Tuesday, March 17, 2009

ppsmi

PPSMI

apakah masalah ini sebenarnya?

bagi aku, kalau terlaksana dengan teratur, tiada masalah.

masalah-masalah yang disuarakan oleh manusia-manusia yang menentang ppsmi.

1. orang melayu yang merasakan bahasa melayu semakin me-layu (contoh bahasa melayu yang me-layu boleh dibaca dalam tulisan2 di blog ini. hik). tindakan ppsmi menjatuhkan martabat orang melayu?
2. dakwaan bahawa murid2 susah utk menerima pengajaran ppsmi.
3. ada lagii? aku tak tau sgt soal ppsmi ni, sebab aku tak berminat sangat. tapi sebab ada request, aku cuba tulis.

jadi, itu adalah persoalan2 yang timbul.

sedahsyat apakah kesannya kepada bahasa melayu sebenarnya?
adakah murid2 yang ppsmi ini suatu hari nanti akan berkata di pentas dunia "i'll look stupid if i speak in malay"
sampai macam tu sekali ke? tak la kann. orang Cambodia pun boleh berpidato dalam bahasa Melayu. heheh

tentang murid2 susah utk menerima proses ppsmi, tu sebab murid tu mmg memiliki IQ yang rendah kot (mungkin aku jugak. hoho). sbbnya apa? sbbnya, belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu pun, banyak yang tak masuk ke otak, ye tak? sbnarnya masalah bahasa, atau masalah laen?

jawapan aku (pandangan peribadi, tanpa pengaruh politik).

1. org melayu takkan jadi bodoh bahasa melayu kalau ppsmi. sebabbnya, bahasa melayu masih diajar dalam bahasa melayu!!! pertandingan pidato, syarahan, debat, pantun pun masih dalam bahasa melayu, bukan bahasa inggeris! (sebagai contoh) sepatutnya bahasa yang harus dirisaukan tu macam bahasa dusun, bahasa kadazan, bahasa melanau, dan laen2 bahasa daerah yang semakin kurang mereka yang mampu untuk menuturkannya...

2. susah sebab ppsmi? korang jamin ke anak korang boleh dapat A1 kalau diubah balek kepada bahasa melayu? apa yang sulitnya belajar sains dalam inggeris, sebab banyak istilah2 seperti inertia, osmosis, redox, dan lain2 istilah, kalau diterjemah ke bahasa melayu pun akan jadi intersia, osmosis, redoks. ada beza ke? aku bersyukur sempat belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris di matrikulasi, sebab setelah masuk uni., semua buku teks aku dalam bahasa inggeris. paling tidak, aku tak lah rasa terkejut mendadak baca buku teks ber.b.i.

bukannya bahasa melayu ni jelek noks, bukan, tapi memang hakikatnya bangsa Malaysia ni bukanlah se-gah bangsa Jepun yang boleh berbangga dengan kemakmuran mereka walaupun bahasa inggeris mereka macam haram. jadi salah satu cara utk terus meningkatkan kemakmuran rakyat kita sendiri adalah dgn memperkasakan penggunaan bahasa inggeris, terutama dalam s&m. kerajaan kita tak untung apa-apapun dari korang kalau korang dah berjaya nanti, lepas tu feeling2 cinderella, nak tinggal kat inggeris.  
korang tau tak, orang jepun tak angkuh dengan bahasa dorang pun. macam kawan aku yang belajar kat jepun ni cerita, orang jepun malah segan dengan org yg bertutur dalam bahasa inggeris, sebab mereka sedar mereka kurang mampu dalam bertutur bahasa inggeris. macam tu, merendah diri. bukan cam orang melayu ni, aduuh.
bila ada usaha utk memajukan bangsa kita, macam2 yang dikeluhkan...


walaupun macam tu, sebenarnya masalah tetap timbul tau.
spekulasi aku, gov. terlalu terburu dalam melaksanakan ppsmi.
tapi ye lah, kita takdalah mulakan sesuatu yang besar macam ppsmi tu, baru setahun dah nak lihat hasil, dah nak harap anak-anak korang dah speaking omputeh memanjang, sampai rasa malu dan hina sekali nak berbahasa melayu.


untuk melihat situasi ini, kita abaikan dulu polemik politik, dan kita lihat saja proses ppsmi.

pertama, kena tahu siapakah / komponen yang terlibat dalam ppsmi.

1. peng-arah pelaksana ppsmi (yang mengarah pelaksanaan ppsmi -kementerian la kan?)
2. mereka yang melaksana ppsmi (para guru)
3. mereka yang menerima ppsmi (para pelajar)

kalau ketiga-tiga pihak ini cukup bersedia, masalah yang terjadi akan sangat minimal...

akan bersambung bahagian 2. sekarang sangat lah sibuk membuat minor thesis. hoho

12 comments:

NIVYANFAZZA said...
This comment has been removed by the author.
NIVYANFAZZA said...

salam,

thanks because bagi pendapat tentang isu PPSMI, hehe...bagus2X, logik gak pendapat saudara wlpn disulami lawak...haha...

ye kan, kalau di ajar dalam bahasa melayu, bukannya penentu dpat A1 sains dan maths, sebelum ni tak ada PPSMI pun, result sama gak, kalaulah sebelum PPSMI dilaksanakan, semua pelajar yg belajar sains dan maths dlm bahasa melayu meletup-meletups resultnya, okla...tp, kalau sama baik kita ajar dalam bahasa inggeris.
berkenaan belajar bahasa inggeris, lupa melayu, pendapat dangkal. orang kemboja boleh masuk pidato bahasa melayu dan fluent cakap melayu, kerajaan mereka tak boleh kata bahasa kemboja telah terhakis....

