Tuesday, February 17, 2009

buang waktu

Bicara Politik

peringatan: aku, seorang pelajar yang sangatlah tidak peka terhadap kuliah mahupun tutorial, apatah lagi apa yang berlaku di dunia ini, dan aku bukan major dalam politik, ingin mengingatkan kalian tulisan di ini merupakan pendapat peribadi, dan tidak mempunyai sebarang daftar pusaka, aku menulis sesuka hati aku sahaja.
para pembaca berhak untuk mempunyai pendapat sendiri, sebab, err, ada aku kesah? hik

Di Malaysia ni ada berapa parti politik?
secara am, coailition ada 2 lah kan yg utama. BN dan BA.
sekarang, apakah dasar parti2 komponen di dalam coalitions tersebut?
aiseh, bersoal jawab la plak.
menurut pandangan aku (yang bertambah kabur semenjak dua menjak ni, harus mengganti kaca mata, tapi takda duit)
kita harus fahami 2 perkara utama dulu, iaitu matlamat politik, dan matlamat kuasa. tapi aku tak definisikan pasal perkara tu disini lah.

BN
1. UMNO
-parti yang sedaya upaya mempromosikan kalau mereka berjuang / mempertahankan hak Melayu / bumiputera, walaupun dengan senang hati para BA menuduh UMNO cumalah kronisme yang memperjuangkan pengumpulan harta di kalangan elit politikus UMNO sahaja.

2. MIC & MCA
-komponen BN yang seolah2 bermuka dan berwajah manis di depan para UMNO, (aku tak pernah tahu apakah matlamat politik mereka) walaupun sebenarnya mereka sendiri tidak berpuas hati dgn dasar UMNO, tapi kenalah jugak kan, demi matlamat kuasa.

3. Parti2 yang mempunyai nama yang pelek2, banyak terdapat di Sabah & Sarawak.
-entah la.


BA

1. PAS
-antara politikus yang paling terserlah kejujuran, seta kerendahan diri serta hati.
-memperjuangkan dasar2 Islam didalam pemerintahan, juga turut menakutkan orang2 yang kurang beriman kerana ingin melaksanakan hukum Hudud.
-sayangnya, demi matlamat kuasa, mereka lebih rela kompromi dengan parti kafir DAP berbanding UMNO. persoalannya, adakah UMNO lebih kafir dibanding DAP?

2. DAP
-benar2 perjuangkan hak sama rata semua penduduk Malaysia. sekiranya mereka berkuasa, berapa ketul sgtlah org melayu yg bodoh serta sengap akan terdampar di Matrikulasi... (sebagai contoh).
org melayu masuk matrix pun sebab kuota... org non-bumi berebut carik peluang belajar kat matrix, tapi org2 bumi ni plak masi tak sedar diri, masi nak kutuk2 matrix la, tak bersyukur sungguh.
-ada kah melayu yg sokong DAP? mmg nak mampos kot... boleh hidup ke Melayu tanpa kontrak sosial yg memang bias tuh?

3. PKR
-mempunyai tujuan utama pada awal penubuhan, untuk membebaskan Anwar.
-persoalan, apakah tujuan politik PKR sekarang? MENJADIKAN ANWAR SEBAGAI PM.
betull tak? ke ada tujuan lain? siapa boleh kata kat aku apakah yg diperjuangkan PKR sebenarnyaa????!!!!
-melalui observasi aku, mereka yg menyokong anwar ini adalah terdiri daripada mereka yg merasakan mereka bijak, tahu kelemahan pemerintahan sekarang itu dan ini, tahu segala mala skandal dalam pemerintahan, baik itu skandal seks mahupun pembunuhan, tahu kalau pemerintahan kita nazak dengan rasuah, berlagak tahu kalau Anwar tak bersalah....
betul tak? heeee...

p/s- kalau aku, lebih memilih parti yang ada makan2 sajee... birthday party ke, wedding party ke, apa2 lah...

3 comments:

Mizzy Schreier said...

nda suka politik.. makin byk perbalahan politik lagi skrg nih huhuhu~

Anonymous said...

bagi aku, BA mmg kena ada, baru bleh bukak mata para politikus BN yg hipokrit lagi rakus. bagus jugak pembangkang ni sebenarnya tp aku takkan penah undi dorang jadi kerajaan, sbb karang aku terpaksa merempat kat negara sendiri.

kalo ikutkan, aku rasa, penduduk pribumi Malaysia lagi punya hak ke atas bumi Malaysia. tp dorang wat tak kesah je, dan hidup aman bahagia dengan cara bergaul dengan alam..(kadang2 aku iri hati dengan dorang nih, mereka lebih 'bertamadun' berbanding org moden yang kononnya mempunyai tamadun yang lebih baik)

tapi dari awal lagi semua org tahu yg dasar parti2 komponen BA mmg tak sama. mana bisa dorang bergerak seiring dan sejalan..

baru je memerintah 5buah negeri, daha buat huru-hara.belum lagi jadi kerajaan...nau'zubillahi min zalik...

kontrak sosial bias??
erm,rasanya dah byk yg org Melayu give in..nanti jadi macam, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan..

(I-Me): Ruffey, u know me! ;)

ruffey said...

hehe, i know u I-Me =D

aku tertarik sama perkataan ko tu, bergaul dgn alam?
animisme kah? hakk hakk