerita pasal politik ni. sebabnya, setelah habis perbincangan macam mana pun, bila kita dah rasakan yang kita punya solusi atau kita rasa diri kita terlebih pandai tentang isu-isu politik (perbincangan pakcik-pakcik di kedai kopi sebgai contoh), tetap tidak ada 'pohon yang bergoyang'. tetap tiada apa perubahan drastik (atau perubahan kecil sekalipun) yang mampu kita lakukan.

lain ceritalah kalau tiba-tiba pilihan raya kita calonkan diri kita jadi MP ke WR ke, lepastu kita laksanakanlah apa-apa solusi ataupun idea yang tercetus di kedai kopi tadi. hehehhh

kiranya ibarat anjing (ada manusia yang nak diumpakan sebagai anjing? hahhahh) menyalak bukit lah. lantang, tapi takda kesan langsung (lama-lama adalah kot?)

jadi, tu lah pasal bosan cerita politik ni.

baik cerita pasal AF kan, kalau suka, boleh AFundi. AFundi sepanjang masa, selagi musim AF tu ditayangkanlah..
Kalau politik, kena tunggu 4 tahun sekali (4 ke? aku tak pasti) baru boleh mengundi, dan barulah dengan harapan undi yang kita beri mampu memilih pemimpin yang Amanah Fatanah Tabligh Sidiq, Amal Maaruf Nahi Munkar kan?
takda lah kess gambar bogel tersebar ke internet ke, ada dakwaan diliwat / meliwat ke, kan?

tapi ada pulak pihak yang kata, itu urusan peribadi mereka, mereka manusia biasa, ada nafsu berahi mereka (binatang pun ada nafsu kan?), tak perlu lah sibuk urusan peribadi mereka. bukan mereka kacau kita pun.

Terus aku pun terbayang kalau Paris Hilton yang terpilih jadi presiden Amerika, bukan Obama. hakk hakk.


oops, intro bukan main panjang, tapi topik tak sentuh lagi. hehehh


takpa. aku ringkaskan.

1. indonesia ada lebih 30 (42? aku tak ingat) parti yang bertanding dalam pilihan raya, dan mereka tiada koalisi seperti di Malaysia yang terbagi kepada BN dan BA. Masing2 parti bebas dengan dasar parti masing2.
Kalau sekarang, pakatan Presiden dan Wakil Presiden adalah dari Parti Demokrat dan Parti Golkar, tapi utk sesi akan datang, Golkar akan bergabung / semacam koalisi dengan Parti PDI Perjuangan. pelik tak?

2. Hebatnya, mereka berkempen, langsung tiada serangan negatif peribadi lawan!
(ya lah kot, kalau satu kawasan yang bertanding sampai 10 calon, tak larat lah kan kalau nak framed 10-10 calon dalam skandal seks / rasuah. hahahh. oops, ini spekulasi bodoh aku, jangan peduli).
Tak da lah cam kat Malaysia, macam2 serangan negatif terhadap pihak lawan timbul kan.? (nak buat camna, dah memang calon-calon yang bertanding penuh dgn kontroversi isu negatif, takkan nak biarkan. heheh)

3. Mereka mengiklankan parti mereka di TV!!!
waahh. terbayang tak di Malaysia macam tu?
ada satu parti politik ni, dia punya iklan sgt byk di TV. sebulan habis dalam RM6juta / Rp16milyar. dah dekat 3 bulan kot dia pasang iklan.
katalah kalau parti dia majoriti, pastu dia jadi presiden, ingat gaji presiden sampai RM1juta ke sebulan?! mana dia nak balik modal pasang iklann mahal2 tu? korang pintar, fikir sendiri apa keuntungan untuk dia kalau dia menang...
ada gak parti-parti yang miskin pasang iklan, tapi pasang jam 2 - 3 pagi hahaha. happy hour tu. harga lagi murah kot.