Sebenarnya, masalahnya adalah org politik yg nak jadi jaguh bahasa, pastu mengula-gulakan rakyat....rakyat terutamanya penduduk kampung hanya ikut sahaja tanpa mengetahui apa-apa.

pasal kerajaan terburu-buru tu, saya rasa setahun masa yg diambil sudah cukup untuk membuat penelitian dan analisis, dicadangkan pada thn 2002, dan mula dilaksanakn 2003.

membazir je kerajaan tukar buku teks ke dalam bahasa melayu lepas ni, dah la nak bayar gaji penterjemah lagi, nak buat buku teks baru lagi...aduhai...sedinya aku...
perjalanan masih lg pjg, "biarlah kita lambat asal selamat", "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan"

NIVYANFAZZA said...

good luck for the minor thesis, same with me la...sekarang sedang siapkan bahan for the thesis....hehe...
but, blog still have to update...wahaha

~|r|a|n|d|y|~ said...

ak rasa kan...
kalau kita mmg da KUAT bahasa melayu...
x perlu risau hilang BM bila PPSMI dilaksanakan...
nak lg spesifik...
kalo JATI DIRI kuat... should be no problem la...
bukan niat nak bunuh budaya or adat or whatsoever...
tp tujuan nak TINGKATkan lg...
personally, aku x nmpk dimana buruk PPSMI ni...
lg pun.. x silap aku result utk subjek s&m makin meningkat kan?
kalo da meningkat, means that benda ni da bole diterima pakai semua... kan??
so kenapa pertikaikan??
jgn tgk ke belakang... tgk ke depan...
mmg BM sbgi bhs kebangsaan...
tp igt... tiada sesiapa pun dilarang drpd mengajar atau bljr apa2 bahsa lain...
sebab itu kita ada subjek BI...
kalo subjek BI bole diterima...
kenapa s&m dalam BI x bole diterima???
ironi sungguh~

NIVYANFAZZA said...

betul tu Randy..haha

ruffey said...

waa! rajinnya NIVYANFAZZA melihat ruangan komen post nih. hoho

aku ada alasan aku sendiri kena aku sebut "terburu-buru", cuma aku belum kembangkan maksud aku dalam penulisan ni...

sbg contoh, pengukuhan dari 3 pihak utama yg terlibat (pengarha, pelaksana, penerima) dalam ppsmi belum memadai.

ambil contoh, pihak pelaksana atau para guru yang mengajar.
mereka sendiri mengeluhkan hal ini, antaranya sebab mereka sendiri bahasa inggeris hancurrr.
taknak la kan jadi situasi ketam mengajar anak berjalan luruss?

kalau dari pihak penerima, lagi2 masalah bahasa.
tak semua mereka pelajar sekolah mahir berbahasa inggeris, sebab parents dorang takdalah feeling2 omputeh nak soh anak speaking kat umah memanjang kann?

jadi, masalah tetap timbul...
macamana nak mengukuhkan mereka ni?
kenalah lihat situasi secara retrospective kan..

waaa. nak gi jumpa supervisorr. tataa

pReciOus shaRihaNa said...

nice view u got thr gojes.
aaaanywayyy~
u've been tagged~!

BoZaki said...

Dulu bahasa inggeris di guna di sekolah zaman british. tetap banyak Bangsawan, pencita bahasa melayu dan ahli pena wujud.

NIVYANFAZZA said...

rajin la gak, coz tak payah bayar tambang nak melawat..hohoho...

smtimes we have to do smthing without our own control or preparation..

Kiamat akan berlaku bila-bila ja, kita dah tahu kiamat tetap akan berlaku, tapi adakah kita sudah cukup bersedia??? Yang sudah diketahui kiamat akan berlaku pun kita tak bersedia, inikan pula PPSMI...haha....

Jadi kesimpulan, bersiap sedialah dari segala segi...walaupun cikgu sejarah, apa salahnya pandai cakap BI, sama juga dgn cikgu s&m yg ajar dalam BM dulu, kalau kerajaan takbuat PPSMI konpem tak ada perasaan langsung nak belajar bahasa inggeris...wahaha.....

NIVYANFAZZA said...
This comment has been removed by the author.
ruffey said...

waaa. byknya komen, terharu T.T

last time org rajin komen lepas aku cerita Tentang Babi. hehehhehe

apakah ada persamaan ppsmi dan babi di sini"?? hakk hakkk

very nice of u guys giving pro comments,
but i really do want to hear (or read?) some contra comments, against ppsmi, anyone against this ppsmi must have their own reasonn....

Mohamed Idris said...

Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

Thanks!