Tuesday, May 27, 2008

kisah seekor babi

-Part 1-

Babi Yang Cumel

Rafi: uina, sebut babi pun salah ka? bukan makan pun...

Ifar: kotor ba tu binatang, haram

Rafi: udui, biarla tu binatang yg kutur, bukan sa

Ifar: yalah, yg ko sebut-sebut tuh?

Rafi: abes tu gambar babi cumel bha. jgn la ba mara. bukan sa blg ko yg babi pun.


-part 2-

karangan autobiografi

Saya Seekor Babi...



Aku dilahirkan di sebuah kandang babi yang bau gila, di sebuah daerah di Selangor. hidup aku cukup mudah. aku dilahirkan, diberi makan sampah, dan bila sudah cukup besar, aku akan dipotong utk dijadikan bah-kut-teh, atau casau, atau dieksport ke China.

sungguhpun begitu, aku tetap dibesarkan dgn penuh kasih sayang oleh ibuku, krn bapakku telah dipotong terlebih dahulu sblm aku dilahirkan. dengan dididikkan ibuku, aku tidak menjadi pelacur, tidak pula mencuri, tidak pula rasuah, tidak pula aku dibuang oleh ibuku. adakah ini bermaksud aku lebih baik dari sesetengah manusia? aku tak tahu.

tapi manusia seringkali mengejek atau menghina manusia lain dgn perkataan "babi". adakah aku begitu hina sekali sehingga disamakan dgn manusia yg mereka anggap keji? aku merasa begitu marah kerana manusia yg keji dianggap seperti aku, sedangkan aku tidak seperti mereka. kami tak pernah melacur, mencuri, mahupun rasuah, atau berpolitik kotor. ya, kami tidak sama dgn manusia.
tapi, kami tidak pula menggelar babi lain sbg "macam manusia" kalau babi tersebut berkelakuan keji.

aku sedar dan aku tau aku kotor, dan bagi sesetengah org, kami dianggap sbg menjijikkan. suka hati merekalah nak kata apa, kan sekarang kononnya Malaysia adalah negara demokrasi, ditambah pula dengan hak asasi manusia, tapi ada ISA katanya, macam mana tuh? tapi dah manusia yg memerintah, jadi takdalah pulak hak asasi babi diwujudkan. tp aku masih tak puas hati manusia disamakan dgn kami babi. kami rasa ada manusia yg lebih hina dan menjijikkan dari kami. manusia pelacur, manusia rasuah, manusia politik kotor, manusia pencuri. kenapa tak gelar manusia jahat seperti manusia sahaja? tiada makhluk lain di bumi ini yg lebih jahat dibanding manusia.

tapi kerana hayat dan kaki aku yg pendek, aku tak pula terlalu mempedulikan kebodohan manusia, sampailah kandang @ kampung halaman aku ini menjadi polemik antara para politikus yg bodoh. apa lagi si KJ yg tak belajar ekonomi tapi buat statement harga daging babi naik sebab projek kandang babi ini. mana boleh harga naik kalau pengeluaran bertambah? pastu sibuk pula para umno yg bodoh itu samakan pulak parti pembangkang dgn kami? siap buat banner parti pembangkang tunggang kami?! ini suda lebeh owwh UMNO!!! carik gaduh ngan aku nampak?

tapi macam tu lah, kalau dah bodoh tu bodoh la jugak, tak dapat dek nak nolong. lagipun hayat aku dah tak lama dah, cukup gemuk, aku pun dipotong lah. so tak la aku merasa hidup merana & terseksa di Malaysia ni kerana kebodohan para pemimpin yg korup.

akhir kata dari aku, kepada org Islam, jgn lah sesekali makan daging aku, krn haram.
kepada org bukan Islam, jgn lah makan daging aku sungguhpun agama kamu tidak melarang, kerana dalam daging aku terkandung telur & larva cacing pita, yg boleh menyebabkan penyakit, dan bertumbuh panjang sehingga 7 meter didalam usus kamu.
kepada para politikus yg bodoh, contohilah kehidupan kami para babi yg senantiasa rukun sahaja hendaknya, tak seperti korang yg asyik nak gaduh lebih2.

kepada semua manusia, hormatlah sesama manusia, tak perlu lah kamu menyamakan musuh kamu seperti aku, krn aku merasa terhina disamakan dgn manusia.

sekian,
aku yang bakal dimasak bah-kut-teh

p/s- aku tau aku kotor, tapi kenapa manusia masih mahu makan aku?

10 comments:

aness87 said...

cian itu babi...

BoZaki said...

ai, babi don't exist only for people to hate or make fun about. God must be planning something.

pReciOus shaRihaNa said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

rafshan, jgn ko tukar2 lagi ko punya blogspot aa.. ini la sampai bila.. hehehe..

Anonymous said...

aik...napa ada deleted comment tu????panass sangat ka???

pReciOus shaRihaNa iLesOr said...

ola ruff.
aku suka babi la~!
cute!
uhuk.

anyway.
i hav a new born blog too.
jgn maen2.
haha.

luv ya~!
;-)

pReciOus shaRihaNa iLesOr said...

ruff,
aku rs his skizofrenia pnya button only turn on bla dgn gurls jak kot.
dgn org gojes cm ko, dia x lyn~!

wahaha.
giteewww.

x0x0.

p/s- owh n 1 more thing, kasi buang la ini word verification. bikin panas~! mls aku..uhuk.

ruffey said...

uhuk uhuk. bhaaa. teruskan memberi sokongan sma aku k.

aku perlukan sokongan zahir, dan juga batin. hheheh

ehh comment deleted tu aku ka yg delete? nda perasan pun. hoho sorii

>>JiJoL said...

Ganaz sungguh blog mu itu..
Sehingga menusuk ke pangkal rahim..
Ooopss Hatiku..
Wakakakaka...

Ira Syafirah said...

Comel la cerita babi ne.. Hahahaha