4. Korang terbayang tak kalau lambang parti, gambar Kaabah? atau gambar salib?
kat sini ada wooo... yang belum ada, gambar Ganesha, gambar Buddha, dengan gambar Ayah Pin je. hikkss

5. aku suka tau ada ISA tuh. tau sebab apa? sebab aku tak perlu takut nak kemana2.
kalau kat Indonesia ni, dah brp byk kali dah warning aku dapat jangan ke tempat itu atau tempat ini, sebab nanti ada demo pada waktu tertentu. memanglah demo dorang berlesen, berizin, tapi seringkali berakhir dengan rusuhan penuh emosi...

6. Kalau demo kat Indonesia ni pun, mereka lebih sering menuntut pemerintah melindungi hak-hak orang miskin, ataupun harga minyak naik ke. entahlah. tapi lebih kepada soal ekonomi dan kesejahteraan rakyat.. oh ya, dengan Demo anti Malaysia sekali, tapi itu dulu lah. bayangkan, demo isu teluk Ambalat dengan Malaysia, sampai kumpul petisyen dengan darah jari yang dihiris! (oops, ada unsur provoke)
ok, balik cerita sekarang.
itu lah, mereka demo pun, aku rasa memang wajar lah. sebab rakyat mereka memang miskin gila noks! (oops, salahh gaya bahasa. hahah) hidup mereka memang terpuruk.

tapi kalau kat malaysia, apa yang nak didemokan? cuba cakap kat aku, apa???
pernah ke idup korang orang Melayu dirugikan dan terabai oleh pemerintahan Malaysia?
nak tuntut kebebasan bersuara? kedai kopi tak cukup ke? apa lagi sekarang, dah ada blog, ada Facebook. hohoo

tapi lain cerita lah kan kalau Cina atau India yang nak demo.

tapi Cina nak demo apa plak, idup dorang dah cukup kaya raya dah. sebab dorang rajin berusaha, walaupun kiasu, tapi mereka ada azam dan ada usaha (any Chinese reader? jangan marah. hoho)

kalau India plak nak demo, aku tak boleh komen apa2 lah. tapi aku rasa Sammy Velu tu dah cuba sedaya upaya dia majukan org India dah... brp ramai dah yg belajar medic oversea atas bantuan diaa tuh?
kalau yg tinggal kat ceruk utan, IQ pun rendah sungguh mengasihankan, mmg dia tak boleh tolong apa lah kan? tapi kalau yang ada potensi, dia tolong apa.
cuba korang cakap, napa korang tak ska sammy velu?
Tiba2 Hindraf demo, mintak tuntutan berjuta dari British. ko tak pengsan?

alamak, dah lari topik. hiks

7. baru-baru ni Majelis Ulama Indonesia bukan sahaja menfatwakan rokok haram bersyarat [ibu hamil, di tempat terbuka berhampiran orang yang tidak merokok, menjejaskan kesehatan org lain, etc, aku lupa] (tapi masi ada org2 sengap merokok dalam bas yang tertutup rapat, walaupun sebesar alam warning dilarang merokok terpasang, aku pun memberanikan diri, "pak, bisa gak rokokknya dipadam dulu pakk. saya asma" walaupun aku tak asma sebenarnya. hehe, ataupun aku ambil tisu, tutup mulut aku, pastu buat2 batuk2, seolah2 batuk sebab asap rokok orang terkutuk yang merokok tadi tu, kalau dia masih manusia punya akal sihat, dia berentilah, kalau dia memang bodoh tiada siapa yang dapat membantu kebodohan dia tadi, dia akan terus merokok, sambil mulut aku terkumat kamit memaki hamun. wahai perokok, hormatilah orang yang tak merokok yang berada sekitar kamu. aku bukan anti perokok, aku cuma tak suka asap rokok yg busuk tu jak, abesla bau perfume aku mahal2 wangi, tercemar dek asap rokok yg busuk durjana itu. hehehh).
tapi MUI turut menfatwakan Golongan Putih alias orang yang tidak berpihak / mengundi mana2 calon yg bertanding, hukumnya adalah haram... wahh, dahsyat kan?

