Friday, March 20, 2009

ppsmi bahagian 2

PPSMI part 2

marilah merenungkan perkataan ini.




BODOH SOMBONG...





dah puas merenung?







ok. balik ke tujuan penulisan.

Amaran: kebanyakan isi penulisan aku disini adalah pemikiran aku. tiada kaji selidik terhadap sumber-sumber yang dipercayai dilakukan. mungkin apa yang aku tulis disini bercanggah dengan realiti, tapi, ada aku kesah? hikk


kali ni, aku akan kembangkan masalah-masalah yang menyulami PPSMI.
sebenarnya tak, aku bukan nak kembangkan. aku main belasah tulis je.

PENGERTIAN MASALAH
masalah tetap ada tau.
tapi kenalah jelaskan apakah pengertian "masalah".
menurut pensyarah aku / mentor aku, "masalah adalah apabila terdapat perbedaan realitas (realiti) dan teori."
untuk mengetahui apakah sesuatu perkara itu adalah masalah, konsep teori perlulah diketahui terlebih dahulu, kalau tak, macamana kita nak kata itu adalah masalah?
jadi, kembali kepada 2 permasalahan utama yang aku nyatakan dalam penulisan yang lepas,
1. orang melayu yang merasakan bahasa melayu semakin me-layu?
2. dakwaan bahawa murid2 susah utk menerima pengajaran ppsmi?
jadi, kalau betul 2 perkara diatas merupakan masalah dalam ppsmi, sila kembangkan dulu teori "keagungan bahasa melayu dan faktor-faktor yg boleh menjatuhkan martabat dan darjat bahasa", dan teori "proses mengajar dan belajar, kefahaman, dan lain2"
kalau dah tahu teori, jika seterusnya memang ppsmi merupakan realiti yang berbeza dengan teori, barulah kata itu masalah.


MASALAH PPSMI
skrg, aku nak cerita plak pasal pelaksanaan ppsmi.
untuk melihat situasi ini, kita abaikan dulu polemik politik, dan kita lihat saja proses ppsmi.
pertama, kena tahu siapakah / komponen yang terlibat dalam ppsmi.
1. peng-arah pelaksana ppsmi (yang mengarah pelaksanaan ppsmi -kementerian la kan?)
2. mereka yang melaksana ppsmi (para guru)
3. mereka yang menerima ppsmi (para pelajar)
untuk mengembangkan sesuatu proses yang berdasarkan teori ataupun realiti yang terdapat perbezaan dengan reali, aku lebih suka secara sistematik, menggunakan proses anggapan retrospektif (lihat waktu ke belakang).
target ppsmi ialah, berjayanya pelaksanaan ppsmi tadi. kriteria2 menganggap bahawa ppsmi berjaya (mungkin, spekulasi aku je) ialah
1. peningkatan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar
2. peningkatan prestasi mahasiswa di universiti kerana lebih mudah menerima ilmu yang kebanyakannya masih dalam bahasa inggeris (buku teks, jurnal, dan lain2 karya ilimiah) kerana telah terbiasa ppsmi
3. semakin banyak orang melayu yang feeling2 omputeh berhijrah ke negara2 bersalji sebab semakin banyak orang melayu yang lupa daratan sebab budget sukses dan dah tak reti berbahasa melayu, jadi mereka mengambil keputusan untuk tinggal diluar negara yang berbahasa inggeris sama seperti mereka sahaja.. hehehehh. ini adalah gurauan semata.

jadi, kelompok target ialah para pelajar. piawai berjaya atau tidak ppsmi ditentukan oleh mereka.
jadi, masalah mungkin berlaku dalam ppsmi, situasi mereka para pelajar perlulah diutamakan terlebih dahulu, barulah nanti dikembangkan ke belakang, dengan melihat pula situasi-situasi pada pihak pelaksana, dan seterusnya, pihak peng-arah.
dengan cara itu, korang boleh kembangkan sendiri masalah2 yang terjadi, atau pun mungkin terjadi, dan apakah cara yang boleh dilakukan utk meminimumkan terjadinya masalah.


BAHASA MELAYU
sekarang, aku nak cerita pasal bahasa melayu.
aku tak tahu kenapa kemarahan orang2 terhadap ppsmi ni kadangkala menurut aku berlebihan.
kenapa lah masalah yang lebih sering menarik perhatian orang?
tidakkah orang2 tahu kalau usaha untuk memartabatkan dan melestarikan bahasa melayu pun tak kurang hebatnya dibanding ppsmi?
tahukah, pelajaran sastera suatu waktu dahulu hanya diajar kepada mereka yang mengambil subjek sastera di sekolah?
tahukah, beberapa tahun yang lepas, komponen sastera mula diajar kepada mereka yang mengambil jurusan selain sastera?
tahukah, setelah itu, komponen sastera diperkenalkan pula kepada pelajar sekolah menengah rendah?
apakah tujuan dari ini semua? memartabatkan bahasa melayu lah kan...
tapi kenapa tidak pula sasterawan-sasterawan, pencinta bahasa, dan lain2 pihak yang merasa terjentik dengan ppsmi, pernah menyuarakan dukungan dan sokongan terhadap pengajaran komponen sastera tadi sebelum ini?
sebagai contoh sahaja.

p/s- waa, serius plak kan penulisan aku tiga entri terakhir nii T.T huhu

3 comments:

NIVYANFAZZA said...

Salam,

Saya bersetuju dengan pendapat saudara, daris egi logik akal, i said yes, i will admit it.
dari segi fakta.....hehe...

Apa-apa pun, semoga isu PPSMI dapat diselesaikan dgn secepat mungkin....agar anak-anak bangsa pada masa hadapan tidak menyumpahs eranah pada pemimpin sekarang yang menyebabkan mereka menjadi mundur, disebabkan bahasa inggeris mereka tak power!

Saya sentiasa menantikan posting-posting saudara yang panas-panas k..haha...
ada masa jenguklah ke rumah saya yang tak seberapa tu di alamat :www.nivyanfazza.blogspot.com


HAPPY EARTH DAY...SEMOGA ANDA TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGANMEREKA YANG MEROSAKKAN ALAM SEKITAR...wahaha....

BoZaki said...

dah banyak ko tulis ni shan. Meh buat satu post konklusi. Tak larat baca deskripsi panjang2 sudah ni.

appledena said...

aku support ko jgk...aku pn mls nk tgk brite psl ppsmi ni.....tp klu trus nk gune bm aje...smpai tuer la kte ktgln...tu la org2 yg xnk pmbgnn..grrrrrr