walaupun, bunyinya seperti sesuatu yg cool, tapi jangan salah tuan-tuan dan puan-puan.
on-call ni sebenarnya... lain kali aku cerita.
jadual on-call dan jadual praktical macam ni.
katalah hari isnin practical di hospital dr jam 7.00 - 15.30.
jadi on-call jam 16.00 - 06.00 pagi esoknya.
dan practical hari selasa akan berjalan seperti biasa dr jam 7.00 - 15.30 lagi.
dalam seminggu, ada dalam 3 malam kena on-call.
kerana on-call ni merupakan sesuatu yang membebankan, beberapa kelengkapan perlu disediakan.
1. "Scrubs" - baju on-call, macam yg warna biru dalam gambar ni. tapi kami pakai warna kelabu. baju ni, aku pun tak tau apa sejarah dia. tp sgt tak fashionable, tp design dia sangat selesa lah untuk dipakai sewaktu tidur di meja, tidur berdiri, ataupun tidur di lantai.

2. Stethoscope
- benda alah ni. hurm. wajib ada. sebab, selain untuk digantung di leher kemana pun seorang undergraduate pergi (biar org kagum dgn dirinya, konon2nya dah doktor), benda ni 'boleh dipinjam' oleh para doktor residen yang tak memilikinya (kadang2 setelah 'dipinjam' oleh mereka, anda takkan menemukan lagi benda ni. so? beli baru T_T ) . apa lagi sekarang aku posting di O&G. doktor O&G tak berharap pada stetoskop ok, tu pasal kebanyakan mereka tak punya. mereka berharap pada benda di bawah ni

Speculum
benda ni gunanya untuk... hoho.

3. Aneroid sphygmometer
benda ni digunakan bersama stetoskop untuk memeriksa tekanan darah orang lain dan diri sendiri yang semakin hari merasa semakin tertekan dan gila.

4. Pen & Kertas
-benda ni utk mencatat sebarang apa2 yg dirasakan perlu dicatat. antaranya, hasil history taking patients, dan juga pesanan makanan para doktor residen.

5. Selipar Jepun
-sgt practical. selain murah (so kalau ada org curi, tak fikir panjang untuk beli baru!), selipar ini turut menyediakan perlindungan yang sgt minimum kepada si pemakainya.
kaki aku dah pernah kena air ketuban, air dari paru2 org, darah, kencing yg terlepas dr catheter, dan sebagainya.

6. Ipod (dan lagu-lagu Zee Avi, Siti Nurhaliza, Hujan, & Nubhan)
*double-check
*all checked
*now ready to enter shift of on-call
*headache