8. Trend terbaru, banyak artis memeriahkan acara pilihan raya, bukan dengan menyanyi atau berlakon iklan pilihan raya, tapi menjadi calon yang bertanding!!!
waaaaa~~ terbayang tak, err, Mawi jadi wakil rakyatt? hahahahahahhhhahahaa.



diatas cumalah beberapa perkara yang dapat aku tulis di sini dari sekian banyak perkara yang pelik2 pada anggapan aku.
penat la. aku nak sambung tulis Minor Thesis dulu.

daaa~

4 comments:

NIVYANFAZZA said...

apabila kita bercakap pasal politik, ia sememangnya sesuatu yg menarik, apa yg menarik? kerana jalan ceritanya tidak ada pengakhiran, plotnya sentiasa bertambah-tambah dan berkembang-kembang, ala-ala sinetro bawang putih bawang merah la...

saya setuju dengan saudara berkenaan dgn perbezaan politik dua negara serumpun ini. Saudara sungguh bertuah dpt berada di sana dan sekaligus mengetahui serba sedikit atau banyak tentang politik di sana, saya tak tumpu sgt kepada Indnesia kerana politik Malaysia juga ada keunikannya.

Bila kita sebut InDonesia, pasti kita akan membayangkan peratusan rasuah yg tinggi di sana, bagi saya memadailah, lagi pun sana islam sekular, lagi pun ramai ulama2 yang pandai berfatwa, ada yg kata begini, ada yg kata begitu. (Ini andaian saya la, saya memang suka buat andaian!)hehe...

satu lagi saya cukup tertarik dengan tulisan saudara, mengenai apa kerajaan malaysia buat yang menindas rakyat, kalau difikirkan secara logiknya, mereka yang membangkang boleh dikatakan sebagai tidak mensyukuri nikmat dan tidak pandai berterima kasih. saya pun naik jelek dan tak faham, kerajaan seperti mana yang mereka mahukan, adakah kerajaan langit seperti ayah pin? atau kerajaan demokrasi seperti amerika syarikat yg bila-bila masa boleh bom negara lain sesuka hati? Tidak pernah mereka nyatakan contoh negara atau pentadbiran yang boleh di contohi. tapi, saya suka buat andaian lagi, ini semua "political moves" je....dah takda keje kan, baik komen kerajaan, nama pun pembangkang...

pasal ISA lg, saya juga setuju, org yang tak tahu undang2 je tak setuju, sebab apa? sebab mereka tahu mereka membuat sesuatu yg salah, then untuk elakkan daripda ditangkap, ckplah sistem tersebut tak bagus...wahaha...pandai mereka ni..kalau ada sistem yg bagus, cadangkanlah, jgn asyik nak membangkang je...

sorry ek tuan rumah, terlalu pjg lak..tapi saya suka membaca pendapat saudara ttg politik, bukan saya katakan saya sokong barisan ini, atau pakatan itu..tidak..tetapi apa yg benar kita katakan benar, apa yg silap kita sama-sama betul kan...
selamat berkenalan ye....hehe....

Pasni saya nak tahu pendapat saudara pasal PPSMI yg hangat dibicarakan kat Malaysia sekarang...ye la kita kena tanya pelajar sains, sebab sains n maths yang di ajar dalam bahasa inggeris, takkan kita nak p tanya Datuk A.Samad Said lak, dia kan sasterawan, bukannya kita ajar sastera dlm bahasa inggeris....

sorry sekali lagi pjg komen,.....hahaha....

pie said...

burhan komen kt cni plak...
ehehe...
btw ak teringin sekali nk komen psl PPSMI...
ak rs ak blainan skali pdpt tang hal ni ngan ko...

NIVYANFAZZA said...

haha...pie, bagusla kalau berlainan pndpt, kalau sama tak ceria la dunia..haha....

komen, jangan tak komen....hehe..
kalau ko sukan ronda blog orang, aku lak suka komen blog orang, if aku ada idea....hehe...

ruffey said...

kawan2 =D

aku akan buat request tu nanti, skrg tgh sibuk skripsi =)